22'
Johnny berlari masuk ke dalam hospital dan mula lari ke bilik kecemasan. Peluh di dahinya menitik-nitik kerana dia berlari dari rumah ke hospital. Nak hidupkan kereta pun dia rasa tak sempat.
Sampai saja di tempat kecemasan, dia ternampak gadis yang menamparnya di kedai beberapa minggu yang lepas. Terus dia berlari kearah gadis itu kerana dia tahu gadis itu merupakan kawan Hyesu.
"Hyesu-----" Johnny menarik nafasnya dalam untuk mengganti oxygen yang kurang dalam dirinya. "----kenapa dengan dia? Apa jadi?"
"Air ketumban dia pecah masa dia tengah kerja tadi. Jadi, doktor terpaksa keluarkan bayi dalam perut dia."
Johnny mengelip matanya berkali-kali. Bukan ke awal lagi Hyesu nak bersalin? Rasanya dia baru mengandung 28 minggu. Takpe ke klu lahirkan anak tu awal?
"Tapi, dia okay kan?" tanya Johnny lagi.
"Dia dalam bilik pembedahan sekarang. Aku minta maaf. Aku terpaksa setuju dengan cadangan doktor untuk lahirkan anak tu awal. Aku taknak risikokan keadaan Hyesu dan anak korang."
Johnny memejam matanya rapat dan menelan air liurnya kelat. Kenapa hatinya tiba-tiba terasa sakit ketika ini? Apakah semua ni salah dia? Salah dia ke Hyesu sedang dalam kesakitan sekarang?
"Duduk dulu. Kita tunggu pembedahan Hyesu selesai." Gadis itu menepuk kerusi yang ada disebelahnya. Johnny hanya mengikut arahan, duduk di kerusi itu. Keluhan berat juga sempat dia lepaskan.
"Youngjae." Johnny mengangkat kepalanya ketika gadis itu bersuara. "Panggil aku Youngjae. Aku kawan Hyesu. Satu kerja."
Kepala Johnny diangguk perlahan. "Johnny." kata Johnny pula pada gadis itu.
"Kau dari mana?" tanya Youngjae.
"Dari rumah. Aku baru balik kerja."
"Kerja?" Youngjae memandangnya aneh. "Hyesu kata kau dah berhenti kerja kat pejabat tempat kau kerja tu."
"Aku kerja kat cafe. Depan simpang hospital tu."
"Oh----kedai tu. Dah lama?"
"Dalam dua minggu macam tu."
"Kenapa kerja?"
Johnny terdiam selepas mendengar soalan itu. Dia kerja kerana dia mahu bantu Hyesu untuk besarkan anak-anak mereka nanti. Tapi, dia rasa tidak layak untuk cakap begitu pada Youngjae.
"Nak tolong Hyesu?"
Johnny terdiam seketika lalu mengangguk kepalanya sekali. Youngjae tersenyum kecil dan memeluk tubuhnya. "Baguslah klu macam tu." kata Youngjae, membuatkan Johnny menghela nafas lega dan membenamkan mukanya di pahanya.
Youngjae melihat kepala Johnny itu lama. Selepas melihat Johnny begitu, dia teringat pesanan Hyesu padanya sebelum dia masuk ke bilik pembedahan.
"Klu Johnny datang, unnie tolong tenangkan dia. Hyesu taknak dia-----rasa bersalah dengan Hyesu."
Keluhan kecil dilepaskan Youngjae. Dia tak mampu nak faham erti cinta apatah lagi cinta antara mereka berdua. Mereka ibarat dua burung yang mencinta satu sama lain. Satu burung mampu terbang tinggi, seperti Johnny bersama cinta dan perngorbanannya untuk Hyesu.
Tapi, satu lagi hanya mampu melihat burung lain terbang kerana sayapnya yang dah patah, seperti Hyesu dengan hati dan harapannya yang sudah hancur disebabkan Johnny.
Mereka tak mampu untuk berbaik dengan betul kerana perkara itu berlaku pada mereka. Cinta mereka ibarat dua burung yang mempunyai sayap yang kuat dan sayap yang patah.
───※ ·❆· ※───
Hyesu berjaya melahirkan anak kembar mereka. Sekarang, dia ada di dalam bilik ward, masih belum sedar dari tidurnya. Doktor kata itu perkara biasa. Dia mungkin terlalu penat.
Johnny duduk di sisi katil Hyesu sambil memerhatikannya. Ada wayar yang bercantum di pergelangannya dan mesin oxygen yang membantunya untuk bernafas, macam doktor cakap, dia terlalu penat.
Tangan Johnny perlahan-lahan mendekati jari kelingking milik Hyesu. Dia mahu pegang tangan gadis itu, sangat mahu. Tapi niatnya itu dibatalkan saat hujung jari menyentuh kuku Hyesu.
Kenapa dia rasa dia tak layak untuk menyentuh Hyesu? Bahkan kuku Hyesu saja dia tidak sanggup untuk sentuh. Dia rasa darjat Hyesu terlalu tinggi hingga dia pun tak mampu sentuh.
Kepalanya diletakkan di atas tilam lalu matanya dipejamkan. Penat sungguh dia. Penat terperangkap dalam kesalahan sendiri dan kebodohan sendiri.
"Hyesu----saya minta maaf." bisiknya perlahan, dengan harapan Hyesu mampu mendengarnya.
───※ ·❆· ※───
Hyesu membuka matanya perlahan-lahan, matanya dikelip-kelipkan berkali-kali saat mahu menerima cahaya lampu. Jari-jarinya juga digerakkan sedikit demi sedikit untuk menghilangkan kebas.
"Hyesu?" Satu suara perempuan menyapa telinga Hyesu. Dia menoleh ke arah kirinya lalu ternampak seseorang yang sangat dia kenal dan rindu.
"Sayang, Hyesu tak apa-apa kan?" tanya perempuan itu. Hyesu tersenyum bersama air matanya yang mengalir dari kelopak matanya. Kepalanya digeleng pelahan sebagai jawapan kepada soalan perempuan itu.
"Sakit, Aunty." Hyesu bercakap dengan nada yang perlahan kerana suaranya masih tersekat di kerongkong. Makciknya memeluk kepala Hyesu lembut dan diusap belakang kepalanya.
"Kesian kamu. Kenapa tak bagitau kamu mengandung? Kenapa jadi sampai macam ni?" tanya makciknya.
Hyesu tidak membalas, dia hanya mengeluh perlahan. Dia pun tak tahu kenapa dia dalam keadaan begini. Keadaan dimana dia hilang harapan dengan semua benda.
Termasuk Johnny.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Lah......sian lak kat Johnny. 😌😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro