Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30'

"Hyesu----"

Hyesu berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang. Namanya dipanggil oleh seseorang lelaki yang dia kenal. Appa-nya.

"Wae?"

"Appa rindu Hyesu."

Hyesu hanya tersenyum nipis. Kakinya melangkah kearah satu bangku yang terdapat di taman itu. Tempat kosong disebelahnya ditepuk, menyuruh bapanya duduk disitu.

"Appa minta maaf, Hyesu. Appa tak tahu----semua ni akan jadi macam ni."

Hyesu menarik nafasnya dalam. "Appa baik sangat dengan Omma, dengan Hyesu. Tapi kenapa------Appa sanggup tipu kami? Appa tak fikir perasaan isteri pertama Appa? Apa yang dia tengah lalui sekarang?"

Mr.Lee tidak tahu mahu balas apa-apa. Dia hanya diam sambil menggenggam pemegang bangku itu erat. Dia tidak tahu mahu balas apa dengan soalan Hyesu itu.

"Hyesu sayang Appa. Cuma Hyesu kecewa dengan tindakan Appa. Hyesu sekarang berada di keadaan isteri pertama Appa. Kecewa dengan hidupnya, sebab suami. Mungkin Tuhan nak balas perbuatan Appa, Hyesu kena lalui semua ni."

"Tak, Hyesu. Appa yang patut terima balasan tu. Bukan Hyesu." Mr.Lee mengambil tangan Hyesu yang ada di pahanya. Perlahan-lahan Hyesu menarik tangannya semula dan bangun dari duduk.

"Takpe, Appa. Hyesu-----dah lalui semua tu. Hyesu okay." balas Hyesu lalu pergi dari situ. Meninggalkan bapanya sendirian.

───※ ·❆· ※───

Johnny berjalan kehulu-hilir di dalam rumah Hyesu. Rumah itu kecil saja. Rumah kayu yang lama. Tapi masih lawa. Cat kayunya saja yang sudah rapuh, kayunya masih cantik.

Ketika berjalan-jalan, dia berhenti di depan bilik Hyesu. Dia ternampak anak kembarnya sedang tidur nyenyak di atas katil. Dia masuk ke dalam bilik itu untuk melihat mereka.

Dia memerhati anaknya yang sedang tidur. Oh----mereka kembar tak seiras. Mukanya lain. Anaknya perempuannya ada tahi lalat di bawah mata kanannya. Comel.

Pipi anak lelaki tembam. Macam belon. Puting bayi yang ada di bibirnya itu naik turun kerana dihisap olehnya. Mesti gusi dia tengah gatal. Seronok je dia hisap puting tu.

Perlahan-lahan tangan Johnny mengusap rambut anak perempuannya yang masih nipis. Lembutnya. Dia tak pernah usap kepala bayi. Ni pertama kali. Memang lembut macam ni ke?

Sesuatu mula muncul di kepalanya. Ni ke anak yang dia mintak Hyesu gugurkan? Mereka ke? Anak dia yang comel dan sempurna ni?

Air matanya turun ke pipi. "I am sorry." bisiknya. Bodohnya dia mahu gugurkan zuriatnya sendiri. Nasib Hyesu mempertahankan zuriat itu seperti nak mati dan tidak ikut cakap dia yang tak guna akal fikiran.

"Minyoung suka orang usap kepala dia."

Johnny terus mengelap air matanya kasar selepas dia terdengar suara Hyesu. Tangannya juga dia tarik semula ke sisi badannya. Hyesu yang ada muka pintu itu dipandang.

"Sorry, sebab pegang anak awak." kata Johnny. Dia tahu Hyesu takkan kasi dia sentuh anak mereka. Dia tidak layak.

"Peganglah." balas Hyesu, membuatkan Johnny terdiam dan memandangnya lama. "Tu anak awak. Anak------anak kita. Saya takde hak nak halang awak."

Hyesu melangkah pergi dari situ. Dia mahu bagi masa pada Johnny dengan anak-anaknya. Johnny tidak pernah meluangkan masa dengan mereka sebelum ini. Mungkin Johnny takut dirinya akan dimarah.

Tiba-tiba, dirinya dipeluk dari belakang. Hyesu tersentak, terus dia berhenti berjalan disitu. Tangan yang ada pinggangnya itu semakin erat memeluk tubuhnya.

"Saya minta maaf. I am really sorry." bisik Johnny di telinga Hyesu.

Hyesu cuba menolak tangan Johnny yang memeluknya. "Johnny----lepas."

"I am sorry." Johnny berbisik lagi dan kali ni dia mencium pipi Hyesu lama. Hyesu makin terkaku dan diam. Apa dia nak buat? Dia tak tahu. Kenapa Johnny buat begini?

"Awak tipu saya, Johnny." kata Hyesu.

"Tak. Kali ni saya ikhlas minta maaf dengan awak. Saya-----ikhlas sangat-sangat."

Hyesu menelan air liurnya kelat bersama air mata yang turun ke pipi mulusnya. Bibir Johnny mula menggeletar perlahan selepas bibirnya terasa basah dengan air mata Hyesu.

"No. Don't cry." kata Johnny perlahan. "Don't cry for me, Hyesu."

Jari jemari Hyesu menggengam pergelangan tangan Johnny erat. Bahunya juga mula terjungkit-jungkit kerana menangis. Dia tak tahu mahu beri reaksi apa pada Johnny. Rasa bersalah mula bertakung di dalam hatinya. Dan rasa cintanya untuk Johnny juga sudah terlahir semula di dalam hatinya.

Apa dia bodoh? Atau terlalu baik?

───※ ·❆· ※───

"Arghhhhh! Pasal batu ni ada kat tengah jalan ni?"

"Lee Taeyong!" Mrs.Lee memanggil nama anaknya selepas mendengar Taeyong menjerit seorang diri. "Kamu kenapa nak mengamuk dengan batu?" tanyanya.

"Batu ni apasal duduk sini? Menyemak!" jerit Taeyong lagi.

"Taeyong-----kamu kenapa asyik mengamuk je dua tiga hari ni?" Mrs.Lee risau juga dengan anaknya yang tiba-tiba jadi panas baran. Apa dia ada buat salah sampai Taeyong berubah begitu.

"Tak----takde pape." balas Taeyong dan dia berjalan masuk ke halaman rumahnya.

"Kamu dah bagitau Hyesu yang dapur gas dia ada problem? Omma risau klu apa-apa jadi kat dapur dia."

Taeyong tidak membalas pertanyaan Mrs.Lee sebaliknya dia memeluknya. Kepalanya di letakkan di bahu Mrs.Lee. Maknya tidak menolak dan membalas pelukan Taeyong.

"Omma----Taeyong hensem tak?"

"Mestilah hensem. Anak Omma kan?"

"Baik?"

"Baik sangat. Macam bidadara. Degil sikit je." balas Mrs.Lee. "Kenapa tanya soalan macam ni?"

"Habis tu, kenapa Hyesu tak suka Taeyong? Taeyong baik, hensem. Kan?" tanya Taeyong. Air matanya turun ke pipinya perlahan-lahan. Rasa sedih menyelubungi dirinya tiba-tiba.

Semua itu berlaku selepas dia nampak Hyesu dan Johnny berpeluk di dalam rumah. Dia pergi ke rumah Hyesu untuk beritahu pasal gas dapur tapi malang nasibnya hari ni, dia ternampak perkara itu.

Terus dia membatalkan niatnya untuk beritahu Hyesu dan pulang ke rumah. Dia tak mahu menangis sebab tu dia mengamuk kat batu tadi. Tapi dia gagal. Gugur juga air matanya di dalam pelukan Mrs.Lee.

"Banyak lagi bunga di taman, Taeyong. Klu kamu tak mampu untuk berusaha mencari bunga yang baru, tunggu sajalah bunga baru berkuntum di sisi kamu." kata Mrs.Lee.

"Hyesu dah jumpa rama-rama dia. Jadi, kamu jgn jadi serangga dekat taman dia. Jgn rosakkan kecantikan yang mereka dah bina." sambungnya.

Hati Taeyong tersentuh dengan kata itu. Dia menggenggam hujung baju Mrs.Lee dan mengeratkan pelukannya.

"Arasso. Taeyong tak jahat. Taeyong ikut cakap Omma." balas Taeyong.

"Bagus anak omma. Tak sia-sia Omma kasi makan." Mrs.Lee bergurau dan menepuk belakang Taeyong perlahan, mahu melegakannya.

Mrs.Lee faham Taeyong kecewa kerana cintanya tidak berbalas. Dia tak mampu buat apa-apa selain memberi semangat pada Taeyong, anaknya yang satu itu.

Wlupun itu bukan anak kandungnya.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Cite ni dahnak sampai ke penghujungnya.
❤️❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro