20'
Johnny berjalan di kaki lima kedai sehingga dia berhenti di satu kedai yang berwarna ungu cair. Terlihat ada beberapa patung di hadapan kedai yang memakai baju yang dijual di kedai itu. Ya, dia ada kedai yang dimana tempat Hyesu bekerja. Dia-----mahu lihat gadis itu.
Dia berdiri di hadapan kedai itu sambil melihat isi kedai itu di sebalik pintu kedai yang berkaca. Lama juga dia berdiri disitu sehinggalah ada seorang perempuan berambut panjang membuka pintu itu.
"Annyonghaseyo." tegur perempuan itu.
Johnny membungkukkan badannya sedikit. "Annyonghaseyo."
"Buat apa kat luar ni? Nak tempah baju ke?" tanya perempuan itu.
"Tak. Saya----saya nak cari Hyesu----"
"Hyesu?"
Perempuan itu mula memandangnya dengan pandangan yang aneh. Matanya juga memandang Johnny dari atas ke bawah berkali-kali. "Kau----suami Hyesu ke?"
───※ ·❆· ※───
Pang!
Kepala Johnny terpusing ketepi selepas pipinya ditampar. Dia terkaku sebentar sebelum menghadap semula perempuan yang ada didepannya, yang menamparnya sebentar tadi.
"Seronok? Buat Hyesu macam tu?"
Johnny hanya senyap dan memandang kakinya. Dia tidak mahu melawan. Sebab dia sedar tu salah dia. Semua. Segalanya-----memang salah dia. Tiada keraguan.
"Buat apa kau datang sini? Cari Hyesu?" Perempuan itu meregus kecil. "Dia takde." sambungnya sebelum Johnny sempat membalas pun.
"Please----saya nak jumpa Hyesu."
Tak sempat perempuan itu menjawab, telefonnya tiba-tiba berbunyi. Perempuan mengambil telefonnya. "Panjang umur isteri kau."
Dia mengangkat panggilannya. "Hello, Hyesu? Wae?"
"Unnie, Hyesu datang kedai lambat sikit. Hyesu nak beli baju baby. Dekat shopping mall depan hospital ni. Tau?" balas Hyesu yang berada di hujung talian.
"Okay-okay. Careful."
"Baik. Gomawo."
Johnny terus bangun dari duduknya dan berlari keluar dari kedai selepas perempuan itu menutup panggilannya dengan Hyesu. Dia terdengar yang Hyesu yang beli barang bayi.
Perempuan itu memanggilnya tapi dia hiraukan saja. Dia tak fikir benda lain dah. Dia cuma nak jumpa Hyesu sekarang.
───※ ·❆· ※───
Sampai saja di tempat membeli-belah itu, Johnny terus berjalan ke sekelilingnya. Dia tak tahu di mana tempat menjual barang bayi jadi dia hanya berjalan sambil menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari tempat itu.
Tak lama dia mencari, dia ternampak satu kedai yang menjual barang bayi. Dia terus masuk kedalam itu bersama matanya yang meliar mencari kelibat isterinya.
"Hyesu-----" Johnny berbisik sendiri selepas dia nampak Hyesu sedang berdiri di kawasan baju bayi lelaki. Dia ingin melangkah kearah Hyesu tetapi langkah tiba-tiba saja berhenti. Dia membelakangkan dirinya lalu menyorok di sebalik tiang yang ada di tengah kedai.
Hatinya terasa sakit. Melihat Hyesu seorang diri, berdiri sambil memilih baju bersama perutnya yang sudah membesar itu. Selepas diingatkan semula layanannya sebelum ini, dia seperti tidak layak untuk mendekat dengan gadis itu.
Jadi, dia hanya memerhati sahaja Hyesu di sebalik tiang itu. Hyesu sedang fokus memilih barang-barang bayi yang dia mahu beli sehingga dia tidak perasan yang Johnny ada disitu, sedang memerhatikan dirinya.
Johnny terfikir. Susah ke selama ini dia berkerja untuk cari duit? Cukup ke duit gadis itu untuk beli barang bayi yang banyak tu? Tak penat ke dia bekerja sepanjang hari dengan kandungannya itu?
Johnny ingin bertanya perkara itu kepada Hyesu tapi dia tahu semuanya sudah terlambat. Dia takkan mampu untuk beri soalan itu dan Hyesu juga tidak akan mampu untuk soalan yang diberikan olehnya.
He's already too late for everything. Including for Hyesu's love.
───※ ·❆· ※───
Johnny berjalan masuk ke dalam satu cafe yang berdekatan dengan simpang rumahnya. Dia perlukan kopi untuk tenangkan dirinya yang sedang serabut, memikirkan tentang keadaan dirinya dan Hyesu.
Dia masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk mendekati Hyesu. Tadi, dia hanya memerhatikan Hyesu dari jauh sehingga Hyesu selesai membeli-belah. Dia tak mampu nak matikan jarak antara diri mereka. Perkara itu terlalu mustahil untuk dilakukan sekarang.
"Annyonghaseyo. Nak order apa?" tanya pekerja perempuan yang ada di hadapan kaunter itu. Johnny hanya memandang pekerja yang bertanya tadi.
Dahinya berpeluh, rambutnya serabai, bajunya juga tidak terurus. Nafas juga masih tidak stabil, tercungap-cungap dia disitu. Kenapa dengan dia ni?
"Excuse me! Mana minuman kami tak sampai-sampai pun?" Seorang pelanggan bertanya dengan nada suara yang tinggi. Johnny pun mengalih pandangannya kearah suara.
Pekerja itu terus menundukkan badannya. "I am sorry. Boleh tak awak tunggu sekejap?" tanyanya pada Johnny. Johnny mengangguk kepalanya perlahan.
Selepas Johnny cakap begitu, pekerja itu terus membuat minuman dengan pantas. Tangan sibuk membuat minuman dan mengambil makanan dari dulang dan diletakkan diatas pinggan. Logiklah dia busy sebab sekarang tengah ramai orang. Tapi, takkan dia kerja sorang-sorang?
Lama juga Johnny berdiri disitu, dalam 10 minit. Dia nak marah pun tak sampai hati. Nampak sangat yang pekerja tu sibuk sampai tak cukup tangan.
"I am sorry again. Nak order apa?" tanya pekerja itu lagi selepas dia selesai membuat kerjanya.
"Americano. 4 shots."
"Okay. Sekejap ya." Pekerja itu mula membuat pesanan Johnny. "Maaf sangat-sangat. Saya kerja sorang-sorang. Jadi, saya busy sikit. Orang pula ramai hari ni." kata pekerja itu sementara menunggu air kopi untuk dibuat.
"Takpe. Nak buat macam manakan?" balas Johnny.
"Bilalah ada orang nak kerja sini?" Pekerja itu mengeluh perlahan tapi Johnny masih dengar keluhannya itu.
Johnny terfikir. Dia takde kerja sekarang. Income dia pun mestilah takde. Macam mana dia nak hidup? Simpanan memanglah ada tapi sampai bila dia nak berharap dekat simpanan tu? Jadi, dia kerja sini dulu bolehkan?
"Klu saya kerja sini----" Johnny itu memandang pekerja itu. "----boleh?"
Mata pekerja itu bersinar. "Bolehlah. Betul ke nak?" tanya pekerja itu dengan bersemangat. Johnny menganguk kepalanya sekali.
"Bagus. Sekarang juga awak start." Pekerja itu mengambil sesuatu di bawah kaunter dan dihulurkan pada Johnny. "Ni baju pekerja."
Johnny mengerut dahinya. "Wait, what? Now?"
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Padan muka kau Johnny.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro