46
"Jaemin!"
Terkekeh-kekeh lelaki itu mentertawakan gadis yang sedang mengurut dadanya sekarang akibat terkejut. Pagi-pagi lagi lelaki ini sudah membuatkan gadis ini menjerit.
"Jangan duduk depan pintu aku macam tu." rungut Haeyoung. Sudahlah dia masih mamai, baru bangun daripada tidur. Apabila tombol pintu dipulas, figura Jaemin terus kelihatan berdiri tegak di hadapan pintu biliknya.
"Hehe." Jaemin tersenyum manis, tanpa berkata apa-apa lelaki itu terus berjalan mendekati gadis itu dan menariknya masuk ke dalam pelukan. Haeyoung terkaku. Pagi-pagi dia dah buat jantungnya seperti mahu tercabut!
"Jaem- kenapa ni." tergagap-gagap gadis itu bertanya. Perasaan malu sudah mula menguasai dirinya.
"Taknak peluk aku balik ke?" soal Jaemin dengan suara lembutnya. Kepalanya direhatkan diatas bahu gadis itu. Haeyoung menggigit bibir. Dia masih kekok dengan Jaemin yang seperti ini!
Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang lelaki itu, membalas pelukannya. Jaemin tersenyum puas, padahal wajah Haeyoung sudah habis berona kemerahan akibat malu.
"Morning hug." Haeyoung tertawa kecil. Rambut lelaki itu diusap. Dia tahu Jaemin sememangnya sukakan skinship tetapi dia tidak sangka lelaki ini tersangatlah clingy!
"Haeyoung mana buku aku!" Mata Haeyoung membuntang sebaik sahaja mendengar suara jeritan Chanyeol. Tangannya kuat menolak tubuh Jaemin sehingga pelukan mereka terlepas. Hampir jatuh Jaemin dibuatnya apabila gadis itu menolaknya. Sakit ya dia tolak.
"Bu-buku apa!" gagap Haeyoung membalas. Dia memandang Chanyeol yang sedang memandang kearah mereka berdua dengan dahi yang berkerut. Nasib baik dia sempat menolak Jaemin tadi, tidak kantoi.
"Korang kenapa pagi-pagi dah berdiri depan bilik ni?" tanya Chanyeol, dia memandang mereka berdua bersilih ganti. Semasa dia pulang ke rumah semalam, Jaemin sudah tidur diatas sofa di ruang tamu rumahnya. Jadi dia masih tidak tahu apa yang berlaku diantara mereka berdua. Tetapi dia masih lega kerana dia dapat menemani adiknya.
"Jaemin tanya aku nak makan apa." laju Haeyoung menjawab, tidak mahu abangnya curiga dengannya. Dia tersenyum lebar untuk meyakinkan Chanyeol dan dengan harapan supaya dia tidak bertanya soalan lagi.
"Aku nak juga, kau masak sedap." Chanyeol tersenyum pendek sebelum dia kembali berjalan masuk ke dalam biliknya. Tidak sempat Jaemin mahu bersuara. Dia baru sahaja merancang tidak mahu memasak sarapan pada hari ini...
Jaemin menoleh kearah Haeyoung yang sudah tersenyum manis dengan raut wajah yang tidak bersalah. Gadis itu menarik tangan lelaki itu sehingga ke dapur.
"Tak apa, aku tolong. Sorry..." meleret sahaja perkataan maaf itu meluncur daripada bibir gadis itu. Perasaan malasnya mulai menghilang apabila mendengar cubaan memujuk Haeyoung itu. Comel!
"Nak dengar sekali lagi." kata Jaemin teruja. Dia menghayunkan lengan gadis itu dan tersenyum seperti budak kecil. Haeyoung terus melarikan pandangan matanya.
"Ap-apa!" terus dia berjalan kearah sinki tanpa menghiraukan permintaan Jaemin tadi. Argh dia malu! Tetapi lelaki ini degil, dia masih mengekorinya seperti anak anjing dengan mata yang sayu. Dia langsung tidak mahu melepaskan tangannya.
"Nak dengar- aduh!" tidak sempat Jaemin mahu menghabiskan ayatnya, lelaki itu mengadu kesakitan apabila lengannya dipukul oleh Haeyoung. Dia memberikan jelingan kepada Jaemin sebelum dia mengeluarkan beberapa bahan segar daripada peti sejuk.
"Nanti Chanyeol dengarlah." bisik Haeyoung geram. Jaemin tertawa kecil dan mengangguk faham. Dia masih malu dengannya sejak malam semalam. Haeyoung langsung tidak mahu memandang anak matanya selepas dia meluahkan perasaannya.
"Okey okey." Jaemin mengangguk. Sebelum dia kembali fokus untuk memasak, sempat dia mengucup dahi gadis itu dan melarikan diri secepat mungkin. Tidak mahu dipukul oleh Haeyoung.
"Jaemin!" Haeyoung menjerit perlahan geram. Dia menoleh ke belakang. Nasib baik Chanyeol masih berada di dalam biliknya. Haih Jaemin, tidak sangka lelaki itu sudah menjadi teman lelakinya. Dalam diam, bibirnya mengukirkan senyuman. Hanya dengan melihat senyuman lelaki itu sahaja mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia sangat sukakan Na Jaemin.
--
"Nak pergi jumpa Chaerin ke?" soal Jaemin. Haeyoung mengemam bibirnya, teragak-agak dia mahu mengangguk.
"Jangan datang lambat sangat, nanti Hendery hyung tanya." Jaemin tersenyum kecil sebelum mengusap rambut gadis itu. Pegangan tangan mereka dilepaskan.
Haeyoung melepaskan nafas lega. Dia ingatkan Jaemin akan memarahinya untuk berjumpa dengan Chaerin, nasib baik dia tidak mengatakan apa-apa.
Kakinya mula melangkah mendekati wad Chaerin. Gadis itu sudah boleh keluar daripada hospital pada hari esok, jadi dia mahu melawatnya buat kali terakhir, mungkin...
Berita tentang ayahnya juga dia tidak tahu, hanya Chanyeol yang menguruskannya. Abangnya langsung tidak mahu menceritakan tentang kes ayahnya.
Pintu wad itu diketuk terlebih dahulu sebelum ditolak. Matanya terus menangkap kearah Haechan yang sedang menyuapkan gadis itu bubur. Serentak mereka berdua memandang kearah pintu wad itu.
"Eh kenapa kau tak cakap nak datang?" tanya Haechan tenang, dia hanya meneruskan kerjanya tadi tanpa menghiraukan Haeyoung. Manakala Chaerin terpaku. Matanya tidak berkelip memandang Haeyoung yang baru memasuki biliknya.
"Saja datang..."
Segaris senyuman terukir pada bibir Haeyoung, dia tidak mahu membuatkan gadis itu berasa tidak selesa. Chaerin juga duduk di bilik persendirian memandangkan Chanyeol mengaku dirinya sebagai penjaga gadis itu dan dia yang membayar biaya perubatannya.
Katanya ibu Chaerin mempunya sakit jantung, jadi dia tidak mahu ibunya mengetahui tentang kondisi dirinya sekarang.
"Chaerin?" panggil Haechan. Chaerin kembali tersedar dan menoleh kearah Haechan semula. Dia kembali makan dengan bantuan Haechan yang menyuapnya.
"Duduklah dekat situ." Haechan menunjukkan kearah kerusi kosong disebelah katil Chaerin. Haeyoung mengangguk faham lalu dia melabuhkan punggung diatas kerusi itu.
"Mana Heejin?" soal Haeyoung, suasana dalam bilik ini memang terlalu senyap dan kekok sekarang.
"Dia jumpa Bomin dekat bawah." jawab Haechan. Haeyoung mengangguk sekali lagi. Kenapa semakin kekok apabila dia duduk berdekatan dengan Chaerin seperti ini.
"Kenapa kau datang melawat aku-"
"Jangan risau, aku masih bencikan kau. Aku cuma nak pastikan keadaan kau okey." Haeyoung memotong percakapannya, dia memandang Chaerin malas. Keluhan panjang dilepaskan sebelum dia bangun daripada tempatnya dan melangkah kearah pintu.
"Jumpa nanti Haechan." Haeyoung tersenyum pendek dan melambaikan tangannya pada Haechan, wajah Chaerin dipandang sekilas.
"Haeyoung-" langkahnya terhenti, dia kembali menoleh memandang Chaerin yang sedang memandang kearahnya.
"Aku dah padam semua video tu dan... terima kasih." gadis itu terus melarikan pandangannya daripada Haeyoung lalu menyandarkan badannya pada katil semula. Wajahnya ditutup menggunakan selimut.
Haechan tertawa kecil melihat kelakuan Chaerin, bersilih ganti dia memandang kearah Chaerin dan Haeyoung. Haeyoung hanya mengangkat bahu dan keluar daripada wad itu tanpa balasan.
"Yah, kau malu ke?"
"Senyaplah."
Jelas kedengaran suara Haechan dan Chaerin daripada dalam bilik itu. Haechan masih sedang menertawakan gadis itu. Dia masih memerlukan masa untuk berhadapan dengan Chaerin, hatinya masih sakit dengan perbuatannya.
"Eo Dahyun!" Laju kakinya berlari kearah Dahyun yang baru kelihatan melangkah keluar daripada tandas.
--
"Apa jadi semalam?" soal Hendery, dia memandang kearah Haeyoung dan Jaemin bersilih ganti. Haeyoung mengerutkan dahi. Apa Hendery merepek ni?
"Semalam kan Jeno dengan Jihyun tahan abang kau, diorang taknak dia balik- hmmp!"
"Hyung!" Laju Jeno berlari kearah Hendery dan menutup mulutnya. Jaemin dan Haeyoung memandang antara satu sama lain lalu memandang Jeno yang sudah tersenyum manis itu.
"Kau-" Jadi Jeno dan Jihyunlah yang menyebabkan abangnya balik lambat? Wah menyempat ya Jihyun, nasib baik dia sudah berangkat ke Amerika pagi tadi. Baru sahaja Haeyoung mahu bangun daripada duduknya. Suara jeritan Jeno terlebih dahulu memenuhi ruang bilik itu.
"Argh! Hyung sakit!" Jeno terus melepaskan tangannya daripada mulut Hendery apabila dia dapat merasakan Hendery mengigit tangannya.
Jaemin terlebih dahulu sudah galak menertawakan lelaki itu. Habis air liur Hendery melekat pada tapak tangannya.
"Dahyun~" Jeno berjalan perlahan kearah Dahyun yang sedang duduk di sofa dengan wajah seperti anjing kehilangan ibunya. Bibirnya dicebikkan.
"Sakit ke?" soal Dahyun, rambut teman lelakinya itu diusap sebelum dia tertawa kecil melihat raut wajahnya. Dia hanya melayan karenah Jeno seperti budak kecil sekarang. Lelaki itu mengangguk. Haeyoung dan Hendery memandang mereka dengan pandangan jijik.
"Kau jangan tengok Haeyoung, mata kau tercemar nanti." Hendery terus menutup kedua-dua belah mata Haeyoung daripada terus melihat adegan tidak berbayar itu.
"Hendery tiba-tiba aku buta." kata Haeyoung sarkastik. Dia tidak sanggup melihat mereka berdua. Jaemin yang daripada tadi mendiamkan diri tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan Haeyoung lalu mendekatkan wajahnya pada telinga gadis itu.
"Kalau aku buat macam tu dekat kau boleh?" bisik Jaemin. Mata Haeyoung membuntang. Bahu lelaki itu terus dipukul kuat sebelum dia melarikan diri kearah Jeno dan Dahyun. Dia lagi sanggup melihat Dahyun dan Jeno daripada menahan malunya. Sekali lagi, wajahnya membahang! Dia baru bercakap macam itu pun, dia sudah gelabah!
Jaemin tertawa melihat Haeyoung yang sudah gelabah akibat kata-katanya tadi. Haeyoung masih malu dengannya. Tetapi dia tidak kisah, kerana Haeyoung nampak terlalu comel apabila dia gelabah.
"Bila discharge?"
"Esok."
haey0ungv
liked by do0_young , kimsnw00 and 521 others
haey0ungv with @na.jaemin0813
off comment
na.jaemin0813
liked by real__pcy , jenolee and 1043 others
na.jaemin0813 ❤️
view all the 200 comments
yangyang_x2 aku tak salah tengok kan?
_jeongjaehyun chaerin ke?
haechan.lee @_jeongjaehyun hyung aku block kau kang
yulheeee @_jeongjaehyun kau memang minta kena block ke?
jjihyunkang @jenolee aku dah cakap menjadi!
jenolee @jjihyunkang aku hampir maut disebabkan hendery hyung ;)
huangrenjun @jjihyunkang @jenolee explain.
Sunwoo is calling . . .
haii! another update heree! chapter ni agak panjang sebab cerita ni dah nak habis huehue 🤣 and...
Happy Jaemin Day! 💚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro