42
"Jangan pandang aku lama sangat." Jaemin bersuara. Matanya masih fokus memandang ke hadapan. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Haeyoung tersentak, laju dia melarikan pandangan matanya daripada lelaki itu. Tidak sangka dia boleh teetangkap merenung kearah lelaki itu!
"Kenapa kau ada dekat sini sekali?" tanya Haeyoung. Daripada tadi soalan itu asyik bermain-main di dalam fikirannya. Mengapa Jaemin tiba-tiba mengikutinya dengan Chanyeol untuk pergi ke balas polis?
"Temankan kau." jawab Jaemin selamba. Haeyoung mendiamkan diri. Bibirnya dikemam. Jawapan yang pendek, tetapi mampu membuatkan jantungnya berdegup bagai nak gila! Kenapa dia tidak senang duduk berdiri berdekatan dengan Jaemin?
Haeyoung berdehem menghilangkan suasana kekok antara mereka. Matanya meliar kearah sekeliling balai polis itu, dia cuba untuk menenangkan dirinya.
Matanya terhenti pada Chanyeol yang sedang memberi keterangannya pada pihak polis. Entah mengapa, hatinya berasa sebak apabila wajah ibunya mula bermain di fikirannya.
Dia dapat mendengar suara ibunya sebentar tadi semasa Jaemin menelefonnya. Jelas kedengaran suara ibunya sudah bergetaran menahan tangisan semasa bercakap dengannya tadi. Lelaki yang dipercayainya selama ini sebenarnya bukan seperti yang dia sangka.
"Haeyoung, kenapa?" tanya Jaemin terkejut apabila melihat bibir gadis itu bergetaran. Haeyoung tersentak, bayangan ibunya tadi terus hilang daripada fikirannya.
"Eomma..." jawab Haeyoung perlahan sebelum tangisannya pecah. Dadanya semakin sakit menahan perit. Dia merasakan semua yang terjadi ini ialah salahnya. Bagaimana kalau dia tidak ada? Sudah tentu ayahnya tidak akan memukulnya- dan sudah tentu ayahnya tidak akan berkahwin dengan wanita lain-
Semua itu akan terjadi sekiranya dia tidak wujud-
"Haeyoung pandang aku." tegas suara Jaemin berbicara, matanya tepat memandang kearah gadis itu. Kedua-dua bahu gadis itu dipegang.
Haeyoung memandang Jaemin dengan wajah yang sudah dipenuhi dengan tangisan, matanya menggeletar. Air mata tidak berhenti meluncur laju melalui pipi gebunya. Sayu hatinya melihat keadaan gadis ini dalam keadaan tidak terurus. Matanya sudah terlalu sembap kerana kerap menangis.
Dia cukup membenci dirinya kerana sering menangis di hadapan Jaemin. Mengapa dia tidak boleh menahan tangisannya seperti selalu jika berhadapan dengan Jaemin?
"Walau apapun yang kau fikir sekarang, semuanya tak betul. Jangan salahkan diri kau." Jaemin tersenyum kecil, ibu jarinya mengelap air mata gadis itu sebelum tubuh itu ditarik masuk ke dalam pelukan lelaki itu.
Seperti yang dijangka, Na Jaemin sangat memahami dirinya walaupun dia tidak pernah bersuara tentang hal ini. Dia kerap menyalahkan dirinya tentang perkara yang terjadi dan Jaemin sering menghalang daripada fikiran itu menguasai dirinya. Dia berasa terharu...
Haeyoung melingkarkan tangannya pada tubuh lelaki itu erat. Kepalanya direhatkan pada dada lelaki itu, tangisannya yang masih kedengaran itu perlahan-lahan mulai reda.
Jaemin sedikit tersentak. Buat pertama kali... Haeyoung membalas pelukannya...
--
"Hyung." Jaemin memanggil lelaki yang lebih tua daripadanya itu. Chanyeol yang sedang menulis laporannya itu menoleh kearah Jaemin.
"Aku risau dengan keadaan Haeyoung." kata Jaemin pendek. Wajahnya sudah tidak tenang apabila memikirkan Haeyoung. Gadis itu tadi sedaya upaya cuba menyorokkan kesakitan yang sedang dia alami. Tetapi dia perasan semua itu. Cuma Haeyoung terlalu degil, gadis itu tetap menafikannya.
Selepas balik sahaja daripada balai polis, suhu badan Haeyoung naik mendadak. Pintu bilik gadis itu ditenung, tidak senang duduk dia dibuatnya. Jarang sekali gadis itu mahu jatuh sakit.
"Jaemin tenang. Dia baru lepas tidur kan." kata Chanyeol. Matanya masih fokus membelek kertas-kertas yang berterabur diatas meja itu. Dia terlalu terburu-buru semasa datang ke hospital tadi dan terpaksa menangguhkan kerjanya.
Jaemin mengangguk perlahan. Badannya disandarkan pada kerusi, jari-jemarinya mula bermain diantara satu sama lain apabila dia perasan Chanyeol merenung kearahnya. Pandangannya automatik menunduk ke bawah, takut dengan soalan yang akan diajukan oleh lelaki itu.
Jelas sekali Chanyeol akan menyoal jawab dengannya selepas perkara ini terbongkar!
"Dah berapa lama?" soal Chanyeol mendatar, matanya kekal memandang kearah Jaemin. Semasa Haeyoung memberikan penerangan tadi, dia tidak berada bersama gadis itu, hanya Jaemin yang berada disisinya kerana tidak mahu membuatkan adiknya gementar.
Pastilah Haeyoung akan ragu-ragu mahu bercakap apabila melihat raut wajah gerun abangnya yang sedang menahan marah itu. Perasaan marah pada ayahnya masih tidak reda.
"Sejak sekolah-"
"Sekolah?" membuntang mata Chanyeol mendengar jawapan Jaemin itu. Tangannya tanpa sedar menepuk meja kaca itu kuat. Tersentak Jaemin dibuatnya apabila mendengar suara kuat Chanyeol itu.
"Haeyoung tengah tidur hyung." Jaemin berkata perlahan lalu berdehem, tidak berani mahu bertentang mata dengan lelaki itu.
'Park Haeyoung, kenapa aku kena hadap abang kau seorang diri!'
"Aku takkan tanya kenapa kau rahsiakan daripada aku sebab aku memang kenal sifat keras kepala budak tu, tapi lepas ini kau jangan dengar cakap dia dan terus bagitahu aku." Chanyeol berkata tegas. Dahinya diurut perlahan, sakit kepalanya memikirkan perkara yang baru terjadi ini. Laju Jaemin mengangguk mendengar arahan lelaki itu.
Bagaimana kalau ibunya bertanya nantu? Ouh tidak. Berkemungkinan besar, ibunya akan pengsan nanti.
"Eo, Chaerin macam mana hyung?" tanya Jaemin. Ayahnya sudah berada di dalam tahanan untuk beberapa waktu, jadi siapa yang menjaga gadis itu?
"Jeno bagitahu, Haechan dan Heejin yang akan jaga dia untuk sementara waktu. Memandangkan tangan dia patah." Jaemin mengangguk faham. Nampaknya dia perlu melawat Hendery pada hari esok.
"Hyung, aku nak tukar air dulu." Jaemin meminta diri. Chanyeol mengangguk, membenarkan lelaki itu memasuki bilik adiknya. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu sebelum tombol pintu itu dipulas.
Nampaknya, Haeyoung sudah nyenyak tidur. Dia langsung tidak bergerak semasa mendengar bunyi ketukan tadi.
Perlahan-lahan, dia berjalan masuk ke dalam bilik itu dan mengambil besen yang dipenuhi dengan air yang sudah bertukar suam itu.
Setelah menukar air, Jaemin berjalan kearah gadis itu. Dia mengambil kerusi yang berada berdekatan dengan katil itu dan meletakkan besen air diatasnya. Kain yang berada diatas dahi gadis itu diambil kemudian dimasukkan ke dalam besen. Dia memerah kain itu beberapa kali sebelum diletakkan semula diatas dahinya.
Jaemin mengeluh perlahan, wajah gadis itu ditenung. Berat hatinya mahu meninggalkan gadis ini semasa sakit. Suhu badannya sudah menurun sedikit demi sedikit, tetapi kondisi tubuhnya masih lemah.
"Erm..." Haeyoung menggeliat kecil. Kelopak matanya dibuka kecil sebelum kembali menutupnya kemas, tanpa disedari, tangannya menangkap tangan Jaemin yang berada diatas katil. Fikirannya terhenti. Seakan-akan pergerakan pada badannya sekarang membeku akibat terkejut.
"Haeyoung..." Jaemin bersuara perlahan, cuba mengejutkan gadis itu. Tetapi tiada respon. Tidak berjaya. Jaemin menggaru kepala, apa yang dia patut buat sekarang? Dalam diam, lelaki ktu tersenyum kecil. Perbuatan kecil Haeyoung itu membuatkan jantungnya berdegup kencang, seperti ada bunga-bunga yang berada di sekelilingnya.
Jaemin mengeluh perlahan, dia berhati-hati bangun daripada katil tanpa melepaskan pegangan tangan gadis itu dan mengambil tempat diatas lantai yang sudah berlapiskan karpet. Wajahnya diletakkan diatas katil itu dan merenung kearha wajah polos itu.
Haeyoung sedang baring menghadap kearahnya sambil memegang tangannya. Lelaki ini sedang menahan diri daripada mencubit pipi gadis ini, Kenapa dia terlalu comel?
"Goodnight..."
uwu lama tak update 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro