15'
"Mianhae......"
Hyesu berkata perlahan kepada lelaki itu. Selepas dia puas menangis tadi, dia baru perasan yang baju lelaki tadi sudah lencun dengan air matanya. Sumpah dia rasa bersalah sangat-sangat.
Sekarang mereka ada di perhentian bas yang berdekatan dengan traffic light tadi. Lelaki itu bawa Hyesu untuk duduk supaya dia sedikit tenang dari tadi.
Lelaki itu hanya tersenyum. "Takpe. Awak nampak sedih tadi. Dah okay sekarang?" tanya lembut.
Hyesu mengangguk kepalanya perlahan. "Terima kasih kat awak. Saya dah lega sikit." balas Hyesu sambil tersenyum. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa selesa sangat dengan lelaki itu. Memang tak berhati-hati betul budak Hyesu ni.
"Mengandung?" tanya lelaki itu lagi.
"Haah. Lima bulan."
"Awak nangis sebab tu ke?"
"Sebab pregnant?" Hyesu terdiam sekejap. Oh, mungkin lelaki itu ingat dia mengandung anak luar nikah kot. "Tak......saya tak sedih pasal ni. Saya sedih pasal benda lain."
"Oh.....camtu." Lelaki itu hanya mengangguk kepalanya perlahan. Keadaan menjadi sunyi sepi semula. Mereka hanya memandang sekeliling dengan orang yang kehulu-hilir berjalan di hadapan mereka.
"Sorry.....nama awak? Tak sopan pulak sebab tak tanya." Hyesu mematikan kesunyian di antara mereka dengan mulakan sesi perkenalan diri.
"Jeonghan. Yoon Jeonghan." balas lelaki itu ataupun Jeonghan.
"Saya.....Lee Hyesu." kata Hyesu pulak.
"Hyesu?" Jeonghan memandangnya lama lalu mengelipkan matanya berkali-kali. "Awak.....isteri Johnny ke?"
Hyesu terdiam. Dah mana pulak lelaki ini dapat tahu yang dia ni isteri Johnny? Dia kena stalk ke? Merisaukan betullah keadaan sekarang ni.
"Jgn takut. Saya kawan sekerja Johnny. Sebab tu saya tahu awak isteri dia." kata Jeonghan selepas dia nampak perubahan expression muka Hyesu.
"Oh..." Hyesu mengangguk kepalanya. Logiklah klu lelaki itu tahu yang dia itu isteri kepada Johnny. Dia fikirkan ada lelaki yang stalk dia atau Johnny. Risau juga disitu.
"Dia ada buat apa ke kat awak sampai......awak nangis macam ni malam-malam?" Jeonghan bertanya. Dia bukan mahu menyibuk. Dia cuma mahu tahu kenapa isteri Johnny keluar malam-malam macam ni. Dahlah mengandung. Klu jadi apa-apa macam mana?
Hyesu menggeleng kepalanya. "Takde pape. Saja keluar ambil angin." balas Hyesu mudah.
Jeonghan hanya menerima sahaja jawapan Hyesu. Tak mahu tanya lebih-lebih. Mungkin Hyesu tak selesa. Dan dilabel 'busy body'.
"Nak saya hantar balik rumah?"
"Takpe. Saya nak pergi tempat lain." jawab Hyesu.
"Saya teman? Bahaya awak pergi sorang-sorang."
"No....it's okay. Tempat yang saya nak pergi seberang jalan tu je. Tempat yang nak melintas tadi." Hyesu menunjukkan satu rumah kedai berwarna purple di seberang jalan.
"Oh.....situ je. Nak pergi sekarang?"
"Yes. Thank you sebab teman saya tadi. Saya hargai." Hyesu berdiri dari duduknya dan menundukkan badannya sedikit. Nak tunduk lebih-lebih tak boleh. Perutnya menghalang.
"Wlcm." balas Jeonghan mudah dengan senyumannya. Hyesu membalas senyumannya dan mula berjalan ke tempat yang dia mahu pergi.
Jeonghan hanya memerhati Hyesu. Daripada dia melintas jalan hingga dia sampai di hadapan rumah kedai. Ada seorang perempuan yang menjemput Hyesu masuk ke dalam.
Jeonghan menghela nafas lega. Nasib Hyesu tak apa-apa semasa perjalanan itu. Dia risau apa-apa jadi kat Hyesu. Dahlah seorang diri saja. Johnny.....entah ke mana lelaki itu.
Bergaduh mungkin. Dia pun malas ambil tahu. Dia pula mahu pulang ke rumah sekarang dan berehat.
──── ◉ ────
"Unnie....."
Youngjae memeluk badan Hyesu selepas dia nampak Hyesu berdiri di hadapan pintu kedainya. Dia dah dapat perasaan yang Hyesu ada masalah. Matanya bengkak dan dia keluar malam-malam macam ni.
"Wae?" tanya Youngjae perlahan sambil mengusap rambut Hyesu lembut. Hyesu tidak membalas sebaliknya dia membenamkan mukanya di bahu Youngjae.
"Suami kau buat apa?" tanya Youngjae lagi.
Tangisan Hyesu semakin bertambah selepas mendengar perkataan suami. Dia fikir dia tidak mahu menangis lagi tapi apakah daya? Hatinya sudah hancur disiram harapan palsu Johnny.
"Dia.....dia still nak gugurkan anak ni." Hyesu membalas selepas dia berjaya mengambil nafas untuk bercakap.
Youngjae dah agak. Lelaki itu bukan betul berbaik dengan Hyesu. Mesti ada udang di sebalik batu. Bukan boleh percaya sangat pun orang macam tu.
"Shhhh......takpe. Unnie teman kau duduk kedai ni okay?" pujuk Youngjae.
"Tapi.....omma Unnie nanti macam mana?"
"Takpe. Pandailah Unnie uruskan. Hyesu rehat dulu ye."
Hyesu melihat muka Youngjae lama. "Gomawo." bisiknya kemudian dia membenamkan mukanya di bahu Youngjae semula.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Jeonghan rupanya. Abe idaman. 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro