23
Cahaya yang masuk melalui celahan langsir itu terus menyinari wajah gadis yang masih lagi lena dibuai mimpi itu. Perlahan-lahan kelopak matanya dipaksa untuk dibuka. Dia bangun daripada baringnya dan memerhatikan sekeliling bilik itu dalam keadaan yang masih mamai.
Sekejap, ini bukan bilik yang dia biasa lihat.
Matanya segera membuntang dan memandang ke arah sebelahnya cemas. Matanya terhenti pada sekujur tubuh yang masih lena tidur diatas katil disebelahnya. Dahinya dikerutkan.
Pelik. Kenapa Jihyun turut berada disini?
Kakinya dibawa menyentuh ke lantai dan bergerak kearah katil sebelah. Bahu Jihyun dipegang dan digoncang sedikit untuk mengejutkan gadis itu.
Seketika gadis itu merungut perlahan sebelum dia turut membuka matanya kerana Haeyoung tidak berhenti mengoncang bahunya.
"Kita dekat mana?" soal Haeyoung bingung. Wajahnya betul-betul kelihatan polos sekarang. Jihyun mengecilkan matanya dan menggosoknya beberapa kali sebelum dia membetulkan posisinya diatas katil.
"Rumah Renjun." jawab Jihyun dalam suara yang rendah. Terbeliak mata Haeyoung dibuatnya sebaik sahaja mendengar jawapan kawannya itu. Matanya segera meneliti keadaan di dalam bilik itu.
Bilik Jaemin!
"Ke-kenapa kita ada dekat sini?" soal Haeyoung sesak. Tidak pernah dia tidur di rumah lelaki lain kecuali rumah abangnya.
Jihyun bangun daripada duduknya dan mengikat tinggi rambutnya sebelum dia mengambil cermin matanya yang berada di meja belajar Jeno. Dia langsung tidak menjawab persoalan Haeyoung tadi.
Bermakna, dia tidur diatas katil Jaemin?
Gila Park Haeyoung, macam mana boleh terjadi!
"Dah pukul 9 pagi, kau taknak sarapan ke?" soal Jihyun tenang daripada depan pintu. Tangannya memulas tombol pintu itu dan memandang kearah Haeyoung. Lantas gadis itu bangun, mengikuti langkah Jihyun keluar daripada bilik walaupun dia masih terpinga-pinga.
Park Haeyoung kau memang lupa ingatan ke?
Apabila mereka menuruni tangga, Haeyoung dapat menangkap figura Haechan, Yangyang, Renjun dan Jaehyun yang berada di meja makan.
"Morning." ucap Renjun sambil tersenyum lebar kearah Jihyun sebaik sahaja dia menyedari kehadiran dua orang gadis itu. Serentak mereka semua memandang kearah mereka semua, termasuk Haeyoung yang seakan-akan mencuba menyorok dibelakang badan Jihyun.
Jihyun turut membalas senyuman lelaki itu dan mendekatinya. Rambut lelaki itu diserabutkan seperti suatu tabiat baginya. Katanya rambut Renjun seronok untuk disentuh. Jadi Jihyun sudah terbiasa bermain dengan rambut lelaki itu.
"Lena tidur Haeyoung." kata Haechan, Haeyoung dapat merasakan dia menyelitkan nada usikan padanya. Haeyoung memandang Haechan tidak puas hati memandangkan dia masih tidak mengingati hal semalam. Haeyoung memang mudah terlupa tentang perkara yang dilakukannya sebelum tidur.
"Kau tengok movie dengan Jaemin dan kau tertidur. Jaemin tak sampai hati nak kejut kau jadi dia suruh Jihyun bermalam dekat sini bila Jihyun dah balik daripada rumah diorang." terang Yangyang apabila dia dapat menangkap reaksi bingung Haeyoung.
Sebaik sahaja Yangyang menerangkan situasi semalam pada gadis itu, Jaemin keluar daripada dapur dengan sepinggan beberapa keping sandwich.
"Lena?" soal Jaemin sambil memandang Haeyoung. Manakala Haeyoung pula cuba melarikan pandangan matanya akibat malu. Perlahan-lahan dia mula mengingati kejadian semalam.
Sekarang dia hanya mampu mengeluarkan kata-kata makian terhadap dirinya sendiri.
Haeyoung mengangguk laju tanpa memandang Jaemin. Dia mengambil sudu baharu dan meminta sedikit nasi goreng pada Yangyang untuk dikongsi. Yangyang menolak pinggannya sedikit pada Haeyoung.
Manakala Jaemin hanya memerhatikan kelakuan gadis itu dalam diam. Jihyun yang tersedar akan kelakuan Jaemin yang sedang merenung kearah Haeyoung itu tersenyum kecil. Dia mengambil sandwich yang baru sahaja dibuat oleh Jaemin itu dan mendekatkan dirinya dengan Renjun.
"Jaemin tengah tenung Haeyoung." Jihyun berbisik perlahan pada teman lelakinya itu. Bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman. Renjun turut mengangkat wajahnya dan memandang kearah Jaemin. Lelaki itu masih lagi dengan raut wajah kosong, dan pada setiap suapan pasti dia memandang kearah Haeyoung dan Yangyang bersilih ganti.
"Jaemin kau tenung-" kata-kata Haechan itu dipotong oleh bunyi deringan daripada telefon Jaemin. Mereka semua memandang kearah nama yang terpapar.
Love❤️
Jaemin terus bangun daripada duduknya dan berjalan menjauhi meja makan untuk menjawab panggilan. Jelas sekali panggilan itu daripada Seo Chaerin.
"Aku ada kelas kejap lagi, Jaehyun kau ada simpan baju lebih Jihyun tak?" soal Haeyoung, dia memandang kearah lelaki yang daripada tadi mendiamkan diri. Lelaki itu mengangguk.
"Jihyun aku pinjam baju kau dulu."
--
"Kau balik pukul berapa?" tanya Haechan. Memandangkan hanya Haeyoung yang ada kelas pada waktu pagi sekarang, yang lain kelasnya bermula pada tengah hari nanti. Hendery pula sudah awal-awal pagi keluar daripada rumah.
"1 petang mungkin."
"Aku ambil kau nanti, kelas aku pukul 2 petang." Jeno mencelah daripada dapur. Haeyoung hanya mengangguk.
"Siapa hantar kau? Kalau tak ada biar aku-"
"Ada. Ada orang hantar aku." Haeyoung mencelah percakapan Jaemin. Lelaki itu mengerutkan dahinya. Mana ada sesiapa yang ada kelas sekarang. Dia mahu meminta Yangyang atau Jaehyun hantarkan? Dua orang lelaki itu sudah terbongkang tidur semula di dalam bilik mereka. Renjun pula menyambung membuat assignmentnya yang masih belum siap bersama Jihyun.
"Siapa? Biar aku je yang hantar." kata Jaemin lagi, cuba memujuk gadis itu.
"Tak apa Jaemin. Aku tak nak susahkan kau. Kebetulan dia pun ada kelas pagi ni." balas Haeyoung cuba menolak pelawaan lelaki itu.
Raut wajah Jaemin jelas menunjukkan dia keliru dan tidak suka.
"Haeyoung-"
Bunyi hon kereta menghentikan perbualan mereka berdua. Serentak mereka bertiga memandang kearah luar tingkap sebelum Haeyoung mencapai begnya dan berjalan keluar rumah tanpa berkata apa-apa.
Jaemin dan Haechan turut berjalan ke luar untuk melihat lelaki yang mengambil Haeyoung daripada rumah mereka.
"Sunwoo?"
okey bersedia chapter seterusnya, sila bersabar ya 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro