Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26'

Johnny mengelap meja makan yang sudah digunakan oleh pelanggan menggunakan kain separuh basah. Meja itu agak kotor kerana pelanggan tadi tertumpahkan sedikit kopi miliknya. Dah sibuk pandang fon, sampai kopi pun terlepas dari tangan.

Matanya teralih ke luar kedai dan ketika itulah dia ternampak sosok gadis yang dia kenal. Hyesu. Dia sedang berdiri di luar kedai sampai memeluk tubuh dan memandang dirinya yang sedang berkerja.

Johnny terus mencampak kain itu diatas meja dan berlari anak, pergi keluar dari kedai.

"Hyesu----kenapa awak kat sini?" tanya Johnny.

"Saya nak balik kampung saya."

"Apa?" Johnny terdiam seketika. Dia tak sangka ayat itu yang akan keluar dari mulut Hyesu. Dia fikirkan Hyesu mahu bertemu dengannya dan------berbaik.

"Saya nak cakap tu je dengan awak. Saya balik esok. Klu awak risau pasal saya. Kalau." Hyesu menekankan perkataan kalau itu. Memang niatnya mahu memerli Johnny sedikit. Laki itu memang takkan risaukan dia.

Johnny menundukkan kepalanya sedikit. "Okay. Tapi malam ni, awak ada lagi kat rumah kan?"

"Yeah."

"Tak----saja tanya."

"Okay---" Hyesu memandang Johnny sekilas. "Bye." Hyesu berjalan menjauhi Johnny, mahu pulang ke rumah. Johnny yang ditinggalkan sendiri itu hanya menelan air liurnya kelat.

"Memang perbezaan perasaan sesakit ini ke?" bisik hati Johnny.

───※ ·❆· ※───

Hyesu menolak beg roda yang sudah penuh dengan pakaian di sudut dinding. Hanya satu beg roda dan satu beg sandang. Dia tak mampu nak bawak banyak. Nak bawak anak kembarnya lagi. Nasiblah besok sepupu lelakinya yang akan ambil dia.

Anak kembarnya yang sedang tidur di atas katil itu ditenung lama. Sempat juga dia mengelap air liur yang meleleh di bibir Minhyung. Anak lakinya itu memang tak berhenti keluarkan air liur. Kadang Hyesu putus asa nak lap jadi dia hanya meletakkan puting bayi dalam mulutnya supaya air liurnya tidak terkeluar.

Selepas selesai, dia juga membaringkan diri diatas katil. Mahu melepaskan penat. Sebelum anaknya menangis malam-malam, baik dia tidur dulu. Bolehlah juga dia rehat sedikit.

Krik~

Tiba-tiba, pintu biliknya terbuka. Hyesu membuka matanya semula. Siapa pulak yang buka pintu bilik dia ni? Perompak ke? Pintu rumah dikunci tadi. Macam dia boleh masuk?

Dirinya membelakangi pintu jadi dia tak nampak sape yang masuk. Hyesu baru saja berniat untuk bangun tapi niatnya terbatal selepas katil yang dia baring terjungkit sedikit.

Kepalanya juga terasa diusap lembut dari belakang. Dan yang paling penting hidungnya terhidu bau vanila seperti cologne milik Johnny. Dia mahu pusing ke belakang tapi badannya seperti kaku dan mati.

Keadaan senyap sahaja untuk beberapa minit. Johnny masih mengusap kepala Hyesu dengan tangan besarnya. Hyesu pulak tidak memberi reaksi apa-apa, hanya diam membatu.

"Saya minta maaf, Hyesu. I hurts you."

Hyesu terasa ada sesuatu hangat menyentuh cuping telinganya dengan perlahan. Benda itu lembut, mungkin bibir Johnny. Bibir suaminya itu memang lembut.

"Please take care masa balik kampung nanti. Saya taknak halang awak buat apa-apa." Johnny mengucup ubun-ubun rambut Hyesu pulak. "I know I am late but I swear to God-----I love you, Hyesu."

Hyesu menelan air liurnya kelat. Rasa hangat di ubun-ubunnya juga makin menghilang. Johnny pun sudah keluar dari bilik, meninggalkan dirinya.

Dia membenamkan mukanya didalam bantal, cuba menahan air matanya daripada terkeluar. Dia tidak mahu menangis untuk Johnny tapi kenapa hatinya terasa sakit saat ini? Pedih sangat. Kenapa?

Dia sendiri tidak tahu.

───※ ·❆· ※───

Johnny menolak pintu kedai semasa dia berjalan masuk kedalam cafe. Hari ini dia lambat sedikit. Terlajak tidur. Pastu lambat pergi kerja. Dan yang penting dia tak sempat jumpa Hyesu.

Bangun saja pagi tadi, dia sudah tidak nampak Hyesu di dalam bilik ataupun di kawasan rumah. Mungkin dia sudah bergerak awal pagi, manalah tahu ada orang nak ambil dia awal.

"Johnny! Lambat kau datang. Nasiblah aku ni rakan sekerja yang baik hati. Klu tak aku pergi rumah kau, heret kau pergi kerja."

"Sorry, Noona." Mula dah Gaeun nak membebel. Johnny sudah agak. Telinga memang akan berdarah sedikit hari ni kerana bebelan Gaeun. Tak sanggup rasanya nak kena bebel seharian suntuk.

"Tadi ada seorang pelanggan perempuan tu beli biskut kau. Dia beli dua jelah. But she is your first customer that bought your cookies." kata Gaeun.

"Really? That impressive." balas Johnny sambil berjalan kearah kaunter.

"Yeah, it is. Make more. People will buy it."

"Let's finish the first batch first."

"Sure."

Johnny sambung berjalan ke kawasan rehat pekerja dan meletakkan begnya disitu. Fonnya dibuka dan skrin itu dipandang lama. Dia mahu call Hyesu tapi Hyesu nak angkat ke?

Niatnya itu dibatalkan. Fonnya di masukkan dalam poket lalu mencapai apron yang tergantung disisi pintu untuk dipakai. Dia akan fokus pasa kerjanya hari ini.

《 To Be Continued 》

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro