Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07'

Youngjae membuka pintu kedainya selepas dia mendengar orang ketuk. Pelik juga dia malam-malam macam ni orang datang sini. Sape pulak lah nak datang?

Mata Youngjae terbuntang selepas nampak Hyrsu berdiri di luar. Mukanya merah, tangannya menggigil, menahan sejuk.

"Hyesu! Kenapa ni?" tanya Youngjae dan tangannya menahan Hyesu kedalam kedai pantas.

"Saja datang. Nak tengok kedai. Ingatkan unnie dah balik." balas Hyesu sambil tersengih.

Youngjae memandangnya aneh. Dah kenapa pulak budak ni nak datang malam-malam macam ni? Hati Youngjae tidak sedap. Mesti ada yang tak kena ni.

"Takpelah. Masuk dulu." Youngjae membuka pintu kedai itu luas untuk memberi ruang pada Hyesu. Hyesu pun dengan segera masuk kedalam.

Youngjae mengekori belakang Hyesu hingga ke tempat duduk yang berdekatan. Hyesu melabuhkan punggungnya disitu dan meregangkan badannya.

"Hyesu------" Youngjae memanggilnya. "Suami kau buat apa lagi kat kau?"

Mata Hyesu memandang Youngjae lama sebelum dia mengeluh perlahan. Tangannya diusap berkali-kali sebelum dia mula bercakap.

"Takde papelah. Dia termarah Hyesu sikit je." balas Hyesu sambil tersenyum. Dia tak mahu nak cerita perkara itu pada Youngju. Tak sangka juga dia yang Youngju akan peka dengan keadaaan dirinya.

"Takde sikit-sikit. Kenapa dia marah kau? Mesti ada sebab kan?" Youngju bertanya lagi. Dia tak puas hati lagi dengan jawapan Hyesu. Kali ni dia tekad mahu tahu pasal suami Hyesu. Macam dah melampau je mamat tu.

Hyesu menelan air liurnya. "Dia marah Hyesu kerja. Tu je. Takde pape pun."

"Dia marah kau kerja? Kenapa pulak? Bukan pakai tenaga dia pun. Semak punya jantan."

Youngjae terus melepaskan marahnya disitu. Tangannya diletakkan dipinggang sambil merengus perlahan. Angin dinginnya mula naik ke kepala. Sumpah demi tuhan dia marah sekarang.

"Takpe, Unnie. Hyesu okay je. Jgnlah risau." Hyesu cuba memujuk Youngjae yang nampak tengah angin tu. Risau juga klu gadis itu tiba-tiba baling segala barang dalam kedai tu. Emosi dia takdelah stabil sangat.

"Habis, malam ni------kau nak tidur mana?"

Hyesu mengetap bibirnya sambil memikir jawapan untuk soalan Youngjae. Dia mahu balik sejujurnya. Tapi dengan keadaan dia dan Johnny, tak sedap hati pulak dia nak balik. Lagipun tu rumah Johnny. Manalah tahu dia nak halau Hyesu ke malam ni. Dah jadi gelandangan tak berbayar.

"Klu takde tempat tidur, kau boleh tidur kat kedai ni. Belakang tu ada satu bilik kosong." sambung Youngjae.

Mata Hyesu bersinar selepas Youngjae cakap begitu. "Ye ke? Nak tumpang boleh?"

"Boleh je. Tapi kau kena jaga kedai ni lah. Boleh?"

"Boleh-boleh. Hyesu tak kisah."

"Sorrylah. Aku tak boleh bawak kau gi rumah. Omma aku kat rumah tu-----tak sihat mana pun. Takut kau tak selesa pulak." Youngjae membalas dengan nada perlahan.

"Eh, takpe. Tak kisah pun. Hyesu okay." balas Hyesu.

"Aku balik dulu tau. Dah lambat ni. Elok-elok duduk sini. Klu laki kau datang, kau jgn buka pintu." Youngjae membebel sambil mengemas barangnya masuk ke dalam beg tangan.

Hyesu hanya mengangguk sambil tergelak. Youngjae klu sehari tak bebel, tak sah. Dia pun hampir muak dengar dia membebel. Kalah makcik-makcik kat kampung.

"Take care. Bye."

Youngjae keluar dari kedai dan tangannya dilambai kearah Hyesu sehingga dia hilang dari pandangan. Hyesu menutup pintu kedai itu lalu dikunci. Punggungnya dilabuhkan semula di atas kerusi tadi.

Telefonnya dibuka. Wallpaper skrin telefonnya ditenung. Dia bersama Johnny disisi. Ya, gambar perkahwinan mereka. Itu sajalah gambar mereka bersama. Selepas itu, sudah tiada. Gambar mereka yang pertama atau mungkin yang terakhir. Dia pun tak tahu.

Dia mahu berbaik dengan suaminya itu. Sungguh dia mahu. Tapi Johnny macam tak mahu ataupun tidak sudi. Layanan dia, percakapannya memang menjelaskan yang Johnny sangat tak suka dia.

Diminta cerai tidak mahu. Katanya sudah berkorban untuk kahwin dengan Hyesu. Tapi, mereka macam bukan suami isteri. Seorang ke utara, seorang ke selatan. Berlainan arah, berlainan perasaan, berlainan segalanya.

Tak tahu lagi bagaimana mahu berbaik. Cakap lembut-lembut, dimarah. Melawan pun dimarah juga. Klu mahu melawan pun, Hyesu tak mampu agaknya jika dibandingkan Johnny. Johnny tak buat apa-apa pun dia boleh takut. Apatah klu Johnny mula bertindak.

Dia memang sudah buntu habis memikirkan cara untuk berbaik dengan suaminya itu. Dia hanya mampu berdoa saja setiap hari supaya hatinya lembut untuk menerima Hyesu sebagai isteri.

"Johnny........harap awak terima saya. Saya tahu saya bodoh sebab tunggu awak. Tapi saya harap sangat awak terima saya." bisik hatinya.

───※ ·❆· ※───

Kaki Johnny melangkah ke bilik Hyesu pantas. Sampai saja didepan pintu biliknya, dia mengetuk pintu itu perlahan. Berkali-kali jugak dia ketuk. Johnny tak sedap hati, dia terus saja buka pintu yang tak berkunci tu.

Bilik itu kosong. Barang Hyesu dan tuan punya badannya pun takde. Johnny mengeluh perlahan. Mana pulak lah perempuan ni pergi? Semalam dia tak balik rumah, mana pulak dia tidur.

Johnny menutup pintu bilik itu semula. Dia berjalan menuju ke bawah pulak, mahu meletak sesuatu di dapur.

Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka. Terus dia berhenti berjalan dan memandang kearah pintu. Muncullah muka Hyesu dengan bajunya yang malam tadi dan mukanya lemah.

"Kau pergi mana malam tadi?" Johnny terus bertanya pada Hyesu. Hyesu agak terkejut sebab dia tak perasaan dengan kehadiran Johnny disitu.

"Ho------hotel-----" jawab Hyesu. Ya. Dia tipu. Dia rasa dia tak mampu nak jujur jadi dia tipu saja Johnny disitu.

"Hotel mana? Hotel pelacur?"

Johnny dengan selambanya bertanya soalan sebegitu. Hyesu cukup terkejut hingga membuatkan mata terbuntang mendengar soalan Johnny.

Tangannya digenggam perlahan. Dia taknak melawan. Jadi, dia hanya diam saja dan berjalan menuju ke biliknya tanpa menjawab soalan Johnny.

Mata Johnny hanya mengekori saja langkah Hyesu sehinggga dia menghilang kemudian dia tergelak kecil. Dia dah agak Hyesu takkan jawab. Maksudnya betul mungkin. Dia biarkan saja.

Barang yang dia mahu letak di dapur tadi dia campak saja di atas meja makan dihadapannya hingga barang itu jatuh entah ke mana-mana. Dia juga terus keluar untuk bekerja seperti rutin biasanya.

Dia malas mahu fikir pasal pelacur tu.


《 To Be Continued 》

───※ ·❆· ※───

Makin ku sakit hati dengan Johnny. 🙂
Maaf lama tak update. Nik sakit lagi tapi dah elok sikit. 😣
Yg wish Nik sebelum ni, thank you so much sayang! ❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro