29'
Hyesu berjalan menuju ke luar rumah Mrs.Lee bersama semangkuk air sejuk dan tuala putih. Dia mahu beri pada Taeyong. Kepalanya mesti bengkak kena bekas sudu tu tadi.
"Taeyong----" panggil Hyesu. "Tuam kepala kau. Mesti bengkak tu."
"Tolong." Taeyong memandang Hyesu lama. "Aku tak nampak bengkak tu."
Hyesu hanya mengikut arahan Taeyong dan duduk disebelahnya. Tuala itu diletak di benjolan kepala itu. Kecil saja. Nampak tak serius sangat.
"Aku suka kau." kata Taeyong tiba-tiba. Gerakan Hyesu terhenti selepas mendengar ayat itu. "Aku tahu." balas Hyesu.
"Jadi, kenapa kau nak juga jantan tak guna tu jadi suami kau? Aku ni teruk sangat ke?"
"Kita cousin, Taeyong."
"Cousin atas kertas. Aku bukan anak kandung mak aku. Aku anak angkat. Aku takde hubungan darah dengan kau langsung."
Hyesu menenung muka Taeyong lama. Mata bulat Taeyong yang bersinar itu dia lihat. Kenapa dia serius sangat dengan perasaannya?
"Jgn suka aku, Taeyong. Aku bodoh." Hyesu menelan air liurnya. "Aku tetap suka lelaki yang tak cintakan aku."
"Aku pun bodoh. Sebab suka kau. Wlupun aku tahu kau tak cintakan aku."
Hyesu menggeleng kepalanya. "Kau tak bodoh. Kau tak sakitkan hati sesiapa wlupun kau suka aku. Kau tak macam aku. Aku sakitkan hati orang lain sebab perasaan cinta aku untuk Johnny. Aku sakitkan hati dia."
Taeyong melihat tangan Hyesu yang sedang menuam kepalanya itu. "Dan dia bodoh. Sebab tolak cinta kau."
Hyesu senyum kecil. "Ya, dia bodoh." balas Hyesu. Taeyong hanya membalas senyuman Hyesu dan memejamkan matanya. Menikmati waktunya bersama Hyesu. Kerana dia tidak mampu mengambil hati Hyesu.
───※ ·❆· ※───
Johnny keluar dari kereta miliknya selepas dia sampai ke lokasi yang dia mahu. Kampung Hyesu. Matanya memandang sekeliling kampung itu. Kampungnya diatas bukit. Kabus malam sudah mula muncul di hujung bukit dan bintang sudah memenuhi langit malam. Cantik.
"Dah lama sampai?" Satu suara menyapa telinga Johnny. Kepalanya ditoleh ke belakang lalu dia ternampak Hyesu sednag berdiri di situ. Bersama anak perempuannya yang ada dalam dukungan.
"Baru je." balas Johnny lalu mengunci kereta. Hyesu hanya mengangguk dan berjalan menuju masuk ke rumahnya. Johnny mengikut saja langkah Hyesu.
"Masuklah. Rumah ni ada satu bilik je. Nanti awak tidur kat bilik saya. Biar saya tidur kat rumah Aunty saya."
"No." Johnny membalas. "Biar saya tidur kat sofa. Awak tidur je kat dalam bilik."
"Okay." balas Hyesu sepatah lalu dia berjalan menuju ke biliknya.
Johnny duduk diatas sofa yang ada di ruang tamu. Jam yang dia pakai dicabut dan diletak di atas meja. Badannya dibaringkan diatas sofa.
Dia perlu terima Hyesu sudah tiada hati untuknya. Dia memang tak berguna. Teringat hari semalam di mana dia bergaduh dengan maknya. Sempat juga dia menyalahkan gadis tidak bersalah itu. Bodohnya dia.
Johnny memejam matanya rapat. Cuba untuk tidur. Tapi tidak berjaya. Satu, kepalanya serabut. Dua, dia terlalu sejuk. Dia sudah tidak bawa apa-apa pakaian tebal. Tidak tahu pulak dia kampung ni akan jadi sejuk begini.
Dia hanya memeluk tubuhnya dan masih cuba untuk tidur. Selepas 15 minit, dia masih lagi tersedar, tak mampu untuk tidur.
"Damn---" bisik hatinya.
Tiba-tiba, dia terdengar suara tapak kaki mendekatinya. Badannya terkaku. Hantu ke tu? Kan kat kampung banyak hantu? Tak ke? Fikirannya mula terbang ke tempat lain. Ah----sudah.
Tak lama selepas itu, badannya terasa suam. Kerana selimut yang diletakkan oleh seseorang. Dia tidak menoleh dan buat-buat tidur. Itu Hyesu. Dia pasti.
"Sini sejuk. Kenapa tak mintak selimut?" Suara lembut Hyesu masuk ke telinga. Johnny masih senyap dan kaku seperti orang tidur.
Kakinya juga Hyesu sarungkan stokin perlahan-lahan. Hyesu menyelubung dirinya dengan selimut. Bantal juga dia letak dibawah kepala Johnny.
Pipinya juga terasa suam tiba-tiba. Ada benda lembut menempel di pipinya. Air matanya mengalir perlahan. Dia tahu bibir Hyesu yang ada pipinya.
"I Love You."
Ayat itu berjaya membuat hati Johnny terhenti seketika. Apakah ayat itu baru saja keluar dari mulut Hyesu? Betul ke apa yang dia dengar?
"Saya ego. Jadi, saya taknak mengaku saya masih sayang awak, Johnny. Bodohnya saya sebab suka awak. Selepas apa yang awak buat kat saya." sambung Hyesu kemudian dia pulang ke biliknya.
Johnnh yang pura-pura tidur tadi mula teresak-esak perlahan. Layak ke dirinya menerima cinta yang tulus itu dari Hyesu? Layakkah syaitan seperti dirinya menerima cinta dari bidadari?
Dia tidak pernah kisah klu Hyesu tertidur di sofa sebelum ini. Sama ada dia sejuk atau panas, tidak dia kisah. Bawak ke bilik tidak, menyelimutkan dia apatah lagi. Tapi Hyesu, gadis itu masih kisah pasal dirinya yang kesejukan dan menyelimutkannya.
"I Love You, Hyesu. A little bit late." bisik hati Johnny.
《 To Be Continued 》
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro