Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14'

"Apa?"

Hyesu tanya dengan nada yang terkejut. Dahinya juga berkerut seribu selepas mendengar permintaan Johnny yang tak masuk akal tu. Hampir saja dia pengsan kerana terkejut.

"Apa awak merepek ni Johnny?" tanya Hyesu lagi sekali.

"Saya tak merepek. Saya nak awak gugurkan anak ni." Johnny membalas dengan suara yang cukup meyakinkan, membuatkan Hyesu terkedu.

"Maaf. Saya tak mampu nak tunaikan hasrat awak, Johnny." balas Hyesu.

Johnnh tersenyum sinis. "After all this, semua benda yang awak nak saya bagi, awak tolak mentah-mentah je permintaan saya? Memang tak tahu bersyukur ke?"

"Permintaan awak melampau, Johnny. Logik ke untuk seorang ayah nak bunuh anak dia sendiri?"

"No, saya tak bunuh dia. Dia tak tengok pun lagi dunia. Baru duduk dalam perut awak. So what?" balas Johnny.

"Tak. Mati hidup balik pun saya takkan gugurkan anak-anak kita. Saya sayang dia macam saya sayang diri saya sendiri."

"Apa yang kau sayang sangat anak tu? Aku tak fahamlah. Bukan kau suka aku pun. Beria sangat nak jaga anak tu kenapa? Kau tahu tak nak besarkan anak tu susah. Dengan aku sekali kena tempiasnya nanti."

Bebelan Johnny tadi membuatkan Hyesu terdiam seribu bahasa. Dia tak sangka yang Johnny akan cakap macam tu. Percakapannya pun sudah kasar seperti sebelum ni. Apa yang jadi sebenarnya?

Hyesu menelan air liurnya kelat sebelum berkata semula. "Kenapa? Kenapa awak benci sangat dengan anak awak ni, Johnny? Ni darah daging awak juga. Apa salah dia?"

"Are you sure that it's my child? Aku tak kenal kau sebelum ni jadi aku tak tahu perangai kau. Entah apa yang kau buat bila aku tahu. Tiba-tiba, kau kata anak aku."

"Johnny Suh!" Hyesu menjerit nama Johnny supaya dia berhenti bercakap perkara yang bukan-bukan. Hatinya rasa berkecai selepas mendengar kata-kata Johnny itu.

Air matanya mengalir deras di pipi hingga bertakung di dagunya. Bibirnya bergetar ketika menahan sebak di dadanya. Sungguh dia kecewa dengan fikiran Johnny.

"Stop crying. It's disgusting." Johnny berkata semula selepas beberapa minit membisukan diri.  "Kita jadi macam dulu. Bilik asing and mind our own businesses." sambungnya kemudian dia berjalan menuju ke tangga.

"Saya nak tanya awak sesuatu." Johnny berhenti selepas mendengar suara Hyesu. "Awak berbaik dengan saya sebelum ini sebab awak nak saya dengar cakap awak? Gugurkan anak ni?" tanya Hyesu.

"Yes. Tu niat saya yang sebenar." balas Johnny tanpa ragu-ragu lalu dia sambung berjalan untuk pergi ke biliknya.

Hyesu terus menangis disitu. Kali ini dia tak mampu nak tahan tangisannya. Dia mula teresak-esak disitu seorang diri. Dia duduk semula di kerusinya tadi sambil mengusap dadanya yang sesak itu.

Lepas semua benda yang Johnny buat selama ni, itu semua hanya pura-pura? Tidur bersama, pergi appointment doktor bersama, makan bersama, semua itu palsu.

Dia kecewa. Sedih. Rasa bodoh pun ada. Kenapa dia letak harapan kat Johnny? Dia patutnya sudah tahu yang Johnny takkan terima dia. Tapi kenapa......dia bodoh sangat?

Hyesu sedar yang dia tak mampu nak buat Johnny jatuh cinta dengannya. Tapi Johnny mampu mehancurkan hatinya yang sudah retak itu.

───※ ·❆· ※───

Hyesu berjalan di kaki lima rumah-rumah kedai selepas dia lega sedikit. Dia mahu mengambil angin malam sebentar. Dia sedar yang hari sudah lambat. Sudah hampir pukul 12 tengah malam tapi dia mahu tenangkan dirinya.

Dia hanya berjalan tanpa arah tuju, kakinya melangkah saja kemana-mana. Asalkan tempat itu ada orang. Terfikir-fikir juga dia tentang kejadian dirumah tadi. Berkali-kali juga air matanya tumpah ke tanah sepanjang perjalanan itu. Sungguh dia terkilan sangat-sangat. Sampai dia tak ingat yang dia sedang termenung sepanjang jalan.

"Hati-hati!"

Hyesu merasakan tangannya ditarik seseorang. Terus dia terkebelakang sehingga dia tersandar pada seseorang. Dia memegang dadanya selepas sedar dari termenung. Dia hampir melintas jalan waktu lampu merah. Bagus Hyesu. Kau memang nak mati awal.

"Awak okay?" tanya seseorang yang menariknya tadi. Hyesu memandang susuk badan itu dan ternyata dia seorang lelaki. Matanya bulat, hidungnya mancung, bibirnya nipis dan pipinya sedikit tembam. Rambut hitam sedikit serabai itu juga Hyesu perhati.

Lelaki itu melambaikan tangannya di hadaan muka Hyesu. "Awak okay? Kenapa termenung?" tanya lelaki itu lagi dengan mukanya yang sedikit risau. Matanya juga melilau melihat badan Hyesu jika dia tercedera.

Hyesu masih tidak membalas dan mereka juga kekal dalam posisi seperti tadi. Lelaki itu masih memeluk Hyesu dan kepala Hyesu terletak di bahu lelaki itu. Mata Hyesu bertemu dengan mata lelaki itu sehingga matanya berair semula.

"Eh? Kenapa ni? Awak okay tak?" Lelaki itu terus kelam kabut menanya Hyesu kerana dia menangis. Hyesu hanya menggeleng kepalanya berkali-kali lalu dia menangis di bahu lelaki itu. Teresak dia di bahu lelaki hingga basah baju kemejanya berwarna putih.

Hyesu tak mampu nak kawal perasaannya. Lagi-lagi bila lelaki itu tanya dia okay ataupun tidak. Johnny pun tak pernah tanya begitu padanya. Bagaimana orang yang dia tidak kenal menjaganya lebih baik?

Lelaki itu hanya kekal berdiri di situ dan menepuk belakang Hyesu perlahan. Dia tidak memeluk Hyesu, dia hanya berdiri dan memberikan bahunya pada Hyesu.

"Gwaenchana......gwaenchana....." bisik lelaki itu untuk menenangkan Hyesu yang sedang dilanda kesedihan.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Siapakah lelaki itu? 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro