09'
"Kandungan dia masih selamat. Cuma dia ada risiko untuk gugur sekarang. Dia perlu duduk kat hospital dahulu buat sementara waktu ya."
Jawapan doktor tu membuatkan Johnny tercengang. Hyesu mengandung ke? Dia tak tahu pun. Hyesu pun tak tahu juga ke? Sumpah dia terkejut sekarang sampai terkedu dia kat situ.
"Maksudnya doktor, isteri saya mengandung?" tanya Johnny.
"Awak tak tahu?" tanya doktor itu semula.
"Tak. Dia-------takde muntah-muntah atau simptom lain pun. Jadi, kami tak syak apa-apa."
Doktor itu mengerut dahinya. "Tapi isteri encik cakap dia tahu dia mengandung. Dia tak bagitau encik?"
Hyesu tahu? Hyesu tahu dia mengandung? Kenapa dia tak bagitau Johnng pasal benda tu? Dia berahsia terus dari Johnny pasal benda macam ni. Perempuan itu giler ke apa?
"Takpe, encik. Encik bincang baik-baik dengan isteri nanti. Saya cuma nak bagitau dia ada appointment setiap dua minggu dan dia perlu duduk hospital dahulu buat masa sekarang sebab kandung dia dalam bahaya. Kami akan pantau dia disini. Encik jangan risau." balas doktor itu sambil tersenyum.
Johnny membalas senyuman doktor itu. "Terima kasih, doktor."
──── ◉ ────
Hyesu menenung luar tingkap hospital itu lama. Perutnya juga diusap perlahan. Kasihan anak di dalam perutnya. Nasiblah dia tidak gugur. Klu tidak hilang nyawa anaknya itu.
Dia sayang anak itu. Wlupun tu anak Johnny, dia tetap sayang. Anak itu anak dia juga. Darah dagingnya juga. Takkanlah dia tak sayang pulakkan?
Bang!
Pintu bilik terhempas buka membuatkan bahu Hyesu terjungkit. Sungguh dia terkejut sekarang. Sape pulak buka pintu macam nak gaduh ni?
"Kenapa kau tak bagitau aku yang kau mengandung?" Johnny yang baru melangkah masuk tu bertanya dengan kasar. Hyesu merengus sedikit. Cari gaduh pulak mamat ni.
"Klu saya bagitau pun, awak tak terima. Baik saya senyap je." balas Hyesu. Dia malas mahu melayan baran Johnny yang tak habis-habis tu. Penat sudah dia.
"Senang kau cakapkan? Kau ingat benda ni main-main ke? Boleh buat gurau? Kau nak sorok-sorok apahal?"
Kali ni suara Johnny agak kasar di telinga Hyesu. Dia terasa sungguh kali. Bertakung juga air matanya di kelopak tapi dia cuba tahan dari mengalir.
"Lantaklah kau bagitau ke tak. Sekarang ni------aku nak kau gugurkan anak tu."
Hyesu terus bangun dari sandarnya dan memandang Johnny lama. Apa suami dia ni waras sekarang? Sampai nak buat keputusan macam tu? Dia bebal ke apa ni?
"Awak giler ke, Johnny? Ni anak awak. Anak kita. Sampai hati awak nak bunuh dia macam tu je. Awak takde hati perut ke?" balas Hyesu. Air matanya sudah mengalir di pipi. Dia tak mampu nak tahan lagi.
Johnny tergelak kecil. "Budak tu kecik lagi dalam perut kau. Dia tak hidup pun lagi. Kau nak kisah kenapa? Ke pasal duit? Klu pasal duit, aku boleh bayarkan kos keguguran tu. "
"Keluar." Hyesu mengarahnya keluar. " Saya taknak cakap dengan awak sekarang." kata Hyesu.
"Aku pun taknak cakap dengan kau. Aku just nak kau gugurkan anak tu. Aku taknak ada anak dengan kau. Aku tak sayangkan kau. Sama macam kau. Aku tahu kau tak sayang aku."
Selepas dia cakap begitu, dia terus keluar dari bilik itu, meninggalkan Hyesu sendiri. Terus Hyesu meraung disitu seorang diri. Dia tak sangka Johnny akan jadi sekejam tu. Sampai anak mereka dia mahu gugurkan.
Dia memang tak berhati perut.
──── ◉ ────
Youngjae berlari menuju ke hospital selepas dia nampak chat dia bersama Hyesu. Dia terlalu fokus buat baju yang ditempah itu sehingga dia tak tengok telefonnya. Selepas beberapa jam Hyesu chat dia, dia baru baca. Terus dia bergegas ke hospital.
Sampai di bilik Hyesu, dia terus ke katil Hyesu dan dia nampak Hyesu sudah tidur dengan matanya yang bengkak. Hyesu baru nangis ke? Bengkak sungguh mata dia. Youngjae tertanya seorang diri.
Dia hiraukan saja perkara itu dan duduk di kerui yang tersedia di sebelah katil. Tangan Hyesu yang sejuk itu diusap perlahan olehnya membuat Hyesu terjaga dari tidurnya.
"Unnie-----bila sampai?" tanya Hyesu dengan suara serak bangun tidurnya itu.
"Baru je. Hyesu okay tak? Hyesu sakit apa sampai masuk hospital ni?" tanya Youngjae lembut sambil mengusap kepalanya perlahan.
Hyesu tersenyum. "Hyesu mengandung, unnie. Cuma kandungan Hyesu tak kuat sebab tu kena masuk hospital."
"Pregnant?" Youngjae tercengang. Dia tak tahu apa-apa pun. Hyesu tak cerita satu benda pun kat dia. "Dah berapa umur kandungan kau?" tanya lagi.
"10 minggu. Dah nak tiga bulan."
"Kau baru tahu ke apa?"
Hyesu tersenyum. "Dah tahu lama. Tapi Hyesu tak bagitau sape-sape."
"Suami kau pun?"
Hyesu mengangguk kepalanya berkali-kali. Youngjae punya terkejut sampai dia tak tahu nak cakap apa. Dia......terkedu. Terdiam. Macam-macam lah lagi.
"Sekarang dia dah tahu?"
"Dah. Tapi....." Hyesu menggenggam tangan Youngjae erat. "......dia suruh Hyesu gugurkan anak ni."
"APA?!"
Terus saja Youngjae berdiri dari duduknya dan menjerit. Hyesu juga terkejut dengan reaksi Youngjae tu. Tak sangka reaksi ni yang dia akan dapat dari Youngjae.
"Mana jantan tu? Aku nak bunuh dia."
Youngjae sudah mengambil begnya dan ingin keluar mencari suami Hyesu tu. Dia nak cabut rambut lelaki itu sampai dia botak. Senang mak bapak dia je suruh orang gugurkan anak. Dia bodoh ke?
"Unnie----'" Hyesu menarik tangan Youngjae supaya duduk semula. "-----takpe. Nanti Hyesu uruskan dia."
"No-----ni sumpah tak okay. Kau boleh cakap takpe? Otak kau betul ke tak?"
"Takpe. Duduk je dengan Hyesu dekat sini."
Hyesu berjaya memujuk Youngjae untuk duduk di situ semula. Dia tersenyum dan menggengam tangan Youngjae lebih erat. Dia hanya ada Youngjae buat masa sekarang. Jadi, biarlah dia meluahkan isi hatinya disini bersama Youngjae.
Mungkin perkara itu boleh membantu dia untuk bersabar dengan Johnny.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Hyesu tu mengandung sebab dia tidur ngan kau lah setan. ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro