Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11'

Hyesu mengelap rambutnya yang masih basah tu menggunakan tualanya yang tergantung di leher. Lepas pulang tadi, dia berehat sebentar dan mandi. Hari ni dia pun dia berniat nak rehat secukupnya sebab besok nak kerja. Kesian Youngjae kena buat baju pejabat tu seorang diri.

Knock~Knock~

Pintu biliknya diketuk. Hyesu terkaku dan memandang pintu itu lama. Sape pulak ketuk pintu tu? Takkan Johnny pulak. Tak pernah-pernah dia nak datang bilik ini.

Kerana tertanya-tanya, dia berjalan kearah pintu lalu membukanya perlahan. Dia mengintai sedikit sebelum membuka pintu itu dibuka luas.

Johnny ada disitu. Dengan pakaian yang baru dan rambut yang masih basah. Dia baru habis mandi mungkin.

"Can we talk for a while?" Johnny bertanya dengan nada mendatar. Hyesu terdiam disitu untuk beberapa saat.

Hyesu bersetuju dengan pertanyaan Johnny. "Yeah. Sure."

───※ ·❆· ※───

"I am sorry for my harsh word before."

Permohonan maaf Johnny itu tidak disangka-sangka oleh Hyesu. Pelik betul sebab Johnny tiba-tiba saja minta maaf. Bukan taknak terima tapi pelik. Pelik tahap dewa.

"Awak okay tak ni?" tanya Hyesu pada Johnny. Johnny memandangnya lama. Terus Hyesu menutup mulutnya. Dia tak sengaja keluarkan soalan tu dari mulut dia. Tak sedar langsung.

"Saya okay dan saya nak okay kan hubungan kita. Sebab------awak dah mengandung. Jadi, saya kena jaga awak." Johnny menjelaskan lagi dalam sebab kenapa dia mintak maaf.

Hyesu tersenyap. Lama juga dia tersenyap disitu dan Johnny pun tak cakap apa-apa, seperti memberi ruang untuk Hyesu berfikir. Dia pun mungkin tahu yang Hyesu ambik masa nak terima semua tu.

"Awak serius ke ni? Tak main-main." tanya Hyesu sambil memandang muka Johnny. "Sorry, saya macam terkejut sebab awak tiba-tiba------approach saya macam ni."

"Takpe. Take your time. Saya faham."

"I am sorry." kata Hyesu lagi. Entah kenapa, dia rasa bersalah sangat-sangat. Mana muncul perasaan itu pun dia tak tahu. Hatinya terasa berat.

"Btw, awak nak----" Johnny bercakap sambil memandang Hyesu lama. "----tidur dengan saya malam ni?" tanya Johnny.

Hyesu mengelip matanya berkali-kali. Dia cuba memproses ayat yang keluar dari mulut Johnny. Apa dia salah dengar ke? Memang betul ke Johnny ni yang dia kenal? Macam lain.

"Klu taknak, takpe. Saya tanya je."

"Tak! Bukan!" Hyesu menghalang Johnny untuk bangun dari duduknya. "Saya-----saya cuba." balas Hyesu dengan tergagap-gagap. Dia tak pasti dengan keputusannya itu tapi dia hanya biarkan saja perasaan was-was nya itu.

Johnny tersenyum nipis. "Jom."

───※ ·❆· ※───

Mereka berdua hanya baring di atas katil milik Johnny sambil memandang siling. Johnny tak cakap apa-apa, Hyesu senyap seribu bahasa. Bunyi angin aircond saja yang boleh didengar.

Hyesu menggenggam selimut yang menutupi selimut. Dia berdebar nak mampus sekarang ni. Kerana malu dan takut.

Malu? Sebab ni first time mereka tidur sekatil. No------ni kali yang kedua. Kali pertama waktu Johnny mabuk tu. Sampai mengandung Hyesu tu dibuatnya.

Takut? Dia takut klu Johnny berniat jahat. Manalah tahu Johnny nak tekap bantal kat muka dia ke. Tak ke malang nasib dia klu mati muda-muda. Anak dia pun tak sempat nak lihat dunia nanti.

Pipinya ditampar perlahan, mahu menghilangkan segala fikiran yang sudah terbang kemana. Dia mahu tidur, besok dia perlu kerja. Dia kena ingat tu.

"Gwaenchana?" Johnny yang ada disebelah bertanya dengan suara yang perlahan. Hyesu memandangnya sekilas dan mengangguk kepalanya.

"Tidurlah. Besok nak kerja." kata Johnny lagi dan dia membetulkan selimut Hyesu. Hyesu hanya mengangguk kepalanya berkali-kali sebelum matanya bertemu dengan anak mata Johnny.

Mata Johnny yang sepet tu ditenung lama. Johnny juga membalas pandangannya dan tidak mengalihkan anak matanya. Lama juga mereka kekal dalam posisi itu sebelum Hyesu memejamkan matanya seketika.

"Sorry, saya------" Hyesu cuba menjelaskan kenapa dirinya melihat Johnny begitu. Tapi katanya terberhenti selepas Johnny menggenggam tangan kanannya.

Johnny perlahan-perlahan mendaratkan bibir nipisnya di bibir separa tebal milik Hyesu. Hyesu hanya membiarkannya dan memejam matanya erat. Perutnya yang sudah sedikit besar tu dapat merasakan yang tangan Johnny mengusapnya perlahan.

Betul ke ni Johnny? Johnny dah terima dia ke sebagai isteri? Dia dah tak bencikan dia ke? Johnny dah terima anak mereka ke? Johnny------dah jatuh cinta dengan dia?

Klu semua yang Hyesu harapkan dah menjadi kenyataan, dia gembira. Kejadian ni memang pelik untuk dia tapi sekurang-kurangnya Johnny dah mampu nak terima dia.

Dia harap semua ni bukan mimpi.

───※ ·❆· ※───

Youngjae memandang Hyesu yang sedang duduk di tempat mesin jahit itu lama. Dia pelik. Pelik dengan Hyesu hari ini. Asyik senyum je dari tadi, tak berhenti langsung. Muka pun nampak berseri-seri. Dia pakai bomoh ke?

"Hyesu------gembira hari ni. Ada apa-apa ke?" tegur Youngjae selepas dia berbisik seorang diri.

"Hah? Oh------takde pape." balas Hyesu dan dia menyambung pekerjaannya. Dia menghabiskan jahitan yang terakhir pada kain itu.

"Menipu. Kerja kau menipu je. Aku dah kenal kau sangat. Cuba share." Youngjae pergi ke arah Hyesu dengan menggerakkan kerusi rodanya itu.

Hyesu tersenyum nipis. "Hyesu rasa-------suami Hyesu dah terima Hyesu." balas Hyesu sebelum melihat Youngjae. "Dia dah tak marah Hyesu and------yeah, dia baik dengan Hyesu."

"Jinjja? Baguslah tu. Sebab tulah kau gembira hari ni. Faham2." Youngjae memandang Hyesu lama dengan senyuman miring. "So, kau buat apa malam tadi?"

"Unnie! Janganlah." Hyesu menepuk bahu Youngjae sekuat hatinya. Youngjae hanya tergelak kecil sambil menggosok bahunya. Pedih juga perempuan ni pukul.

"Dah-dah. Pergi buat kerja sana." halau Hyesu. Youngjae hanya mengikut arahannya dan kembali ke tempat mesin jahitnya. Hyesu masih lagi tersenyum macam kerang busuk seperti tadi.

Sejujurnya, Youngjae risau. Risau sebab apa? Pasal suami Hyesu tulah. Tak mungkin suami dia tiba-tiba baik. Mesti dia maksud tersirat. Entah apa-apalah jantan tu mahu dari Hyesu.

Tapi dia tak mahu cakap tentang perkara itu dengan Hyesu. Tak mahulah dia mengganggu kegembiraan Hyesu itu. Dia fikir sajalah positif yang suami Hyesu itu memang mahu berubah. Itu saja yang dia mampu buat.

《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Apalah lagi kerja si Johnny ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro