Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24'

Hyesu sudah boleh keluar hospital hari ni. Keadaannya makin baik selepas dia cukup rehat dan makan. Anaknya pula masih perlu di hospital kerana beberapa sebab. Hyesu hanya menerima keadaan itu.

Hari ni, Johnny menawarkan dirinya untuk mengambil Hyesu. Dia mahu menolak dan mahu duduk bersama makciknya. Tapi, dia fikirkan anaknya jadi dia bersetuju kali ni.

Semasa di dalam kereta, mereka hanya senyap seribu bahasa. Hanya bunyi radio yang memenuhi ruang kereta. Hyesu memandang luar tingkap untuk hilangkan fokusnya pada Johnny.

Hyesu terus keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Johnny pun dia tidak pandang. Kakinya berjalan lalu menuju ke biliknya.

"Hyesu." Johnny memanggilnya. Hyesu mahu menghiraukan perkara itu tapi dia mengalah dan memandang Johnny.

"Awak----rehat. Jgn buat kerja berat-berat." pesan Johnny dengan suara lembutnya. Hyesu tidak membalas apa-apa lalu berjalan menuju ke biliknya.

Sekarang? Baru sekarang Johnny nak kisah pasal dirinya selepas 7 bulan mengandung dan 1 bulan duduk di hospital? Selepas semua itu? Apa Johnny fikir dia apa? Lagipun perasaannya untuk Johnny sudah hilang.

Hatinya sudah mati.

───※ ·❆· ※───

Hyesu menggosok matanya. Selepas pulang, dia terus tidur. Sebab dia tak tahu nak buat apa. Youngjae tak kasi dia datang kerja. Katanya Hyesu belum cukup sihat untuk bekerja. Hyesu pun hanya mengalah dan ikut arahan Youngjae. Klu tidak diikut, mengamuk pula perempuan itu.

Dia turun ke tingkat satu untuk mencari Johnny. Lelaki itu mesti ada dirumah. Yelah, dia kan sudah diberhentikan kerja sebelum ini. Takkan dia nak pergi pejabat tu lagi kan?

Hyesu berjalan sekeliling rumah. Johnny takde. Mana pulak dia pergi? Takkanlah dia lari rumah? Lagipun ni rumah dia kan? Ke dia pergi rumah Mrs.Seo? No, tak mungkin dia pergi rumah Omma. Dia bersalin pun Omma tak tau. Pelik tapi tulah yang terjadi.

Krek-----

Pintu rumah itu berbunyi. Hyesu terus menoleh kearah pintu lalu ternampak Johnny masuk bersama satu beg sandang di bahunya. Gadis itu berjalan kearah tangga, tidak mahu bertemu dengan Johnny.

"Hyesu!" Johnny memanggilnya lagi. Kali ni, suaranya kedengaran agak terdesak. Hyesu berhenti berjalan dan menghadap Johnny. Dia kukuhkan juga anak matanya untuk menatap Johnny.

"Saya----" Johnny berjalan kearah Hyesu dan mengambil tangan kanannya. Satu sampul diletakkan di tangan Hyesu. "----saya nak bagi awak ni."

"Apa ni?" Hyesu membuka sampul itu. Beberapa keping wang ada di dalam. Air liurnya ditelan. Johnny bagi dia duit-----kenapa? Dia nampak tak mampu sangat ke?

"Saya taknak." kata Hyesu lalu sampul tadi diletak semula di tangan besar Johnny. "Saya mampu nak sara hidup saya dengan anak-anak----saya."

Selepas Hyesu cakap begitu, dia berjalan kearah biliknya semula. Johnny yang masih berdiri di tempatnya itu memerhatikan Hyesu hilang dari pandangannya.

Sampul yang ada ditangannya itu digenggam erat. Rasa bersalahnya makin bertambah selepas perkara itu. Hyesu memang tidak mahu berbaik dengannya. Itu memang pasti.

Hyesu tak mahu ada hubungan dengannya lagi.

───※ ·❆· ※───

Youngjae melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil mengeluh perlahan. Selepas dia berkerja seorang diri kerana Hyesu bercuti, penatnya makin berganda-ganda. Dia tak larat pun nak kerja seorang diri tapi dia pun tak mahu kacau Hyesu. Kesian pula dia kena berkerja dalam keadaan yang tak berapa sihat itu.

"Youngjae shi----"

Suara ibunya menyapa telinga Youngjae. Dia terus berlari anak menuju masuk ke dalam rumah dan mencari ibunya.

"Omma----omma buat apa kat sini?" Youngjae berjalan kearah ibunya yang sedang duduk di hadapan bilik air. Ibunya memandangnya aneh dan lama.

"Kamu masuk rumah dari mana?" tanya ibunya.

"Dari pintu depan lah."

"Tapi ni kan pintu depan." Ibunya menunjukkan pintu tandas yang ada di hadapannya. Youngjae hanya tersenyum dan membantu ibunya untuk bangun.

"Ini pintu tandas. Pintu depan warna kuning." kata Youngjae sambil membawa ibunya masuk ke bilik. Ibunya dibaringkan dan di selimut.

"Omma tidur, okay? Besok kena bangun awal juga. Youngjae kerja esok."

"Okay." Ibunya hanya balas sepatah dan melelapkan matanya.

Youngjae keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Punggungnya dihempas ke atas sofa sambil mengeluh berat. Penyakit Ibunya itu macam makin lama makin teruk saja.

Ibunya nyanyuk. Biasalah, sudah tua. Tapi, keadaannya makin teruk lepas dia tahu yang ayahnya, suami kepada Ibunya ada isteri kedua. Ayahnya ceraikan Ibu dan tinggalkan mereka berdua.

Jantan tu memang tak guna. Keadaan hidupnya jadi huru-hara selepas lelaki fak guna tu hadir dalam dirinya. Sekarang, dia tak tahu ayahnya dimana. Mungkin dengan isteri mudanya. Sedang berseronok.

Malaslah dia mahu fikir. Buat sakit hati saja. Fikiran tentang Ayahnya tadi di campak jauh-jauh. Dia tak mahu bebankan otaknya dengan perkara itu.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Nik cuba nak habiskan sebelum puasa.
Sebab puasa nanti kena puasa semua juga ye.❤️❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro