17'
Hyesu berjalan menuju masuk kedalam pejabat tempat Johnny bekerja. Dia perlu bincang sesuatu dengan Johnny. Dia taknak bincang dirumah. Sudah beberapa hari juga dia tak balik rumah dan hanya duduk di bilik kosong didalam kedai Youngjae.
Mrs.Seo call dia sebentar tadi. Katanya mahu berjumpa dengan mereka berdua. Hyesu pun kelam-kabut memikirkan alasan yang dia mahu berikan pada Mrs.Seo. Dia tak boleh jumpa Mrs.Seo dalam keadaan rumah tangganya begini.
Sampai di kaunter pertanyaan, dia bertanya di mana pejabat Johnny kepada pekerja disitu. Pekerja disitu hanya memandangnya aneh dan mula bertanya kepada rakan yang ada di sebelahnya.
"Seo Johnny? Dalam rekod pekerja yang kami ada, takde nama Johnny." balas pekerja itu.
Hyesu mengerut dahinya. "Takde?" Dia melihat sekeliling pejabat itu semula. Rasanya betullah ni pejabat tempat Johnny bekerja. Ataupun dia salah masuk bangunan?
"Hyesu?" Seseorang memanggilnya dari belakang. Dia menoleh lalu ternampak lelaki yang membantunya waktu dia mahu melintas jalan itu, Jeonghan sedang berjalan kearahnya.
"Buat apa kat sini?" tanya Jeonghan.
"Saya......saya nak cari Johnny. Awak tahu tak dia kat mana?"
Jeonghan memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat Hyesu baca. Dia juga terdengar keluhan Jeonghan sebelum dia mula bercakap semula, untuk menjawab soalan Hyesu.
"Johnny......dah kena buang kerja beberapa hari lepas. Awak tak tahu?"
"Buang kerja? Ke....kenapa?" Hyesu bertanya. Dia cukup terkejut. Apa yang Johnny buat sampai dia kena buat kerja? Klu dia buat kesalahan pun, kesalahan yang teruk sangat tu?
Jeonghan tidak menjawab soalan Hyesu dan dia senyap untuk sebentar. "Saya.....bergaduh dengan dia. And things got worst than I thought." jawab Jeonghan.
Hyesu hanya senyap dan melihat muka Jeonghan yang sudah menunjukkan rasa bersalah. Fahamlah apa maksud Jeonghan tu. Dia cuba cakap yang Johnny kena buang kerja sebab mereka bergaduh.
"Okay. Jeonghan. Terima kasih. Saya kena cari Johnny dulu." balas Hyesu dengan senyuman lalu membongkokkan badannya sedikit kepada Jeonghan dan pekerja tadi. Dia mula berjalan keluar dari pejabat itu.
Dia kena cari Johnny.
──── ◉ ────
Hyesu melepaskan nafas berat. Dia sudah sampai di hadapan rumah Johnny. Dia tahu, dia kena bersedia untuk bergaduh dengan Johnny. Mesti Johnny akan mengamuk kat dia.
Kunci yang ada ditangannya itu digunakan untuk membuka pintu. Nasiblah dia ada letak satu kunci rumah di dalam beg yang dia bawak keluar dengannya sebelum ini.
Selepas pintu itu dibuka, Hyesu melangkah masuk rumah itu perlahan-lahan. Sekeliling rumah itu agak bersepah. Selalu tersusun je semua benda. Apa jadi ni?
"Oh-----balik."
Hyesu menoleh kearah suara lalu ternampak Johnny sedang berdiri di tangga. Hyesu menapak ke belakang sedikit dan perutnya yang sedang buncit itu diusap perlahan. Kenapa dia takut sangat bila nampak Johnny ni?
"Kau pergi mana tak balik-balik? Hah?" tanya Johnny lagi. Kali ni, dia berjalan mendekati Hyesu.
"Saya duduk kedai tempat saya kerja." balas Hyesu. Dia memberanikan dirinya untuk kekal berdiri di tempat yang sama seperti tadi.
"Pastu kenapa kau balik? Kenapa tak bawak je baju kau segala pergi sana? Aku malas nak tengok muka kau." kata Johnny.
"Saya datang sebab nak bagitau sesuatu. Omma nak jumpa kita. Kita kena balik rumah Omma."
Johnny mengerut dahinya. "No. Kita takkan balik. Takkanlah kita nak balik dengan perut kau yang besar tu? Entah anak sape yang kau bawa pastu kau kata tu anak aku."
Hyesu terkedu. Johnny memang masih percaya yang dia ni mengandung anak orang lain. Jijik sangat ke dirinya ini sampai macam tu sekali dia fikir?
"Sebab tu aku suruh gugurkan. Kau tu keras kepala. Tengok apa yang jadi. Kan dah menyusahkan diri kau, aku, ramailah lagi." sambung Johnny.
"Johnny, ni anak awak. Apa susah sangat awak nak faham ni?" Hyedu mengumpulkan keberaniannya untuk bercakap begitu pada Johnny. Dia tak sanggup nak menahan telinganya lagi dengan hinaan Johnny.
"Takde satu lelaki pun yang pernah sentuh saya selain awak, Johnny. Saya jaga maruah saya sampai awak sentuh saya, tidur dengan saya. And awak masih ada hati nak kata yang saya bukan mengandung anak awak?" sambung Hyesu.
"Fine. Kau kata tu anak aku kan? Okay. Aku faham." Johnny menelan air liurnya. "Tapi kenapa kau nak simpan juga anak tu? Aku tak sayang kau, aku layan kau macam sampah, and kau still sayang anak tu. Tu kan darah daging aku. Aku tak faham."
Hyesu hanya senyap sahaja. Dia tak mampu nak cakap apa-apa dah. Klu explain dekat Johnny pun, bukan dia faham. Akhirnya, nanti Johnny still tanya benda sama. Kenapa dia simpan anak tu? Pastu bergaduh lagi.
"Oh----diam." Johnny mengetap bibirnya kemudian tangannya menolak satu pasu yang ada di atas meja kecil sebelahnya. Jatuh berderai pasu itu. Hyesu terkejut dengan perkata itu hingga membuatkan dia terkebelakang.
"Aku nak jawapan, Lee Hyesu! Klu tu anak aku, kenapa kau sayang sangat dia?Kau tak sayang aku, aku tak sayang kau! Jadi kenapa kau sayang sangat budak dalam perut kau tu?" jerit Johnny.
"Sape kata?"
Hyesu membalas dengan nada yang tenang. Air matanya seperti biasa mengalir deras di pipi. Tangannya juga digenggam erat untuk mengumpulkan kekuatan dalam dirinya.
"Sape kata saya tak sayang awak, Johnny?" Hyesu menelan air liurnya kelat. "Saya sayang awak sangat-sangat." sambungnya.
Johnny tersenyap dan terkaku dengan jawapan Hyesu. Jujur dia cakap, dia terkejut dengan jawapan itu dan tak sangka itu jawapan yang akan diberikan Hyesu.
Hyesu sayang dia? Betul ke perkara itu?
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Boleh pulak dia tanya lagi. Cepuk kang. 🙂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro