32
"Dah pasti tak ada apa-apa yang tertinggal?" Haeyoung memandang kearah Renjun yang sedang menolong Jihyun menyusun barang-barangnya masuk ke dalam beg. Manakala dia hanya duduk diatas katil Jihyun sambil memperhatikan pasangan itu.
"Itu je kot?" kata Jihyun acuh tak acuh. Dia masih fokus pada lipatan bajunya. Renjun mengeluh perlahan sebelum bangun daripada duduknya dan berjalan kearah laci yang berada disebelah katil gadis itu. Mata mereka berdua hanya mengikut kearah lelaki itu berjalan.
Laci itu ditarik dan mengambil sebuah buku kecil yang berwarna merah. Dia menghulurkan kepada Jihyun.
"Ouh lupa hehe..." Jihyun tersengih sambil mengambil huluran buku passportnya. Inilah salah satu sebab Renjun menawarkan diri untuk membantunya mengemas barangnya sebelum pergi ke percutian mereka.
Pasti bermacam-macam gadis ini akan tertinggal barang. Memandangkan Jihyun berdegil mahu mengikuti percutiaan mereka sempena cuti semesta ini, dan selepas dua hari itu dia perlu pergi ke lapangan terbang untuk melawat ibunya yang berada di luar negara selama seminggu.
"Jihyun, Haeyoung! Aku keluar dulu!" Mereka berdua berpaling kearah pintu bilik gadis itu apabila mendengar suara jeritan Heejin.
"Jangan balik lambat!" Sempat Jihyun berpesan kepada gadis itu sebelum dia dapat mendengar pintu rumah itu ditutup.
"Jumpa Bomin?" soal Renjun, memandangkan dia tahu tentang hubungan istimewa diantara dua orang itu. Haeyoung mengangguk malas.
"Pertandingan bola keranjang tu hari ini. Jadi mesti Mark dan Lucas pun ada dekat sana kan?" kata Haeyoung, dia baru sahaja mengingati dua orang kawannya itu ialah wakil pemain bola keranjang bagi universiti mereka.
"Mungkin? Pagi tadi aku terdengar Mark call Jeno. Dia ajak Jeno dan Jaemin pergi tengok." balas Renjun sambil mengangkat bahu. Haeyoung terkaku sebaik sahaja Renjun menyebut nama Jaemin. Sudah hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa.
Pastilah kawan-kawannya berasa pelik. Apabila berjumpa sahaja, pasti mereka akan mengelak antara satu sama lain, langsung tidak pernah duduk semeja. Sudah beberapa kali Haechan, Yangyang dan Dahyun bertanya kepadanya. Tetapi dia tidak mampu membalas soalan itu jadi dia hanya mendiamkan diri.
Haechan dan Heejin jugalah yang sering menemaninya di perpustakaan apabila dia mahu menyiapkan assignmentnya.
"Kelas kau pukul berapa? Aku hantar." pelawa Renjun setelah dia selesai memastikan tiada barang yang gadis itu tertinggal. Hari ini ialah hari terakhir kelas, esok boleh tidur lewat!
"Lagi dua jam."
"Okey jom. Jihyun, awak bangun sekali. eomma nak jumpa kan." Renjun menghulurkan tangannya pada gadis itu apabila dia dapat menangkap gadis itu baru sahaja mahu berbaring diatas katil. Jihyun mencebik bibir dan menyambut huluran tangan teman lelakinya itu.
Kalau bukan sebab Jaehyun ingin memperkenalkan teman wanitanya kepada keluarganya, tidak perlu dia balik secepat ini. Dia mahu berehat!
Ya, lelaki itu dalam diam sedang bercinta dengan seorang perempuan yang tua setahun darinya. Tidak silap, dia berjumpa dengan gadis itu semasa praktikal di hospitalnya.
--
"Balik nanti Sunwoo ambil ke?" Renjun bertanya daripada dalam kereta. Haeyoung mengangguk dan menjawab dia sudah meminta Sunwoo mengambilnya nanti.
"Hati-hati Haeyoung!" Jihyun melambai kearahnya. Gadis itu tersenyum membalas lambaian tangan itu dan hanya memerhati kereta itu meluncur keluar daripada kawasan universiti.
Setelah dua jam, akhirnya kelas terakhirnya sudah berakhir. Tetapi dia masih perlu menyiapkan sedikit lagi kerjanya. Dia tidak akan duduk dengan tenang jika kerja itu masih belum disiapkan.
Tetapi sekarang fikirannya buntu. Siapa yang mahu menemaninya di perpustakaan? Perpustakaan itu terlalu besar dan tidak ramai pelajar lagi-lagi pada hari terakhir ini...
Kelas Haechan pada pagi tadi, dan Heejin keluar bersama Bomin...
"Pandai-pandai kau la Haeyoung." gadis itu menggeleng beberapa kali, cuba membuang rasa takut yang sedang menguasai dirinya. Kakinya diteruskan berjalan kearah perpustakaan.
Dia mengambil tempat duduk yang biasa didudukinya, iaitu berdekatan dengan rak buku undang-undang. Dia mula mengeluarkan beberapa buku rujukannya dan laptop
Setelah 10 minit, gadis itu hanya fokus pada laptopnya, sehinggalah dia terdengar bunyi tarikan kerusi yang berada di hadapannya. Dia mengangkat wajahnya untuk melihat daripada mana bunyi itu kedengaran.
Matanya membuntang sebaik sahaja wajah Jaemin memenuhi pandangan matanya. Lelaki itu hanya tenang duduk di hadapannya tanpa sebarang suara. Raut wajahnya juga kekal dingin seperti biasa.
"Kau buat apa-" segera dia menghentikan percakapannya apabila lelaki itu mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Bibirnya dikemam dan dia hanya meneruskan kerjanya yang tergendala tadi, membiarkan Jaemin duduk di hadapannya.
Sekurang-kurangnya, dia tidak berasa terlalu takut dengan kehadiran lelaki ini.
Tetapi hanya satu masalahnya sekarang...
Dia tidak dapat fokus! Pada setiap minit, pasti matanya akan mencuri pandang kearah wajah kacak lelaki itu! Argh kenapa jantungnya berdegup laju ini? Makin tidak tenang dirinya apabila berada berdekatan lelaki ini.
Selepas satu jam, siap juga! Akhirnya dia dapat menyiapkan kerjanya walaupun dalam keadaan yang tidak tenang. Jaemin ialah punca utamanya hilang fokus.
Haeyoung mula mengemaskan barang-barangnya dan memasukkan laptopnya ke dalam beg. Dia hanya mahu pergi daripada tempat ini secepat mungkin.
Dia bangun daripada duduknya. Tetapi niatnya terhenti apabila melihat Jaemin yang sudah tertidur diatas meja itu. Perasaan serba salah mula menguasai dirinya.
Lelaki itu sudah menemaninya di perpustakaan ini walaupun hubungan mereka berada dalam keadaan yang tidak baik. Mungkin selama ini dia tidak sedar, Jaemin sering ke perpustakaan untuk melihat keadaannya.
Pada kebiasaannya, Haechan dan Heejin ada bersamanya, jadi dia boleh pulang terus ke rumah. Tetapi pada hari ini, langsung tiada sesiapa, dan lelaki iti membuat keputusan untuk menemani gadis itu.
Bibirnya digigit, dia seakan ragu-ragu mahu mengejut lelaki itu. Dia memegang bahu lelaki itu dan menggoncangkannya perlahan.
"Jaemin bangun..." walaupun perlahan suara itu kedengaran, tetapi ia masih dapat membuatkan lelaki itu terbangun memandangkan dia sangat sensitif dengan bunyi semasa tidur.
"Kau boleh balik, aku dah siap..." Haeyoung tersenyum pendek sebelum berjalan keluar daripada perpustakaan itu ke luar universiti.
"Haeyoung!" gadis itu berpaling kearah jeritan itu. Dahinya dikerutkan apabila melihat Jaemin yang sedang berlari kearahnya. Tercungap-cungap dirinya apabila dia sudah berada di hadapan gadis itu.
Lelaki itu kembali membetulkan postur badannya dan mengambil nafas dalam bagi membetulkan pernafasannya semula.
"Aku sukakan kau Haeyoung."
Seakan-akan ada batu yang menghempab hatinya, dirinya terkaku. Mulutnya ternganga akibat terkejut dengan luahan perasaan Jaemin secara tiba-tiba itu.
"Jaemin kau gila ke?" Haeyoung berkata tidak puas hati. Lelaki ini sedang bermain-main dengan perasaannya ke?
Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba sahaja dia meluahkan perasaannya. Padahal jelas sekali lelaki ini sudah mempunyai Chaerin dan lelaki ini mencintai Seo Chaerin bukannya Park Haeyoung.
"Ya aku gila Haeyoung. Aku tak boleh berhenti fikir tentang kau lepas kejadian haritu. Kau asyik muncul dalam fikiran aku. Hati aku tak tenang fikir pasal kau!" Lelaki itu menolak rambutnya kebelakang, dia sendiri sudah berserabut dengan perasaan yang sedang dialaminya.
Dia menyukai dua gadis dalam satu masa yang sama? Dia sendiri sudah keliru dengan perasaannya.
"Jaemin sedarkan diri kau! Kau dah ada Chaerin dan aku dah ada Sunwoo!" Haeyoung menjerit. Dia sudah tidak tahan. Luahan perasaan itu membuatkan dia terkelu. Dia tidak mahu Jaemin memberikannya harapan palsu lagi...
Dia masih waras dan sedar diri, lelaki itu masih kepunyaan orang. Dia bukannya gila sehingga mahu merampas hak milik orang lain.
"Aku tak boleh Haeyoung! Aku asyik fikirkan kau. Aku sakit hati setiap kali fikirkan kau dengan Sunwoo!" Kepalanya dijatuhkan diatas bahu gadis itu. Dirinya lelah dengan semua yang terjadi.
Sudah seminggu dia bergaduh dengan Chaerin disebabkan hal ini. Dia tidak boleh berhenti memikirkan Haeyoung sehingga dia tidak sedar dia sudah mengabaikan teman wanitanya. Semuanya menjadi kucar-kacir.
"Jaemin..." Haeyoung mengeluh perlahan, menunduk memandang tanah. Dia keliru. Apa yang dia perlu buat sekarang? Mengapa sekarang perkara ini terjadi padanya...
"Lepaskan tangan kau dari teman wanita aku." Dingin suara garau itu kedengaran daripada belakangnya. Laju Haeyoung berpaling kebelakang dan Jaemin mengangkat wajahnya.
Sunwoo sedang berdiri tidak jauh daripada mereka sambil matanya mencerlung tajam kearah Jaemin. Dia meletakkan sebelah tangannya di dalam poket dan berjalan kearah mereka berdua.
"Sun- Sunwoo." tergagap Haeyoung menyebut nama lelaki itu. Segera dia berjalan kearah teman lelakinya dan memegang tangan lelaki itu, menghalangnya terus berjalan kearah Jaemin. Dia tidak mahu terjadinya sebarang pergaduhan.
"Tch." Jaemin tersenyum sinis menyebabkan mereka berdua memandang kearahnya.
"Kau tetap tak akan dapat kalahkan aku Kim Sunwoo." Jaemin terus berlalu pergi daripada situ meninggalkan mereka berdua di belakang.
Haeyoung mengigit bibirnya. Sunwoo pasti sudah salah faham sekarang dengan dirinya. Dia rasa teruk sekarang.
"Maaf." kata Haeyoung perlahan. Sunwoo mengangguk lemah dan tersenyum kecil. Dia mengusap tangan gadis itu untuk membuatkannya berasa lebih baik.
Walaupun di sudut hatinya, dia tahu hati gadis itu sudah dimiliki oleh Na Jaemin. Haeyoung langsung tidak menolak apabila lelaki itu meletakkan kepalanya diatas bahunya padahal dia sangat mengetahui Haeyoung benci apabila lelaki lain menyentuhnya. Dan raut wajah gadis itu juga...
Kelihatan lebih bahagia....
Dia mendengar semuanya, luahan hati Jaemin kepada Haeyoung tadi...
jaemin gila? ha lelaki tu dah buat benda gila. 🧐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro