10'
Hyesu baring diatas katil atas di bilik ultrasound scan. Doktor sedang scan kandungannya untuk check yang bayi dia sihat atau tidak di dalam perutnya.
Sejujurnya, dia berdebar juga. Dia risau kandungan dia ada masalah yang teruk selepas dia ada pendarahan sebelum ni. Tak mahulah anak di dalam kandungannya itu sakit atau apa.
"Puan Hyesu------" Doktor perempuan yang merawatnya itu memandangnya lama. "-----ni kali ke berapa check bayi guna ultrasound?"
"Kali kedua." jawab Hyesu.
Betul. Ni kali yang kedua. Kali yang pertama waktu dia dapat tahu yang dia mengandung. Dia pergi check sebab perutnya rasa kembung. Dari situlah dia dapat tahu yang dia mengandung.
"Kali kedua ya?" Doktor itu mengangguk kepalanya. "Bayi awak sihat. Jantungnya berdegup macam bayi normal. Dia ada juga pergerakan dalam perut. Tapi cervix Puan Hyesu agak pendek dari perempuan biasa."
"Maksud doktor?"
"Cervix seorang perempuan sepatutnya lebih panjang dari Puan Hyesu punya. Sebab tu masa Puan jatuh, Puan mudah dapat pendarahan.
Doktor itu menunjukkan satu gambar yang ada didepannya itu. Hyesu memerhatinya lama. Makin bertambah risau dia tentang kandungannya selepas doktor cakap begitu.
"Maksudnya peluang untuk saya gugur-----tinggi?" tanya Hyesu.
"Ya. Jadi, puan perlu jaga makan dan jaga diri. Jgn buat kerja berat. Risiko sangat tinggi untuk gugur." kata doktor itu. "Tapi, saya percaya yang bayi awak kuat. Merekakan berdua. Mesti boleh bertahan."
Doktor itu cuba menenangkan Hyesu dengan berkata begitu. Hyesu tersenyum kecil. Anaknya itu sepasang kembar. Tak tahu lagi jantinanya apa, cuma tahu yang anaknya itu kembar sahaja.
Dia berharap kata-kata doktor itu menjadi kenyataan. Dia tak mahu kehilangan anaknya.
───※ ·❆· ※───
"Tak guna."
Johnny menghentak botol sojunya yang kedua di atas meja. Dia menghabiskan masanya untuk minum saja malam itu. Dia stres pasal Hyesu dan kandungannya itu.
Dia tak mahu anak itu. Hyesu pun dia tak sanggup nak terima apatah lagi anak di dalam kandungan. Entah-entah bayi yang Hyesu mengandung itu bukan anaknya. Bukan boleh percaya sangat.
Buat masa sekarang juga Omma dia tak tahu tentang keadaan Hyesu. Dia tak mahu bagitau dan dia pasti Hyesu takkan bagitau sebab dia tahu Hyesu tak berani nak bagitau.
Yang dia buntu sekarang, macam mana dia nak pujuk Hyesu untuk gugurkan anak tu. Dia memang sungguh-sungguh tidak mahu anak itu. Dia tak mahu ada zuriat dengan orang yang dia tak sayang.
Dia taknak anak yang lahir nanti terkena tempias dari perasaan bencinya pada Hyesu. Dia tak cukup kejam nak layan budak seperti mana dia melayan Hyesu.
───※ ·❆· ※───
"Kau nak balik rumah ke apa ni, Hyesu?"
Youngjae yang sedang memandu itu bertanya pada Hyesu yang duduk di sebelahnya. Hyesu mengangguk kepalanya berkali-kali sebagai jawapan kepada soalan Youngjae.
Hyesu baru dapat keluar hari ni dan Youngjae yang ambil dia dari hospital. Nak mintak tolong Johnny, memang tak jawabnya. Nak pulak mamat tu tolong dia.
"Betul kau nak balik rumah?" tanya Youngjae.
"Kenapa? Nak Hyesu pergi kedai ke? Oh, haah. Baju pejabat yang kita dapat tempahan itu tak siap lagi kan? Takpelah kita pergi kedai dan siapkan baju."
"No, No. Baju tu aku boleh settle kan. Aku cuma risau klu kau balik rumah tu. Dengan suami kau tu."
"Takde papelah. Nanti klu tiba-tiba jadi apa-apa, Hyesu contactlah Unnie. Jgn risau. Pandai-pandailah Hyesu handle dia nanti."
Jawapan Hyesu itu membuatkan Youngjae sedikit lega. Sekurang-kurang Hyesu terfikir untuk mintak tolong dia klu berlaku apa-apa daripada bertindak seorang diri saja.
Perjalanan selepas itu menjadi senyap saja. Hyesu hanya termenung di luar tingkap kereta, memerhati orang yang lalu lalang di jalan sehingga dia sampai di rumahnya.
"Careful, Hyesu. Jgn buat kerja berat-berat." pesan Youngjae sebelum Hyesu menutup pintu kereta.
"Okay. Thanks."
Hyesu menunggu kereta Youngjae memandu jauh dari pandangannya sebelum dia masuk ke dalam rumah. Dia memutar tombol pintu tu tapi dia terkejut. Pintu rumah itu tak berkunci. Ada apa-apa ke jadi kat Johnny?
Dia terus membuka pintu rumah itu lebar lalu ternampak Johnny sedang tidur di meja makan. Kakinya melangkah masuk dan terus berjalan ke arah Johnny.
Botol soju bersepah diatas meja tu membuatkan Hyesu syak yang Johnny mabuk. Baju pun Johnny still pakai baju kemeja kerja dia.
Dia minum ke? Dari pukul berapa dia tidur kat sini? Dia balik kerja awal ke semalam? Hari ni dia tak kerja ke? Bermacam-macam soalan muncul dalam kepala kecilnya itu.
Tangannya menepuk lengan Johnny perlahan untuk mengejutkannya. Selepas beberapa kali ditepuk, Johnny tersedar. Johnny menolak rambutnya ke belakang dan memandang sekeliling.
Kelam-kabut Johnny mencapai telefonnya yang ada diatas meja dan melihat masa. Keluhan kecil dilepaskan oleh Johnny sebelum mukanya diletak atas meja.
"Sial. Aku tak pergi kerja." Johnny berbisik perlahan tapi masih boleh didengar oleh Hyesu.
Hyesu yang dari tadi memerhati hanya diam dan dia melangkah pergi ke biliknya. Klu dia berdiri di situ pun, bukan Johnny mahu layan dia pun. Baik dia pergi bilik dan berehat.
"Bila kau balik?"
Soalan Johnny membuatkan Hyesu berhenti berjalan. Agak terkejut dia kerana Johnny bertanya tapi dia membalas juga. "Baru je. Kawan saya hantar." jawab Hyesu dan dia sambung berjalan.
Dia tak mahu Johnny buat apa-apa kat dia jadi baik dia lari dulu.
《 To Be Continued 》
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro