Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34

"Haechan lama lagi ke?" soal Haeyoung sekali lagi. Tangannya tidak berhenti mengurut-urut dahinya. Matanya semakin berpinar akibat sakit kepala. Mungkin disebabkan dia bermain telefon di dalam kereta tadi. Sekarang dia menyesal. Kepalanya terlalu pening sekarang.

"Kau ada ubat tak Yangyang?" tanya Haechan risau. Kesian pula dia melihat wajah gadis itu yang sudah kelihatan pucat itu. Yangyang menggeleng dan menggarukan kepalanya. Dia berpaling ke belakang untuk melihat keadaan gadis itu.

"Ambil ni, makan sekarang." Jaemin mengeluarkan sekotak panadol daripada plastik dan menghulurkan sebotol air pada gadis itu. Nampaknya dia sempat membeli ubat itu semasa di pusat beli belah tadi.

Haeyoung mengambil sebiji panadol itu tanpa berkata apa-apa. Dia meneguk air mineral itu beberapa kali sebelum diberikan semula kepada Jaemin. Dia menyandarkan badannya pada kerusi.

"Baring atas peha aku." arah Jaemin tenang.

"Ha?" Terkejut Haeyoung mendengar arahan Jaemin tadi. Dia memandang Jaemin pelik. Tetapi lelaki itu masih dengan raut wajah kosongnya.

"Nanti kau mengantuk. Kalau kau tidur macam tu, leher yang sakit nanti."

"Tak apa, biar leher aku sakit-"

"Jangan degil Park Haeyoung. Kau tengah sakit kepala kan." laju lelaki itu memotong percakapan gadis itu. Haeyoung melepaskan keluhan panjang dan menurutinya. Dia mencabut kasut yang dipakainya tadi dan meletakkan kepalanya diatas peha lelaki itu.

"Kau tidur dulu. Nanti dah sampai kitorang kejut." kata Yangyang. Haeyoung hanya membalas dengan deheman. Dia sudah tidak mempunyai tenaga untuk membalas. Kepalanya menjadi semakin sakit dan rasa mengantuk itu perlahan-lahan menguasai dirinya.

Dia dapat merasakan tangan lelaki itu sedang mengusap rambutnya yang sudah dilepaskan ikatannya. Perbuatan itu membuatkan matanya lebih berat dan terbuai mimpi. Tanpa dirinya sedar, dis semakin selesa berada berdekatan dengan lelaki itu.

--

"Em..." Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Dia memerhati keadaan sekeliling bilik yang terlihat asing padanya. Matanya digosok beberapa kali sebelum dia membetulkan posisinya kepada yang lebih selesa.

"Kau dah bangun?" soal Dahyun. Gadis itu tersenyum manis pada Haeyoung sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah katil itu dan mengemaskan begnya.

Macam mana dia boleh ada di dalam bilik asing ni? Apa yang terjadi sebelum ini? Sekarang dia berada di mana?

"Sekarang dah dekat Gwangju. Jaemin yang angkat kau masuk bilik tadi. Dia taknak kejutkan kau bangun." jawab Dahyun. Seolah-olah mengetahui apa yang difikirkan oleh Haeyoung.

Haeyoung menelan air liurnya apabila mendengar nama Jaemin yang mengangkatnya. Argh! Kenapa semakin dia mahu menjauhkan diri dengan Jaemin, dia menjadi semakin dekat dengan lelaki itu sekarang?

Lebih penting, lelaki itu sudah mempunyai teman wanita dan dirinya sendiri juga sudah mempunyai Sunwoo. Ingat Haeyoung kau sudah berpunya. Lupakan luahan perasaan Jaemin. Berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

"Aku lapar." gadis itu merungut, dia cuba menukar topik. Dia tidak mahu menyebut nama Jaemin lagi, cukuplah pada awal tadi mereka asyik bersama.

"Jihyun, Heejin dengan Renjun dah siap masak tadi masa kau tidur, turunlah dulu. Kejap lagi aku turun untuk teman kau makan." Haeyoung mengangguk dan meninggalkan gadis yang sedang mengemaskan pakaiannya diatas katil itu.

Matanya meliar kearah sekeliling rumah itu. Boleh tahan besar juga. Rumah itu dilengkapi dengan perabot yang minimalis, memang kena dengan cita rasanya. Tidak terlalu padat dengan banyak perabot.

Sebelum dia menuruni tangga tadi, dia terdengar bunyi gelak tawa Heejin di bilik sebelahnya. Nampaknya bilik Jihyun dan Heejin hanya berada di sebelah.

Kakinya melangkah kearah ruang makan, sempat dia menelek dahulu, dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu lagi.

Okey! Hanya ada Hendery di dapur. Dapatlah dia makan dengan tenang.

"Sakit kepala dah okey?" tanya Hendery apabila melihat Haeyoung yang sedang berjalan kearahnya. Haeyoung mengangguk bersama senyumannya. Elok-elok dia datang ke sini untuk bercuti, tetapi sebaliknya dia yang sakit dahulu.

Haeyoung melabuhkan punggung di hadapan Hendery selepas dia mengambil semangkuk nasi. Dia hanya makan tanpa berbual dengan lelaki itu memandangkan Hendery kelihatan fokus dengan telefonnya.

"Kau dengan Chaerin macam mana?" Hendery tiba-tiba memecahkan kesunyian antara mereka. Haeyoung mengangkat kening. Chaerin? Mengapa tiba-tiba dia bertanya tentang Chaerin?

"Kenapa? Kitorang mana ada bergaduh." tipu Haeyoung. Dia mengukirkan senyuman palsu, tidak mahu penipuannya terbongkar. Dahinya semakin berkerut apabila melihat Hendery tersenyum kecil, seolah-olah
dia mengetahui sesuatu.

"Aku nak pergi tengok Haechan sekejap." Lelaki itu bangun daripada tempat duduknya tanpa meneruskan ayatnya yang tergantung tadi.

"Sebelum tu, tutup lengan baju kau. Nanti orang nampak." Membuntang matanya apabila mendengar kata-kata Hendery tadi. Secepat mungkin dia menarik semula lengan bajunya yang disingsing semasa mengambil nasi tadi.

Ouh tidak... Park Haeyoung apa kau buat sekarang ini!

Sekejap- mengapa Hendery begitu tenang? Ataupun dia memang sudah mengetahui tentang hal ini? Tak akanlah Jaemin memberitahunya-

Tepat pada masanya, matanya menangkap figura Jaemin yang baru sahaja berjalan menuruni tangga. Segera dia bangun daripada tempat duduknya dan berjalan kearah lelaki itu.

"Kau bagitahu sesiapa ke tentang aku?" soal Haeyoung dingin. Sekarang tiada sesiapa yang mengetahui hal ini kecuali Sunwoo dan Jaemin, dan hanya ada Jaemin di rumah ini.

"Bagitahu apa?" Terpana muka lelaki itu apabila diserang dengan soalan itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan memandang tepat kearah wajah gadis itu.

"Hendery."

"Kau bagitahu dia tentang ayah aku pukul aku ke Jaemin?"

"Apa yang kau merepek ni-"

"Jap- ayah kau pukul kau...?" Serentak mereka berdua berpaling kearah suara yang berada di belakang. Dahyun sedang berdiri di belakang mereka dengan wajah yang terkejut. Dia memandang mereka berdua tidak percaya. Betulkah apa yang dia baru dengar tadi?

"Da- Dahyun..." Haeyoung terus melangkah mendapatkan Dahyun. Kenapalah dia pergi menyerang Jaemin pada tengah-tengah tangga ini! Haih bodoh Haeyoung!

"Both of you, explain now."

aku ada exam online nanti shsshshsh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro