Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32'

"Ada orang ceroboh kampung kita? Sape?" tanya Taeyong yang baru bangun tidur.

"Ada askar yang lari dari pusat latihan. Risau Omma ni. Kot lah dia bawak bom and pistol ke. Bawak senjata apa-apa."

Taeyong menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa malam tadi mereka enjoy sangat waktu majlis sampai tak perasaan ada penceroboh masuk. Yang penceroboh ni dah kenapa nak menyibuk masuk kampung ni. Takde tempat lain ke?

"Taeyong! Cepat keluar!" Ada seseorang yang menjerit namanya untuk keluar. Taeyong barlari anak menuju ke pintu hadapan.

"Kenapa?"

"Rumah-----rumah sepupu kau terbakar."

"Hyesu? Rumah Hyesu? Kenapa?" Taeyong bertanya sambil menyarung seliparnya yang ada diluar rumah. Punya kelam kabutlah dia sampai tercampak-campak seliparnya.

"Askar yang ceroboh kampung semalam-----aku tak tahu dia buat apa. Tapi, dia bakar rumah Hyesu sebab dia nak ugut orang kampung, jgn kejar dia."

"Sial." Taeyong baerlari pantas menuju ke rumah Hyesu. Tidak sempat dia beritahu apa-apa pada Mrs.Lee. Dia hanya risau pasal Hyesu sekarang ni.

Sampai saja dihadapan rumah Hyesu, ada beberapa orang kampung cuba memadam api rumah itu. Api sudah besar tapi mereka dalam rumah tu tak keluar lagi ke?

"Lee Hyesu!" Taeyong berlari menuju ke rumah Hyesu untuk masuk tapi ada orang kampung yang menghalangnya. "Jgn, Taeyong. Bahaya."

"Tapi, Hyesu kat dalam." Taeyong menepis tangan orang itu dan berlari menuju ke rumah itu. Beberapa batang kayu yang ada dia ambil dan dia mengetuk pintu rumah yang sudah panas itu.

"LEE HYESU! JOHNNY! WWOOOOOIIII!" jeritnya sekuat hati. Hampir keluar anak tekaknya itu.

Tiba-tiba, pintu itu ditendang dan terbuka. Taeyong ternampak Johnny sedang mengendong anak kembar mereka. "Tolong."

Taeyong mengambil anak kembar itu sambil dibantu orang kampung yg lain. "Mana Hyesu?" tanya Taeyong kerana dia tidak nampak bayangan Hyesu.

"Dia kat dalam. Biar aku ambil dia. Panggilkan Appa Hyesu untuk pergi sini." pesan Johnny lalu dia masuk kedalam rumah itu semula.

───※ ·❆· ※───

Johnny berlari masuk kedalam rumah semula untuk mengambil Hyesu. Hyesu sudah terbaring di ruangan dapur kerana dadanya mula sakit. Sesak nafas kerana menyedut asap yang banyak.

"Hyesu!" Johnny memegang kepala Hyesu yang sudah terbaring dan dia angkat ke pangkuannya.

"Anak----anak kita mana?" tanya Hyesu.

"Diaorang dah keluar."

Hyesu tersenyum lega. "Nasib baik." Selepas cakap begitu, Hyesu terus pengsan disitu. Johnny yang sedang kelam kabut terus menepuk pipi Hyesu.

"Hyesu? Hyesu?" Johnny bertanya perlahan. Tapi tiada respon. Dia terus mengangkat Hyesu ke dalam pelukannya, untuk membawanya keluar.

Tapi, nasibnya malang. Ada satu kayu jatuh menghempas kaki kanannya membuatkan dia terjatuh disitu. Kayu itu sudah membara dengan api. Dia cuba untuk tolak kayu tu tapi kayu itu terlalu berat. Api pun mula membakar seluar yang dia pakai.

"Uhuks----uhuks." Dia mula terbatuk kerana dia sudah sesak dengan asap hitam memenuhi ruang itu. Dia mula terbaring longlai disitu bersama Hyesu yang tidak sedarkan diri.

"Hyesu-----" Johnny menarik badan Hyesu mendekati dirinya. Badan Hyesu dipeluk erat olehnya sewaktu api mula membakar kakinya yang tersepit.

"Hyesu-----I am sorry. I am sorry." bisiknya disaat kepala Hyesu masuk kedalam pelukannya. "Saya tak larat. Kaki saya sakit."

Air matanya menitik dari kelopak matanya sehingga membasahi rambut Hyesu. "Saya tak sangka takdir kita berakhir macam ni."

Rambut Hyesu diusap lembut olehnya dan dahi Hyesu dicium berkali-kali. "Saya nak bagitau sebelum kita pergi yang----awak tak salah untuk mencintai saya, Hyesu."

Johnny sudah sedar bahawa takdir yang berlaku pada mereka pada bukan salah satu pihak saja. The biggest problem is Hyesu loved him to early, but Johnny loved her too late. That the problem.

"Kita dah tahu kan salah kita berdua apa? Masa. Kita salah waktu untuk jatuh cinta." kata Johnny lagi sambil mengusap pipi Hyesu. Berkali-kali dia mencium dahi gadis itu sehingga dia puas.

"So, Hyesu------" Johnny menarik nafasnya dalam. "----if we can meet in Heaven, can we fall in love again? At the same time?"

"Jadi kita tak ulang kesalahan kita berdua." bisiknya lagi sebelum menghembuskan nafas terakhir yang Tuhan berikan padanya.

I wish God can give us more time. But God loves us a lot this time. So, He has to take us to His world. A better world for us-----to fall in love.

《 The End 》

───※ ·❆· ※───

Dah sampai ke penghujung cerita.
Terima kasih kepada yang setia hingga ke akhir cerita. Nik sangat hargai. ❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro