Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21'

Johnny melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan keluhan berat. Penat bekerja tiba-tiba tadi. Dia fikir mahu mula esok atau lusa. Tiba-tiba, dia kena kerja malam itu juga. Wlupun hanya sejam, penatnya tiada tandingan, seperti mahu pengsan dia disitu.

Saat matanya melihat sekeliling rumah, matanya bertemu dengan Hyesu yang sedang duduk disofa. Hyesu hanya memandangnya sekilas dan bangun dari duduknya.

"Hyesu!" Johnny memanggil namanya, membuatkan dia berhenti berjalan tanpa menoleh kearah Johnny.

"Can we talk----again?" tanya Johnny dengan nada yang perlahan. Dia mahu bercakap dengan Hyesu kali ni. Dengan keikhlasan dan dia mahu memohon maaf dengan sepenuh hatinya.

Hyesu menggengam tangannya erat. Kali ni, Johnny akan tipu dia lagi ke? Johnny akan mempermainkan dia lagi ke, macam sebelum ni? Johnny akan buat benda sama ke?

"Sorry. Saya taknak." balas Hyesu dan dia sambung berjalan ke biliknya, meninggalkan Johnny sendirian.

Johnny hanya tersenyum nipis. Dia dah agak reaksi itu yang dia akan dapat dari Hyesu. Dia tahu gadis itu memang takkan percayakan seorang penipu seperti dia. Penipuan dia sebelum ini memang berjaya mengubah sikap Hyesu sepenuhnya.

───※ ·❆· ※───

"Johnny! Nanti Noona sambung mop lantai tu. Kamu dah mop hari-hari sepanjang dua minggu ni."

Rakan sekerjanya ataupun, Gaeun Noona menjerit dari arah dapur. Johnny tersenyum dan menyambung kerja mengemopnya itu.

"Takpelah. Noona kemas jelah dapur tu." balas Johnny.

"Degil nak mampus budak ni." Gaeun memandang Johnny tajam dari arah kaunter, membuatkan Johnny tersenyum risau. Risau juga klu Gaeun tu baling mesin kopi tu kat dia. Dia sumpah garang nak mampus.

"Stop, Johnny."

"It's okay."

Tiba-tiba, loceng di depan pintu kedai itu berbunyi. Mereka berhenti bergaduh dan memandang kearah pintu.

"Sorry, kedai tak buka----" Tidak sempat Johnny berkata begitu, dia terdiam dan memandang lelaki yang kurus tinggi itu masuk ke dalam kedainya.

"Jeonghan----"

───※ ·❆· ※───

"Kau kerja sini? Dah lama?" tanya Jeonghan pada Johnny yang sedang duduk di hadapnnya itu. Johnny mengangguk kepalanya. "Dah dua ke tiga minggu macam tu."

Jeonghan menghirup kopi yang terhidang didepannya itu. "Mianhae." ucap Jeonghan semasa dia meletakkan cawan itu diatas meja kembali. Matanya bertemu dengan mata kecil Johnny.

"Kau hilang kerja sebab aku. Aku yang-----bangkitkan pasal Hyesu depan kau." kata Jeonghan. "Tapi, aku masih tak boleh terima yang kau buat dia macam tu. Jadi, izinkan aku ambil Hyesu. Aku mampu jaga dia."

Johnny berdiri dari duduknya. "No. Aku pun mampu-----jaga dia. Kau tak perlu ambil dia dari aku." balas Johnny. Dia tahu dia tak layak nak cakap begitu selepas apa yang dia buat pada Hyesu tapi dia tak boleh terima yang Jeonghan nak ambil Hyesu begitu.

Jeonghan tersenyum kecil. "Jadi, minta maaf kat dia." Dia memeluk tubuhnya dan mencampak pandangannya ke luar tingkap. "Aku takkan ambil dia. Jgn risau."

"Aku bukan nak minta maaf je." Johnny menelan air liurnya kelat. "Aku pun nak berbaik dengan dia."

"No. Kau takkan mampu buat macam tu." Ayat Jeonghan tu membuatkan Johnny terdiam. Apa maksud Jeonghan? Kenapa dia cakap perkara yang macam tu?

"Kau dah hancurkan harapan dia. Takkan nak bina balik harapan dia yang kau dah hancurkan?" kata Jeonghan. "Kau takkan mampu bina semula bangunan yang dah runtuh dengan barang dah hancur, Johnny."

Johnny hanya senyap membisu di tempatnya. Pernyataan Jeonghan tu terlalu tepat dengan keadaan dirinya. Bodoh. Selepas apa yang dia dah buat pada Hyesu, berani dirinya itu berniat untuk berbaik? Perkara itu kedengaran sangat mustahil.

"She love you, Johnny."

Suara Jeonghan itu mematikan lamunan Johnny tadi. "Aku percaya yang dia masih sayangkan kau. Dia cuma kecewa dengan kau." kata Jeonghan lagi lalu dia berdiri dari duduknya.

"Jaga Hyesu. Macam mana dia jaga hati dia daripada terluka dengan kau."

───※ ·❆· ※───

Jam yang tergantung di dinding dilihat sekilas. Sudah pukul 11.00 malam. Hari ni pun Hyesu taknak balik juga ke? Dia tidur dengan kedai yang dia kerja tu juga hari ni?

Johnny mengeluh perlahan. Dia tahu yang mungkin Hyesu tidak balik hari ni. Pandai-pandai pula dirinya sendiri membina harapan bahawa Hyesu akan pulang. Akhirnya, dia kecewa sendiri sahaja. Padanlah muka.

Ketika kakinya ingin melangkah ke bilik, telefonnya berdering. Panggilan itu terus diangkat tanpa ragu-ragu.

"Hello?"

"Encik ni Johnny Seo?" tanya orang yang membuat panggilan itu.

"Ya. Saya. Kenapa?"

"Kami daripada Hospital Besar Gangnam. Isteri encik, Lee Hyesu ada di hospital sekarang. Jadi, boleh saya minta encik datang ke sini? Sebab kami perlu berbincang tentang Hyesu."

"Baik. Sa----saya datang sekarang. Terima kasih." kata Johnny dan dia terus berlari keluar dari rumah.

Johnny terkedu. Hyesu ada kat hospital? Dia sakit apa? Ada masalah ke dengan kandungannya itu? Jika ada, minta-minta masalahnya tidak terlalu teruk.

Dia tidak mahu apa-apa jadi dengan Hyesu.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Muncullah baby baru. ❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro