16'
Jeonghan berjalan masuk kedalam pejabatnya yang dikongsi bersama Johnny itu dengan muka seriu. Dia mahu bertanya apa yang Johnny buat dengan isterinya sampai dia menangis tengah-tengah malam macam tu. Mesti ada yang tak kena. Wlupun takde kena mengena dengan kerja, dia tetap juga mahu bertanya.
"Johnny."
Johnny yang sedang menghadap fail dan komputernya itu menoleh kearah Jeonghan dengan pandangan tertanya-tanya. Jeonghan mencekak pinggangnya dan mengambil nafas dalam.
"Semalam, aku nampak someone nangis sorang-sorang tengah malam waktu aku nak balik. Pastu dia mengandung." kata Jeonghan.
Johnny mengerut dahinya dan memandang Jeonghan pelik. "Pastu kau nak suruh buat apa? Balik ngan kau malam ni? Kau takut kena kacau ngan orang pregnant ke apa?" tanya Johnny.
Jeonghan mengetap bibirnya. Bodoh punya Johnny. Dia tak faham ke orang perli dia? Macam mana orang bengap macam ni boleh kerja dan dapat pangkat tinggi kat pejabat? Tertanya-tanya Jeonghan.
"Bukan, bodoh. Aku nak bagitau yang aku nampak isteri kau semalam." sambung Jeonghan selepas dia mengumpat Johnny di dalam hati.
"Isteri?"
"Yes. Hyesu, right?"
"Macam mana kau jumpa dia?"
"Kan aku dah cakap masa aku balik kerja semalam. So, sekarang aku nak tanya. Apa kau buat kat dia sampai dia keluar rumah, menangis teruk macam tu sorang-sorang?" Jeonghan tanya terus terang saja kepada Johnny. Malas dia mahu berkias, bukan Johnny faham pun.
"Kau takyah sibuk. Tu isteri aku. Takde kaitan dengan kau pun." balas Johnny mudah.
"Senang je kau cakapkan. Perangai kau memang macam ni ke? Ke selama ni aku tak tahu perangai kau macam ni?"
Johnny bangun dari duduknya dan memandangnya tajam. "Apa masalah kau ni? Pagi-pagi cari gaduh dengan aku. Isteri aku pandailah aku urus. Kau nak sibuk pahal?" Johnny meregus perlahan dengan pandangannya yang dicampak diluar tingkap.
"Johnny......kau kena jaga isteri kau tu. Jgn buat dia macam tu."
"Tak, sekarang ni-----kenapa kau sibuk sangat pasal Hyesu? Kau suka dia ke apa? Hah?" Johnny menepuk tangannya sekali. "Oh, aku tahu. Anak yang Hyesu tengah kandungkan tu anak kau ke? Macam tu? Sebab tu kau beria sangat nak tolong dia bagai?"
Jeonghan berjalan kearah Johnny dan mencengkam kolar bajunya erat. Matanya menenung mata Johnny tajam. "Kau melampau, Johnny." kata Jeonghan dengan suaranya yang mula bergetar, menahan marah di hatinya.
"Kau yang melampau, Jeonghan. Kau tak patut bawa hal peribadi dalam tempat kerja. So unprofessional employee." kata Johnny lagi.
Jeonghan yang sudah gagal menahan marahnya itu menarik rambut Johnny sekuat hatinya. Dia menarik Johnny yang sedang meronta itu keluar dari bilik mereka dan mencampaknya di lantai. Semua orang yang ada diluar bilik itu memerhati mereka.
"Aku lagi sanggup jadi pekerja yang tak profesional daripada jadi manusia yang tak berperikemanusiaan macam kau." balas Jeonghan.
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni? Aku tak fahamlah." Johnny bangun dari duduknya dan berdepan mata dengan Jeonghan.
"Aku nak kau jaga Hyesu. Kau tak faham-faham ke, Johnny Seo?"
Johnny menumbuk pipi Jeonghan sekuat hatinya. Jeonghan sampai tersungkur diatas lantai pejabat itu. Bibirnya pecah dan berdarah. Semua orang yang lihat mula risau dengan keadaan yang makin tegang itu. Mereka pun tidak mahu terlibat dengan pergaduhan itu tapi kesian pula tengok Jeonghan yang ditumbuk begitu.
"Kau ni menyemaklah, Yoon Jeonghan! Tak habis-habis Hyesu! Jijiklah aku dengar!" jerit Johnny disitu dengan suara garaunya.
"Johnny Seo!"
Johnny memandang kearah suara yang menjerit namanya itu lalu ternampak ketuanya sedang bercekak pinggang dan menenungnya tajam. Keluhan ketuanya juga dia dapat dengar.
"Apa kamu buat ni? Sebelum ini, kerja awak yang takde performance. Sekarang nak bergaduh dengan pekerja lain pulak? Apa masalah kamu?" tanya ketuanya, Mr.Kwon.
Johnny mengetap bibirnya dan menggenggam penumbuknya erat. Jeonghan yang sudah terduduk itu juga dia jeling lalu mengeluh perlahan.
"Saya dah bagi surat warning sebelum ni kat awak, Johnny. Dua surat warning. Kamu buat hal kat pejabat ni sekarang, awak nak kena buang kerja ke?" kata ketuanya lagi.
"Fine. " Johnny membalas dengan nada mendatar. Matanya bertemu mata Mr.Kwon lama. "Saya berhenti kerja. Saya pun taknak kerja dengan orang penyibuk macam dia ni." kata Johnny lagi sambil melihat Jeonghan yang masih duduk.
Jeonghan yang masih duduk diatas lantai itu tercengang. Apa betul ke Johnny ni mahu berhenti kerja? Habis tu dia nak dapat duit dari mana? Kot ye pun terasa dengan Jeonghan, tidak perlulah nak berhenti kerja bagai.
"Puas hati kau? Aku dah berhenti kerja. Tu yang kau nak kan?" Johnny melintas Jeonghan dan menuju ke mejanya untuk mengemas barang-barang. Dia campak saja benda yang dia nampak dalam kotak yang ada di bawah meja kerjanya.
"Johnny......" Jeonghan cuba berdiri dari duduknya dan berjalan kearah meja Johnny. ".....kau tak perlu nak berhenti kerja bagai. Apa kau ni?"
"Diam, Yoon Jeonghan. Kau dan Hyesu sama je perangai. Dua-dua menyusahkan. Dua-dua tak pernah puas hati dengan aku. Memang sengaja nak buat aku merana." balas Johnny. Kotak tadi ditutup dengan kasar dan diangkut keluar dari bilik.
Jeonghan menggenggam tangannya erat. Dia tak sangka pergaduhannya itu mengakibatkan perkara ini semua berlaku. Dia tak sangka ego Johnny tinggi sangat sampai dia sanggup berhenti kerja daripada berbincang elok-elok dengannya tentang Hyesu.
"Mr.Yoon, encik okay?" Seorang pekerja dibawahnya bertanya kepada Jeonghan. Jeonghan hanya tersenyum kecil.
"Okay. Tapi boleh ambilkan first aid?"
"Okay. Saya ambik sekejap."
Selepas pekerja itu keluar, dia mengeluh lagi. Jika dikata yang dia menyesal cakap pasal Hyesu pada Johnny hari ini, ya. Dia menyesal sebenarnya. Cukup menyesal.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Dah berhenti kerja pulak dah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro