05'
Johnny melangkah masuk ke dalam rumah sambil mengeluh perlahan. Penat selepas seharian bekerja di pejabat. Banyak kerja pulak dia nak kena uruskan hari ni.
Matanya memandang kearah sofa di ruang tamu. Hyesu sedang tidur disitu, beralaskan bantal sarung yang siap sedia ada. Johnny merengus perlahan.
"Ada bilik taknak tidur dalam bilik. Nak juga tidur kat ruang tamu." bisiknya perlahan. Menyampah pulak dia lepas tengok Hyesu tidur disitu. Dia fikir yang Johnny nak angkat dia masuk bilik agaknya.
Johnny hanya biarkan saja Hyesu disitu dan naik ke biliknya. Semasa berjalan, telefonnya berbunyi. Panggilan telefon dari Mrs.Seo itu diangkat.
"Annyong, Omma. Kenapa call malam-malam ni? Ada pape ke?" tanya Johnny.
"Saja je call. Kamu dan Hyesu sihat?"
Teragak-agak Johnny nak jawab pasal Hyesu tu. Dia tak tahu pun Hyesu tu sihat ke tak. Tak sanggup dia nak menipu pasal Hyesu. Tapi apa je yang dia boleh buat?
"Sihat. Omma sihat?"
"Sihat je. Hyesu mana?"
"Dah tidur. Dia penat kot."
"Oh,omma nak cakap ni. Bawaklah Hyesu jumpa Omma. Omma rindu dia. Lama tak nampak muka."
Johnny menelan air liurnya kelat. Ommanya mahu berjumpa dengan Hyesu pulak. Risau sungguh klu Hyesu cerita tentang layanan buruknya itu.
"Johnny! Kenapa kamu senyap? Dengar tak Omma cakap apa?"
"Aah,dengar. Jgn jerit. Terkejut."
"Nasib baik dengar. Nanti bawa Omma jumpa Hyesu tau. Lagi cepat lagi elok. Tau? Dengar tak?"
"Ye, Omma. Johnny dengar. Esok Johnny bawa ye."
"Yes! Good! Jgn lupa tau. Bye. Good night."
"Good night."
Panggilan tadi dimatikan. Johnny mengeluh perlahan dan melihat Hyesu yang ada disofa tadi semula. Dia perlu bawa gadis itu balik ke rumah orang tuanya. Jadi, dia mesti pastikan Hyesu akan berpura-pura.
Berpura-pura yang dia dilayan dengan baik.
──── ◉ ────
Hyesu mengurut pinggangnya perlahan. Sofa yang sedang duduk tu dipandang lama. Entah macam mana dia boleh tertidur di situ semalam. Mungkin dia tunggu Johnny balik semalam dan tertidur. Dia tidak sedar langsung dari tidurnya. Dari malam hingga pagi. Nyenyak betul dia tidur.
Johnny pun tak angkat dia bawak gi bilik ke apa. Tak tahu ke nak jadi gentleman sikit? Harap badan je besar. Tak guna punya jantan. Hyesu hanya mengumpat dalam hati saja.
"Hyesu."
Hyesu terus menoleh kearah tangga selepas mendengar Johnny memanggilnya. Panjang betul umur mamat ni. Mengumpat je terus muncul.
"Kita balik rumah Omma hari ni. Omma nak jumpa kau." kata Johnny.
"Omma? Hari ni? Pukul berapa?"
"Sebelum lunch. Boleh makan kat sana sekali. And lagi satu, kau jgn nak pecah mulut pasal aku kat Omma. Aku-----aku nak kita pura-pura bahagia."
Hyesu menggenggam bantal itu erat. Tak tahu kenapa, ayat tu membuatkan hatinya pedih. Penat dilayan macam sampah, kena berpura-pura pulak. Apalah nasib dia.
"Dengar tak?" soal Johnny selepas nampak Hyesu senyap.
Hyesu hanya mengangguk kepalanya berkali-kali. Dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke biliknya.
"Saya------saya nak bersiap." kata Hyesu dan jalan melintasi Johnny yang masih berdiri di tangga.
Anak mata Johnny hanya mengikut langkah Hyesu hingga dia hilang di sebalik dinding.
"Dah kenapa pulak dia bawa bantal sofa tu pergi bilik? Hah.....lantaklah."
───※ ·❆· ※───
Mrs.Seo berlari kearah pintu dan membuka pintu itu seluas-luasnya selepas mendengar bunyi loceng rumah. Hyesu yang ada didepan pintu itu dipeluk erat.
"Aigoo-----rindunya menantu Omma. Makin lawa lah sekarang." Mrs.Seo mengusap pipi Hyesu. "Johnny buat apa dengan kamu?" tanya Mrs.Seo sambil senyuman yang bermakna.
Hyesu hanya mengangkat keningnya. "Buat apa?" Dia tak faham dan agak terkejut dengan soalan itu. Dia fikirkan Mrs.Seo tahu yang Johnny tak melayan dengan baik. Tapi dengan senyuman, tak mungkinlah itu yang Mrs.Seo fikirkan.
"Buat apa, Omma? Johnny tak buat apa-apa pun." sampuk Johnny yang datang berdiri sebelah Hyesu.
"Aish, takyah malu-malu. Omma pun kahwin juga." kata Mrs.Seo lalu mencubit perut Johnny.
"Ow! Omma!"
"Dah-dah. Masuk lah. Buat apa duduk kat luar?"
Mrs.Seo hanya menarik tangan Johnny masuk kedalam rumah. Semasa Johnny melangkah masuk kedalam rumah, Johnny menarik tangan Hyesu sekali. Hyesu terkejut tapi dia ikut saja langkah Johnny.
Ya. Dia kena berpura-pura. Dia kena ingat benda tu. Tak boleh lupa. Klu tak, malanglah nasib dia. Mungkin saja Johnny akan cekik dia sampai mati.
"Omo, omo, siap pegang-pegang tangan lagi. So sweet."
Selepas Mrs.Seo menyakat, Hyesu mahu menarik tangannya tapi Johnny menggenggam tangannya kuat. Hyesu memandang Johnny dan Mrs.Seo silih berganti.
"Dah-dahlah menyakat kitaorang, Omma. Penat dengar." kata Johnny dan dia menarik Hyesu naik ke tangga. "Johnny naik bilik dulu."
Hyesu hanya ikut langkah Johnny. Apa pulak lelaki ini mahu buat pada dia? Takkanlah kat rumah mak dia pun dia nak marah Hyesu lagi?
"Ini bilik kita. Omma siapkan. Klu ada apa-apa, kau masuklah bilik ni." kata Johnny selepas sampai di hadapan satu bilik.
"O.....okay."
"Sini jap."
Johnny menarik Hyesu ke arah katil. Dia duduk di birai katil lalu meletakkan Hyesu atas pangkuan dia. Rambut Hyesu diusap perlahan.
"Omma-----dah tanya aku benda pelik-pelik. Kau faham kan?"
Hyesu mengetap bibirnya. Tahu sangatlah apa yang Mrs.Seo dah tanya tu. Mestilah pasal mereka. Atau lagi tepat pasal anak. Dah klu orang tua, begitu juga. Tak menyabar.
"Tu je aku nak bagitau."
Selepas Johnny cakap begitu, Hyesu terus bangun dari pangkuan Johnny. Dia mengusap mukanya perlahan. Sumpah dia tak sedar dia duduk kat atas paha Johnny. Malu sungguh dia.
"Aku turun dulu." Johnny bangun dari duduknya dan pergi keluar dari bilik.
Tangan Hyesu diletakkan diatas dada. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Dah kenapa pulak dia macam ni? Takkan duduk atas Johnny pun dia dah berdebar?
Kepalanya diketuk. Dia tak boleh macam ni. Dia kena sedar. Tak boleh jatuh cinta. Jangan. Dia tahu dia akan kecewa nanti.
Dia kena tahan hatinya daripada jatuh hati dengan Johnny.
《 To Be Continued 》
Hyesu----apasal lah kau boleh suka Johnny tuh?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro