18'
"Johnny! Kamu jgn nak bergurau dengan Omma macam tu. Kamu ingat kelakar ke?"
Mrs.Seo memarahi Johnny yang ada dihujung talian itu kerana dia bergurau kasar. Ada ke dia bagitau Mrs.Seo yang dia masuk hospital. Mrs.Seo ingatkan dia kemalangan atau apa. Rupanya hanya menghantar kawannya pergi kerja.
Johnny tergelak besar. "Sorry. Sorry-----" Johnny mengucapkan kalimat maaf dengan sisa ketawanya itu. Mrs.Seo mengembungkan pipinya tanda marah. Makin ketawa budak Johnny tu dibuatnya.
"Omma! Jgnlah comel sangat" kata Johnny.
"Dahlah, Johnny! Merajuklah."
"Jgnlah, Omma! Okay-----I am sorry. Dah-dah. Jgn merajuk." Johnny memujuk Mrs.Seo lagi supaya dia tidak terasa. Mrs.Seo hanya merengus perlahan selepas Johnny memujuknya.
"Kamu bila nak balik sini? Omma rindu tau. Kamu asyik duduk dengan Appa je kat sana." tanya Mrs.Seo dengan nada yang agak sedih. Dah lama anaknya duduk di Chicago. Daripada dia umur 7 tahun sampailah 22 tahun. Tak balik-balik. Memanglah dia rindu.
Johnny tersenyum kecil."Nanti Johnny balik, okay? Kasi Johnny habiskan waktu kolej Johnny, pastu nanti Johnny baliklah. Tak lama pun. Dalam 3 bulan je lagi." terang Johnny.
"Yelah. Dahlah, Johnny. Bye."
"Eh? Merajuk lagi ke?"
"Yelah. Dahlah. Bye."
"Omma------" Tak sempat Johnny nak cakap apa-apa, Mrs.Seo sudah menutup oanggilan itu. Malas mahu melayan anaknya yang perangai brutal itu. Mahu gila dia nanti.
Selepas Mrs.Seo meletak telefonnya di atas meja makan itu, dia memandang seseorsng yang sedang menghidang makanan dan menyusunnya dengan rapi diatas meja.
"Hyesu---" Mrs.Seo memanggilnya. Hyesu pun memandang Mrs.Seo selepas dia terdengar namnya disebut.
"Kamu ada boyfriend?" tanya Mrs.Seo.
Hyesu tergelak kecil. "Takde. Kenapa?"
"Oh, patutlah kamu suka Johnny."
"Apa?"
Mrs.Seo tersenyum lebar memandang Hyesu yang sedang keliru itu. "Kamu suka Johnny kan?" tanya Mrs.Seo.
Hyesu menggeleng kepalanya berkali-kali. "Ma-----mana ada. Merepek je Omma ni."
"Jgn tipu. Omma tahu. Tadi pun masa Omma berborak dengan Johnny, kamu asyik pandang-pandang je."
Hyesu mengetap bibirnya. Jelas sangat ke yang dia melihat Johnny masa Mrs.Seo call tadi? Sampai Mrs.Seo pun perasan dia tertengok-tengok.
"Gambar tu-----" Mrs.Seo menunjukkan satu frame sederhana besar yang terdapat di dinding ruang tamu. "----kamu selalu tengok gambar tu. Kenapa? Johnny hensem ke dalam tu?"
Gambar yang ditunjukkan itu gambar Mr.Seo bersama Johnny. Gambar itu diambil dekat Chicago dan dihantar kepada Mrs.Seo kerana dah lama mereka tidak pulang. Jujur Hyesu cakap, Johnny memang hensem dalam tu.
"Omma terima je kamu sebagai calon menantu, Hyesu. Omma pun dah anggap kamu macam anak sendiri dah." kata Mrs.Seo lagi.
Hyesu hanya tersenyum dan duduk diatas kerusi di hadapan Mrs.Seo. Dia tahu Mrs.Seo hanya bergurau dengannya. Wlupun perasaan dia untuk Johnny itu betul.
"Omma tak main-main tau. Omma serius."
Hyesu hanya mengangguk kepalanya. "Yelah, Omma."
───※ ·❆· ※───
"Saya dah lama sayang awak. Cuma awak yang tak tahu. Awak tak tahu isi hati saya." kata Hyesu lagi dengan air matanya yang tidak berhenti mengalir.
"Sebelum awak datang Korea, saya yang jaga Omma awak sebab saya kerja sebagai pembantu setengah hari. Nak support diri saya dan keluarga saya. Awak tahukan benda itu?"
"Awak selalu video call dengan omma awak masa awak kat Chicago. Saya nampak awak disebalik skrin fon. Omma selalu call awak depan saya jadi saya nampak muka awak. Awak tahu kenapa saya jatuh cinta dengan awak?" Hyesu menunding jarinya kearah Johnny.
"Senyuman awak, gurauan awak. Awak sangat baik dengan Omma sampai saya...." Hyesu menunjukkan dirinya pula. ".....jatuh cinta dengan awak."
Hyesu menarik nafasnya dalam untuk melegakan dadanya yang sudah sakit kerana nafas yang tidak cukup. Dia juga tersedu-sedu kecil.
"Saya gembira sangat bila Omma cakap nak satukan kita. Sangat gembira. Saya fikir mesti saya akan nampak senyuman awak hari-hari, saya dapat dengar suara yang hangat tu setiap masa. Tapi, tak. Saya tak dapat semua tu. Saya cuma dapat penampar yang ikhlas dari awak."
"Saya tak tahu mana kebaikan awak dan kemanisan yang ada dalam diri awak sebelum ni, Johnny. Tapi saya nak rasa semua tu. Saya nak sangat-sangat. Setiap hari Johnny, saya tunggu awak untuk betul-betul berbaik dengan saya. Tapi.......harapan saya itu ibarat harapan burung untuk hidup dalam air. Takkan terjadi."
Hyesu mengelap air matanya yang sudah membasahi dagu dan pipi mulusnya itu. Perutnya juga diusap perlahan kerana anaknya mula menendang perutnya kasar. Tapi kesakitan itu tidak dibandingkan dengan kesakitan hatinya yang mempertaruhkan cinta dia untuk Johnny.
"Sorry, Johnny. Saya ternangis depan awak lagi. Jijikkan?" kata Hyesu lalu dia berjalan keluar dari rumah. Dia tidak berbincang tentang Mrs.Seo. Takpelah. Nanti pandai-pandailah dia bagi alasan apa-apa.
Dia tak sanggup nak lihat Johnny lagi. Hatinya yang sudah tercarik-carik itu rasa seperti hancur. Tak mampu dia nak menahan kesakitan itu lagi.
───※ ·❆· ※───
"Oh, macam tu ke. Jadi tak sempatlah kamu jumpa Omma ye?" tanya Mrs.Seo di hujung talian.
"Tak, Omma. Hyesu minta maaf ya. Nanti ada masa Hyesu jumpa Omma."
"Okay. Kamu jaga diri. Kirim salam kat Johnny sekali ye."
"Okay. Bye, Omma.
"Bye, sayang."
Hyesu mematikan panggilannya dan mengeluh perlahan. Badannya disandarkan di kerusi sambil mengusap perutnya berkali-kali. Anaknya bergerak kecil didalam perut itu. Tidak sakit, cuma geli saja dibahagian pinggang membuatkan dia tersenyum kecil.
"Mrs.Lee, silakan masuk."
Seorang nurse memanggil namanya untuk masuk berjumpa dengan doktornya untuk appointment. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan berjalan masuk kedalam bilik doktor itu.
Doktor itu menyambutnya dengan senyuman. "Hai, Hyesu. Silakan duduk."
Hyesu membalas senyuman itu. "Hai."
Doktor itu melihat kiri dan kanan Hyesu seperti mencari seseorang. Hyesu yang sudah duduk di kerusi itu pelik melihat telatah doktor itu.
"Doktor cari apa?" tanya Hyesu.
"Suami kamu mana? Tak datang?"
Hyesu hanya menggeleng lalu menundukkan kepalanya sedikit. Doktor itu seperti faham dengan situasi itu terus memulakan kerjanya untuk memeriksa kesihatan Hyesu. Mungkin mereka ada masalah, bisik hati doktor itu.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Dah faham ke belum Johnny? Klu tak faham lagi tak tahu lah nak cakap apa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro