43
Perlahan-lahan, kelopak matanya dibuka. Sinaran matahari yang menyerang masuk melalui celahan langsir itu membuatkan matanya tertutup kembali. Perasaan malas dan ingin tidurnya segera terbatal apabila bau makanan daripada dapur menyengat hidungnya.
Matanya digosok beberapa kali sebelum bangun daripada katil. Tanpa membasuh mukanya, pintu bilik itu dibuka dan berjalan menuju ke dapur.
"Chanyeol~" Haeyoung merengek memanggil nama abangnya. Kepalanya terlalu berdenyut semasa dia bangkit daripada katil. Mungkin kesan sampingan daripada demamnya.
Tetapi tiada sahutan. Sempat dia melihat kearah ruang tamu sebelum memandang kearah dapur. Kosong. Kertas-kertas kerja Chanyeol yang bertaburan semalam sudah hilang daripada pemandangannya.
"Haeyoung, kau dah basuh muka?" suara garau daripada belakangnya membuatkan gadis itu tersentak. Kakinya melangkah sedikit kebelakang sebelum berpaling kearah suara itu.
Jaemin sedang meletakkan dua mangkuk nasi diatas meja sambil tersenyum lebar kearahnya. Haeyoung bingung.
Kenapa Jaemin boleh ada di rumahnya? Lelaki ini tidak pulang daripada semalam ke? dan yang paling penting, dimana Chanyeol?
"Hyung dah pergi kerja."
Haeyoung menggeleng, wajahnya masih kelihatan keliru melihat figura Jaemin yang sedang berdiri memandang kearahnya.
"Aku dah masak. Pergi basuh muka kau dulu." Haeyoung mengangguk, dia hanya mengikut segala arahan Jaemin tanpa membantah. Dia langsung tidak bersuara. Persoalannya masih tidak berjawab, mengapa Jaemin ada disini!
Sebaik sahaja Haeyoung melabuhkan punggungnya diatas kerusi, Jaemin terus meletakkan tapak tangannya pada dahi Haeyoung.
"Jae- Jaemin..." tergagap Haeyoung memanggil nama lelaki itu, terkejut dengan tindakannya. Badannya bersandar sedikit ke belakang supaya tapak tangan Jaemin tidak menyentuh dahinya lagi. Kekok.
"Suhu badan kau dah turun." kata Jaemin ringkas. Sekali lagi, lelaki itu tersenyum manis dan duduk di hadapannya. Mereka berdua hanya meneruskan makan tanpa sebarang perbualan.
Selepas kejadian Jaemin meluahkan perasaannya, Haeyoung tidak boleh mengabaikan perasaan kekok dan malunya pada Jaemin. Jelas sekali yang dia asyik melarikan pandangan matanya daripada Jaemin. Mustahil lelaki ini tidak sedar yang dia sedang mengabaikan kewujudannya sekarang.
"Nak ikut aku pergi hospital? Yangyang cakap hyung dah sedar." kata Jaemin. Laju Haeyoung mengangguk, hatinya terus berasa lega. Mujur tiada apa-apa yang berlaku kepada Hendery.
"Kau bersiap lepas ini. Aku tunggu."
--
"Renjun!" Haeyoung menjerit memanggil lelaki yang sedang fokus bermain dengan telefonnya. Renjun mengurut dadanya, terkejut dia dibuatnya mendengar suara jeritan suara gadis itu. Haeyoung tertawa melihat raut wajah geram Renjun, tetapi dia tidak peduli. Raut wajah lelaki itu sering membuatkannya terhibur sehinggakan dia suka mengusiknya, dan pastilah dia bersama dengan Haechan.
"Jangan menjerit." Renjun memberi amaran sambil menjeling kepadanya. Makin kuat Haeyoung melepaskan tawanya. Amaran lelaki itu langsung tidak dianggap serius. Jaemin menggeleng perlahan dan terus menarik tangan gadis itu untuk mengikut langkah Renjun.
Hanya Yangyang dan Renjun yang menjaga Hendery di hospital manakala Heejin dan Haechan menjaga Chaerin. Renjun menyuruh yang lain termasuk Sunwoo untuk berehat di rumah percutian mereka.
"Yow Hendery!" sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Hendery yang sedang bergelak ketawa bersama Yangyang memenuhi pandangan matanya. Sekali lagi, Haeyoung mendapat jelingan daripada Renjun, menyuruh supaya gadis itu tidak membuat bising. Haeyoung mencebik bibir.
Entah bagaimana Jihyun boleh bercinta dengan lelaki ini-
"Hyung, aku bawa makanan untuk kau." dengan senyuman riangnya, Jaemin menunjukkan tiga bekas makanan yang dibawanya daripada rumah Haeyoung.
"Kau tidur rumah Haeyoung ke?" Hendery bertanya, sebelah keningnya diangkat pelik. Dalam diam dia tersenyum senget memandang Jaemin dan Haeyoung bersilih ganti.
"Haeyoung demam. Jadi aku jaga dia." jawab Jaemin tenang sambil mengangguk. Dia mengambil tempat duduk yang diduduki oleh Yangyang tadi. Lelaki itu sudah beredar bersama Renjun. Mereka berdua terus pulang ke rumah percutian mereka untuk membersihkan diri.
"Kau jaga aku?" Haeyoung menyoal terkejut. Dia ingatkan Chanyeol yang menjaganya sepanjang malam. Tak guna Chanyeol- menyesal dia memuji-muji abangnya awal pagi tadi!
"Kau tak sedar ke aku tidur sebelah kau?" kata Jaemin selamba sambil membuka bekas makanan itu.
"Kau tidur sebelah aku!"
"Kau tidur sebelah Haeyoung!"
Tersentak Jaemin dibuatnya mendengar jeritan dua orang kawannya itu. Terkebil-kebil Jaemin memandang Haeyoung dan Hendery bersilih ganti tanpa perasaan bersalah. Dia salah cakap ke?
"Yelah. Aku tidur sebelah kau. Dahtu, mana lagi aku nak tidur." sambung Jaemin lagi. Haeyoung ternganga. Tidak mempercayai apa yang baru didengarinya. Tak mungkin-
"Haeyoung muka kau merah." Hendery mencelah sambil menahan tawanya. Dia sudah tersenyum mengusik kearah gadis itu, wajahnya jelas sudah berona kemerahan seperti tomato.
"Mana ada!" terus gadis itu berlari keluar daripada bilik itu, sempat dia menjeling Jaemin yang memandangnya dengan bingung.
"Aku buat salah ke sampai dia marah macam tu?" soal Jaemin sambil memandang Hendery polos. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Kau tidur sebelah dia. Memanglah dia marah. Senang-senang je kau tidur sebelah dia." Hendery menggeleng perlahan.
"Aku tertidur masa tengah jaga dia, lagipun dia pegang tangan aku, jadi aku tak boleh bergerak. Dahlah lantai tu sejuk." Jaemin mencebik bibir tidak puas hati. Sanggup dia tidur dalam kesejukan kerana tidak mahu menganggu tidur Haeyoung. Bekas makanan itu diletakkan diatas meja yang disediakan diatas katil itu.
"Lantai?" Dahinya berkerut memandang kearah Jaemin.
"Yelah. Aku tidur sambil duduk atas lantai. Sebelah dia." Hendery menepuk dahi mendengar penjelasan lelaki yang muda dua tahun daripadanya itu. Haih Jaemin.
--
Haechan
chaerin buat apa?
tengah tidur
heejin dekat mana?
balik rumah
buat apa?
mandi
jangan jawab
sepatah-sepatah boleh tak :)
OUHH HEEJIN BARU BALIK RUMAH.
DIA KATA NAK MANDI
JADI AKU SURUH
DIA BALIK DULU DAN
DIA TAHU KESAYANGAN HAEYOUNG AKU NAK DATANG ( ˘ ³˘)
siapa kesayangan kau -_-
kau la kesayangan aku!
park haeyoung kesayangan
lee haechan!
(block this contact)
haeyoung?
HAEYOUNG
KAU BLOCK AKU?
WOI
(unblock)
ouh dah ke?
🤡
kau suruh aku jangan
jawab sepatah -_-
yang paling penting,
aku CAPSLOCK
aku tunggu dekat luar
tak guna
kau palau aku
belanja aiskrim
kalau tak aku tak keluar.
jumpa dekat kafe bawah
AWW HAEYOUNG 😚
kau cakap kesayangan
aku block sekali lagi
Haeyoung berjalan menuruni tangga, sekarang dia perlu menunggu Haechan di kafe luar hospital. Jaemin masih bersama dengan Hendery. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Jaemin setelah mendengar pengakuan lelaki itu tadi.
Dia tidur bersama Jaemin-
Tak- berhenti Haeyoung! Jangan fikir!
"Kau kenapa?" Haeyoung mengangkat wajahnya, memandang figura lelaki yang sefang berdiri di hadapannya.
"Aiskrim aku?" Haeyoung menggulingkan bola matanya menyampah. Beberapa keping not duit dikeluarkan daripada poket hoodie ungunya dan dihulurkan kepada Haechan. Lelaki itu terus mencapai huluran itu dan tersenyum senget.
"Dia okey ke?" tanya Haeyoung ragu-ragu. Haechan mengangguk perlahan.
"Luka pada tangan dia agak besar. Kaca tercucuk masuk pada lengan dia. Selain tu, luka pada dahi dia. Teruk juga sebab kepala dia terhentak pada stereng kereta. Jangan lupa, tangan dia patah." jelas Haechan. Haeyoung mengangguk perlahan.
Dia masih perlu mengambil tahu tentang keadaan Chaerin memandangkan ibu Chaerin langsung tidak mengetahui tentang keadaan anaknya itu. Haeyoung hanya cuba memastikan keadaan gadis itu tidak terlalu teruk.
"Kau dengan Jaemin macam mana?" soal Haechan. Haeyoung yang baru sahaja ingin meneguk air mineral itu tersedak mendengar pertanyaan Haechan.
"Apa maksud kau?" soal Haeyoung semula. Dia mengurut dadanya yang masih perit itu.
"Dia confess dekat kau kan." Membuntang matanya mendengar kata-kata Haechan itu. Bahu Haechan dipukul kuat. Daripada mana lelaki ini boleh tahu?
"Sakitlah!" Haechan mengadu kesakitan.
"Aku ada teman lelaki Haechan." jawab Haeyoung perlahan. Dia kembali meneguk air mineral itu. Pandangan matanya cuba dilarikan daripada terus memandang kearah lelaki itu.
"Haeyoung... kau sebenarnya tak pernah jawab persoalan Jaemin dengan tepat kan?" Haeyoung mengangkat kening. Dahinya dikerutkan pelik.
"Apa maksud kau?"
"Jaemin sukakan kau. Kalau difikirkan semula, apa jawapan yang kau beri pada dia selama ini? Kau dah ada teman lelaki." Haeyoung mendiamkan diri, masih cuba memproses kata-kata Haechan itu. Ya, memang itu jawapan dia selama ini kepada Jaemin...
"Tapi kau pernah terfikir tak, sebenarnya kau tak pernah jawab soalan dia dengan betul."
"Dia sukakan kau. Tapi kau... sukakan Jaemin ke?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro