08
"Bodoh Na Jaemin." Sekali lagi lelaki itu memaki dirinya sendiri. Kakinya melangkah laju berlari ke rumahnya sekarang. Entah bagaimana dia boleh terlupa tentang Haeyoung, padahal dia yang memaksa gadis itu untuk berjumpa dengannya.
Habislah dia akan dibebel oleh Jeno pada esok hari. Nasib baik rumah Haeyoung hanya berada disebelah rumahnya, jadi dia meminta Haeyoung untuk menunggunya di rumah.
Jaemin menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia tiba di hadapan rumahnya. Dia hanya memerhati rumah Haeyoung daripada situ, tidak berani mahu melangkah mendekati rumah itu.
Jam tangannya ditelek. Rambutnya diserabutkan. Perlahan-lahan dia mengambil langkah mendekati rumah Haeyoung itu. Sebelum ini dia tidak pernah menjejakkan kaki di mana-mana rumah jirannya. Dia lebih suka duduk di dalam bilik untuk meluangkan masa dengan dirinya sendiri.
"Jaemin?" terhincut bahu lelaki itu apabila dia mendengar suara garau yang menegurnya daripada belakang. Lantas Jaemin menoleh kearah suara itu. Seorang lelaki tinggi sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum.
"Chanyeol. Park Chanyeol." lelaki yang bernama Chanyeol itu memperkenalkan dirinya setelah melihat raut wajah keliru daripada Jaemin. Jaemin menyambut huluran tangan lelaki itu dan membalas senyumannya.
"Ah, hyung kenal saya?" Jaemin bertanya pelik. Chanyeol tertawa kecil dan mengangguk. Mungkin dia sahaja yang tidak mengenali jiran-jirannya?
"Kau buat apa dekat sini?" soal Chanyeol semula. Daripada jauh tadi, dia sudah melihat Jaemin asyik memandang dan menelek kearah rumahnya, tetapi loceng rumah langsung tidak ditekan.
"Nak jumpa Haeyoung." balas Jaemin dengan senyuman. Chanyeol mrngangguk faham dan memintanya untuk menunggu sebentar, dia mahu memanggil Haeyoung.
Manakala Jaemin masih terpinga-pinga di hadapan rumah gadis itu. Kenapa Chanyeol boleh masuk ke dalam rumah Haeyoung? Dia pasti Chanyeol lebih tua daripadanya, mungkin ahli keluarga Haeyoung.
"Kau nak cakap apa?" Jaemin tersedar daripada lamunannya dan memandang kearah suara itu. Haeyoung sedang berjalan keluar daripada rumahnya sambil memelum tubuh. Tubuhnya hanya disarungkan hoodie berwarna ungu.
"Chanyeol hyung mana?" soal Jaemin, dia mengabaikan soalan daripada Haeyoung tadi. Matanya memandang tepat kearah pintu rumah yang terbuka itu. Chanyeol masih tidak keluar.
"Kau nak buat apa dengan abang aku." Haeyoung mengangkat keningnya pelik. Manakala Jaemin membuntangkan matanya. Dia terkejut. Haeyoung mempunyai seorang abang? Patutlah Chanyeol langsung tidak keluar daripada rumah itu dah.
"Aku nak kita cakap dekat tempat lain." kata Jaemin, dia kembali menukar topik. Dia mahu bercakap tentang tajuk asalnya. Mengapa Haeyoung boleh ada di lorong gelap itu tempoh hari.
"Aku tak nak. Cakap dekat sini." tolak Haeyoung. Dia menggulingkan bola matanya sebelum mengeluh perlahan. Dia masih marah terhadap Jaemin kerana tidak menepati janjinya dan membuang masanya menunggu di sekolah tadi.
"Haeyoung, aku nak-"
"Auch!" Haeyoung mengadu kesakitan apabila Jaemin mencapai pergelangan tangan Haeyoung untuk menariknya mendekati dirinya.
Jaemin turut terkejut apabila mendengar rintihan Haeyoung itu, padahal dia yakin, dia hanya menarik tangan gadis itu lembut. Matanya menurun memandang kearah tangannya yang sedang memegang pergelangan Haeyoung. Wajah gadis itu jelas kelihatan dia sedang mencuba menahan kesakitan.
Tanpa membuang masa, Jaemin terus menyelak lengan baju gadis itu. Membuntang matanya apabila melihat tangan gadis itu dipenuhi dengan lebam-lebam yang masih kelihatan baru.
Jaemin mengangkat wajahnya untuk memandang kearah Haeyoung semula, dia terlampau terkejut sehingga ternganga. Dia tidak pernah melihat perkara seperti ini. Jelas kelihatan gadis itu terkejut dengan tindakan Jaemin tadi.
Dengan laju, Haeyoung menarik pergelangan tangannya daripada genggaman Jaemin. Kedua-dua belah tangannya disorokkan di belakang. Matanya sedaya-upaya mengelak daripada bertentang mata dengan Jaemin.
"Haeyoung... apa jadi?" perlahan-lahan pandangan matanya bertukar menjadi tatapan lembut dan sayu. Dia tidak menyangka dia akan melihat perkara itu pada gadis ini.
"Anggap yang kau tak tahu apa-apa." balas Haeyoung dingin. Baru sahaja, Haeyoung ingin berlalu pergi meninggalkan Jaemin berseorangan, tetapi Jaemin terlebih dahulu sempat memegang bahunya.
"Ikut aku." arah Jaemin lembut. Dia tidak mahu membiarkan luka gadis itu dibiarkan begitu sahaja.
"Tak payah-"
"Aku bagitahu Chanyeol hyung-"
"Okey. Diamkan mulut kau." Haeyoung memotong percakapan lelaki itu. Dia menjeling Jaemin tajam sebelum keluar daripada pagar rumahnya, meninggalkan Jaemin di belakang.
--
"Chanyeol hyung tak tahu?" soal Jaemin. Dia melirikkan matanya memandang Haeyoung yang sedang duduk di hadapannya sebelum kembali fokus pada ubat-ubat yang baru dibelinya.
Haeyoung mendiamkan diri, dia langsung tidak ingin menjawab sebarang soalan daripada lelaki ini sekarang. Dia hanya berharap tiada sesiapa yang tahu tentang keadaannya. Jaemin mengangguk, diam itu bermakna ya.
Haeyoung tersentak apabila Jaemin melipat lengan bajunya itu sehingga lengan tangannya kelihatan, angin sejuk itu mula menerpa kulitnua. Bibirnya digigit resah apabila segala lebam-lebam dan kesan pukulan pada lengannya terdedah, lebih-lebih lagi Jaemin sedang melihatnya sekarang.
Jaemin tidak patut melihatnya...
Matanya dipejam rapat. Menunggu reaksi daripada Jaemin setelah lelaki itu melihat semua ini. Sangat teruk. Dia dapat merasakan segala keyakinan dan keberanian di dalam dirinya hilang serta-merta.
Tetapi sangkaannya meleset apabila dia dapat merasakan kulit tangannya disentuh dengan benda yang sejuk. Perlahan-lahan Haeyoung membuka kelopak matanya dan memandang kearah Jaemin.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan fokus sambil merawat luka dan lebam yang ada pada tangannya. Haeyoung terkaku seketika.
esok sekolah shshshsh
exo ' s
park chanyeol
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro