08'
Beberapa minggu selepas pergaduhan mereka berlalu begitu saja. Seperti biasa, bercakap tidak, bertemu muka apatah lagi. Memang taklah jawabnya.
Johnny seperti biasa, pergi kerja setiap pagi. Berkerja pengawai esekutif sebuah company. Dia hanya sibuk dengan kerja yang sangat sibuk tu. Lagi-lagi dia ketua dalam kumpulan pengurusan esekutif. Sehingga dia abaikan saja Hyesu.
Hyesu pula masih bekerja seperti biasa. Dia tidak berhenti dan masih kekal dengan sikap keras kepalanya. Dia tak mahu ikut cakap Johnny dan ikut keputusan dia. Dia perlu bertegas kali ini.
Tapi jauh dari sudut Hyesu, dia rasa bersalah sebab abaikan Johnny begitu saja. Dia nampak juga Johnny keluar kerja setiap hari dan dia tak pernah cakap 'goodbye' sekali pun. Dia mahu cakap benda tu tapi dia rasa Johnny tak mahu terima benda tu.
"Hyesu!"
Jeritan namanya membuatkan Hyesu terus duduk tegak dan memandang kearah suara. Youngjae yang sedang berdiri di sebelahnya mencekak pinggangnya sambil menggeleng kepalanya berkali-kali.
"Pekak ke apa? Orang panggil dia beribu kali tak dengar. Nak juga jerit sebelah telinga." kata Youngjae.
"Mianhae. Termenung tadi." Hyesu menggaru kepalanya yang tidak gatal tu sambil tersengih. Rasa bersalah pulak dia sebab tak dengar panggilan Youngjae.
"You know what, Hyesu? I got something to tell you." kata Youngjae.
"Apa?"
"Kita dapat tempahan dari satu conpany tu untuk buat baju pejabat dia. Is it great?"
Hyesu terus berdiri dari duduknya. "Jinjja? Wah, daebak." Dia sumpah excited. Ni first time mereka dapat tempahan selepas selesai decorated kedai ni lawa-lawa.
"So, kita kena beli barang. Kita pergi kedai supplier. Boleh?" tanya Youngjae sambil tersenyum.
"Boleh! Jom!"
───※ ·❆· ※───
"Kita kena beli benang biru yang mana satu ni?" tanya Hyesu yang sedang membelek buku warna yang terletak di dinding kedai itu.
Youngjae mengeluarkan sekeping kain kecil sampel untuk mencari warna biru-biru yang betul-betul sesuai dengan warna kain untuk baju pejabat tu.
"This one. Warna dia matching." balas Youngjae.
"Berapa gulung nak beli?"
"Satu dozen gulung yang besar dah cukup. Lepas ni kita tengok butang pulak."
"Okay."
Mereka berjalan ke tempat butang sebelum memberi tahu benang yang mereka ingin beli. Nanti dah tahu nak beli butang apa, boleh pesan sekali kat pekerja kedai itu untuk ambilkan sekali di stor.
"Hyesu." Youngjae berjalan kearah satu patung lelaki yang memakai kemeja berwarna merah. "Cantikkan baju ni?" tanya Youngjae.
Hyesu berhenti berjalan dan memandang baju itu lama. Baju tu cantik. Berwarna merah dan ada dua garisan hitam di sisi baju itu. Butangnya warna hitam juga, memang padan dengan warna merah yang agak gelap tu.
"Tapi aku nak beli untuk sape? Bukan ada sesiapa lelaki dalam hidup aku." balas Youngjae sambil mengangkat bahunya.
"Klu------" Hyesu berjalan kearah patung itu dan mengusik baju tu. "------Hyesu beli untuk suami Hyesu boleh?"
Soalan Hyesu itu membuatkan Youngjae tersenyap. Bukan suami perangai macam setan ke? Nak juga ke belikan dia baju segala? Macam berbazir duit je, fikir Youngjae. Tapi takkan dia nak halang pulak. Dah suami dia kan?
"Boleh je. Nanti kita bayar sekali." balas Youngjae dengan nada yang tak berapa ikhlas, tapi dia cuba menahan.
"Okay. Jom pergi cari butang."
Mereka berdua sambung berjalan seperti biasa. Kali ni, Youngjae hanya memandang Hyesu lama. Kenapa dia rasa Hyesu ni baik sangat? Atau dia sorang saja yang rasa macam tu? Dia tak pasti.
Klu dia yang ada di tempat Hyesu, mahu dia bunuh saja suaminya tu. Dia boleh tampar Hyesu sesuka hati dia. Biar masuk penjara daripada hidup dengan orang tadi hati perut macam suami Hyesu.
Masalahnya sekarang ni, Hyesu tak pernah cerita apa-apa pasal suami dia. Nama pun dia tak tahu. Klulah dia tertahu, mahu dia cari lelaki itu sampai dapat. Dia nak tampar sampai puas.
Malangnya dia tak mampu. Sebab apa? Sebab dia tak kenal dan itu suami orang. Atau lagi tepat suami Hyesu yang berperangai setan bertopeng manusia.
Dasar lelaki jahanam. Geram betul.
───※ ·❆· ※───
Hyesu melangkah masuk ke dalam rumah. Kelam kabut juga dia masuk sebab kereta Johnny dah ada depan rumah. Dia memang terbalik lambat sikit hari sebab dia uruskan pasal baju pejabat tu.
Masuk saja di dalam rumah, dia ternampak Johnny melangkah naik ke tingkat atas. Dengan segera dia mengikut langkah Johnny ke tangga dan memanggilnya.
"Johnny------"
Johnny berhenti berjalan dan memandangnya dengan pandangan yang tajam. Telan air liur juga Hyesu menahan takut tapi dia cuba mengawal perasaan itu.
"Saya------belikan ni untuk awak."
Hyesu menghulurkan satu beg kertas yang ada di tangannya. Johnny hanya memandang beg kertas itu dan Hyesu silih berganti.
"Apa tu? Racun?" tanya Johnny. Tersentak Hyesu selepas mendengar soalan Johnny. Apa sampai kesitu suaminya fikir pasal dia? Dia jahat sangat sampai nak kena tuduh macam tu?
"Tak. Bukan. Ni------" Tak sempat Hyesu menyambung ayatnya, Johnny sudah menyampuk.
"Taknak. Aku taknak terima."
Jawapan Johnny membuatkan Hyesu terasa. Dia rasa hatinya terhiris-hiris sehingga hancur. Dia tak sangka Johnny sanggup bertindak macam tu dekat dia. Dia tak patut beli baju ni tadi. Dia pun bodoh.
"Ambillah. Saya beli untuk awak. Bukan susah pun nak ambil." balas Hyesu.
"Kau tak faham bahasa ke? Aku kata taknak, maksudnya taknak. Susah ke nak faham?" Johnny merampas beg kertas tu dan mencampaknya ke bawah tangga.
Hyesu terkedu tapi dia berlari turun kebawah untuk ambil baju tu semula. Tapi malangnya, kakinya tersandung di satu anak tangga dan dia jatuh terduduk di lantai.
Johhny mengeluh kecil. Dah jatuh pulak perempuan ni. Kenapa dia beria sangat nak bagi barang tu kat dia? Sampai tergolek kat tangga. Dia bodoh ke apa?
"Johnny------"
Hyesu memanggil Johnny perlahan. Johnny menoleh kearah Hyesu yang masih terduduk tu. Matanya terbuntang selepas nampak darah mengalir dari kaki Hyesu.
"-----sakit." Hyesu merengek kecil sambil memegang perutnya yang kejang tu.
Johnny terus mencampak beg yang ada di tangannya itu dan mengangkat Hyesu keluar dari rumah. Dia tak tahu apa yang jadi dengan Hyesu tapi dia hanya bantu saja Hyesu yang ada dalam kesakitan itu.
《 To Be Continued 》
───※ ·❆· ※───
Hari ni Nik update dua part. ❤️
Sebab dah lama sangat Nik tak update.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro