Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45

"Hyung, ikut je plan ni." Jeno tersenyum lebar sambil memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.

"Tapi Jeno-"

"Kita kena bagi Haeyoung dengan Jaemin masa." kata Jihyun, menyokong rancangan Jeno itu. Chanyeol mengeluh perlahan dan pasrah. Akhirnya dia melabuhkan punggung diatas sofa itu. Manakala Hendery sudah tertawa melihat raut wajah pasrah lelaki itu.

Dia ingatkan ada sesuatu yang terjadi pada Hendery, kelam-kabut dia datang ke hospital sebaik sahaja dia keluar daripada pejabatnya. Rupa-rupanya Jeno hanya mahu menahannya daripada balik ke rumah, dia menyuruh untuk Chanyeol pulang pada tengah malam nanti.

Pada mulanya dia tidak bersetuju, dia risau terjadi sesuatu pada Haeyoung. Tetapi dia masih mempercayai Jaemin jadi dia membiarkannya.

"Mana Sunwoo?" soal Haechan yang baru memasuki ke dalam wad Hendery itu. Matanya meliar kearah sekeliling bilik, mencari kelibat lelaki itu. Namun tidak kelihatan, padahal dia datang bersama dengan Jeno dan Jihyun tadi.

"Dia dah balik. Kawan dia ada call tadi." jawab Jihyun. Dia mengambil kardigan putihnya dan disarungkan pada badan memandangkan suhu pada waktu malam ini semakin menurun. Nasib baik dia membawa baju sejuk memandangkan dia perlu tidur disini.

Hari ini ialah giliran Jeno dan Jihyun menjaga Hendery walaupun lelaki itu tidak mahu dijaga. Dia bukannya patah kaki. Masih boleh berjalan ke tandas.

Haechan dan Heejin kekal menjaga Chaerin. Nasib baik mudah sahaja dia mahu menjaga gadis itu, tidak degil dan mendengar cakap. Chaerin memudahkan urusannya.

"Bomin kata diorang ada urusan mengejut." Haechan menyambung.

"Sejak bila kau rapat dengan adik ipar kau?" Jihyun tersenyum mengusik. Lengan Haechan dicuitnya beberapa kali sehingga lelaki itu menjelingnya menyampah.

"Heejin bagitahu akulah! dan jangan panggil dia adik ipar aku." Haechan menjawab tidak puas hati. Hubungannya dengan Bomin masih tidak berapa rapat. Kadang-kadang apabila Heejin membawa Bomin ke rumah keluarga mereka pun, Haechan akan cuba melarikan diri.

"Tapi korang yakin ke Haeyoung akan minta Jaemin teman dia?" Chanyeol memotong percakapan mereka. Dia masih risau dengan keadaan Haeyoung. Bagaimana kalau dia sedang keseorangan?

"Tak apa hyung. Aku yakin." Haechan berkata yakin. Dia pasti semua kata-katanya pada Haeyoung tadi dapat menggerakkan hati degil gadis itu

--

Matanya tidak berhenti memerhati kearah jam. Jari-jemarinya bermain diantara satu sama lain, resah. Jantungnya sudah berdegup kencang.

'Kenapa Chanyeol belum balik lagi ni!' Haeyoung menjerit di dalam hati. Sesekali dia mencuri pandang kearah Jaemin yang sedang fokus menonton televisyen manakala dia daripada tadi tidak senang duduk. Kalau boleh jantungnya mahu meletup sekarang!

"Hey, kau okey tak?" Jaemin tiba-tiba bersuara. Laju Haeyoung mengangkat wajahnya dengan pandangan terkejut. Air liurnya ditelan kelat. Wajah Jaemin yang dipenuhi dengan kerisauan itu dipandang.

"Okey..." jawab Haeyoung perlahan. Nafasnya ditarik dalam untuk menenangkan dirinya. Kenapa dia menjadi terlalu gelabah berdekatan Jaemin ini!

Ini semua mesti sebab pengakuan Jaemin tengah hari tadi-

"Muka kau merah Haeyoung." Jaemin mencelah. Dahinya dikerutkan melihat wajah cemberut Haeyoung itu. Laju gadis itu mengambil kusyen disebelahnya dan menutup wajahnya.

'Berhenti buat benda bodoh depan dia Haeyoung!'

Kenapa dia boleh mengingati hal itu! Mukanya sudah seperti disimbah cat merah. Terlalu malu dengan perkara yang terjadi hari ini. Argh!

"Kenapa kau tidur sebelah aku!" Terkejut Jaemin mendengar jeritan Haeyoung secara tiba-tiba itu. Dia memandang Haeyoung dan Haeyoung memandangnya. Terkebil-kebil Haeyoung melihat Jaemin yang sudah terpana itu.

Dia baru menjerit tentang isi hatinya tadi ke...?

Bodoh Haeyoung!

Argh sekali lagi dia malukan diri sendiri! Kalau boleh dia ingin menangis sekarang kerana terlalu malu. Wajahnya kembali ditutup dengan kusyen itu. Bagaimana dia boleh terlepas...

"Aku tak boleh tidur sebelah kau ke...?" soal Jaemin. Wajahnya bertukar muram. Tiada garis senyuman terukir di bibir. Hatinya sedikit terguris apabila mendengar jeritan Haeyoung itu tadi. Haeyoung memang membencikan dirinya ke?

Perlahan-lahan Haeyoung mengangkat wajahnya daripada kusyen itu. Dia memandang Jaemin tidak percaya.

"Soalan apa kau tanya ni? mestilah tak boleh! Selama ni kau memang senang-senang tidur dengan perempuan lain ke?"  hambur Haeyoung geram. Perasaan marahnya mula meledak apabila mendengar kata-kata lelaki itu, seakan langsung tidak teragak-agak.

"Eh. Aku? Mana ada." Jaemin terus menggelengkan kepalanya, menafikan semua kata-kata Haeyoung itu. Tidak pernah-pernah dia membuat perkara itu sebelum ini. Fikirannya masih waras untuk melakukan perkara itu.

"Dahtu kenapa kau tidur dengan aku!"

"Aku tidur atas lantai bilik kau pun salah ke?"

Mereka berdua terdiam. Haeyoung menyengetkan kepalanya, pelik. Kata-kata Jaemin itu cuba diproses untuk seketika. Tidur atas lantai bilik...

Ouh tidak...

Mukanya kembali ditekup menggunakan kusyen. Argh malunya! Kalau boleh dia mahu melarikan diri ke dalam bilik dan menjerit sepuas-puasnya. Seharian ini dia hanya salah sangka. Gatal Haeyoung! Jaemin pun sama! Ayat dia boleh buat orang lain salah faham.

Jaemin yang baru dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Haeyoung itu tersenyum senget. Jaemin menarik kusyen yang sedang menutup wajah gadis itu. Terkejut Haeyoung apabila kusyen itu ditarik. Wajah gadis itu yang sedang berona kemerahan itu ditenung.

"Jadi kau pernah terfikir untuk tidur dengan aku ke?" soal Jaemin sambil tersenyum senget. Membuntang gadis itu mendengar soalan Jaemin. Laju dia memukul peha kaki Jaemin.

"Gatal Jaemin!" jerit Haeyoung. Berulang-ulang kali dia memukul kaki lelaki itu, geram!

"Aku bergurau je." Jaemin melepaskan tawanya, dia menahan tangan Haeyoung yang tidak berhenti memukulnya. Pukulan gadis itu sakit, tetapi dia hanya mampu menahannya.

Apabila Jaemin memegang kedua-dua tangan Haeyoung itu, anak matanya perlahan-lahan merenung ke dalam anak mata gadis itu. Haeyoung terkaku. Terkaku melihat anak mata Jaemin. Dia mengaku, mata Jaemin sangat cantik. Jantungnya mula berdegup laju mengepam darah ke seluruh tubuh badan.

Haeyoung tersedar, terus dia menarik tangannya daripada pegangan Jaemin dan berdehem untuk menghentikan suasana kekok itu. Haeyoung melarikan pandangannya lalu bangun daripada sofa itu.

"Aku masuk bilik dulu-" tidak sempat Haeyoung mahu melangkah pergi daripada situ, Jaemin terlebih dahulu memegang tangan gadis itu, mahu menghalang gadis itu daripada melarikan dirinya sekali lagi.

Dia sudah tidak mahu membazirkan masa. Dia takut, Haeyoung mungkin akan hilang daripada pandangan matanya dan mungkin tidak menjadi miliknya lagi kalau dia terlepas peluang ini.

Tangan Haeyoung ditarik lembut mendekati dirinya semula. Anak matanya memandang Haeyoung lembut. Haeyoung menelan air liur, gementar dan berdebar dengan kelakuan Jaemin secara tiba-tiba ini.

"Kau tak sukakan aku ke?" sayu sahaja ayat itu meluncur keluar daripada bibir lelaki itu dengan pandangan lembut. Matanya tidak lari daripada merenung kearah gadis itu, gadis yang disukainya sejak daripada dulu lagi.

Haeyoung terkejut. Nafasnya seakan-akan terhenti buat seketika. Matanya tidak berkelip memandang Jaemin. Lidahnya kaku, tidak tahu mahu menjawab persoalan lelaki itu.

"Haeyoung... kau sebenarnya tak pernah jawab soalan Jaemin dengan tepat kan?"

"Jaemin sukakan kau. Tapi kau... sukakan Jaemin ke?"

"Jujur dengan Jaemin dan jujur dengan diri sendiri."

"Ah sorry... Kau pergilah masuk tidur." Senyumannya yang terukir dibibir tadi perlahan-lahan mulai meluntur, dia masih cuba memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman. Pegangan tangannya perlahan-lahan dilepaskan. Jaemin kembali menundukkan pandangannya memandang lantai. Bibirnya digigit,

Dadanya sakit, makin sakit hatinya menahan perit itu. Melihat daripada raut wajah gadis itu sahaja, dia tahu. Dia pasti akan ditolak...

"Jaemin."

"Kalau aku kata, aku pun sukakan kau macam mana?"

AKHIRNYA, DUA-DUA CONFESS AAAAAAAA 😭

btw cerita ni dah nak habis, mungkin lagi tiga chapter ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro