Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03'

Johnny berjalan masuk ke dalam rumah Mrs.Seo. Hari ni dia saja nak datang rumah Ommanya. Dia mahu berjumpa dengan Mrs.Seo selepas habis kerja tadi.

"Johnny!"

Johnny terus menoleh kearah suara yang memanggil namanya itu. Mrs.Seo sedang turun dari tangga dan berlari anak menuju ke arah Johnny. Kakinya juga tersandung semasa berlari. Nasib saja dia sempat seimbangkan diri. Jantung Johnny macam nak tercabut sebab Mrs.Seo hampir terjatuh. Dadanya diurut perlahan.

"Omma! Careful!" pesan Johnny selepas Mrs.Seo berdiri di hadapannya.

"Aigoo.....gwaenchana. Kenapa kamu datang?" Mrs.Seo menoleh ke kiri dan kanan. "Mana Hyesu?" tanya Mrs.Seo.

"Dia tak ikut. Johnny baru balik kerja ni."

"Baru nak jumpa menantu."

Air liur Johnny ditelan paksa. Mrs.Seo memang sayang dengan Hyesu. Dia jugalah yang suruh kahwin dengan Johnny berkahwin dengan Hyesu. Logiklah Mrs.Seo sayang Hyesu. Hyesu yang jaga Mrs.Seo waktu Johnny ada kat Chicago. Mrs.Seo dah anggap Hyesu tu anak dia sendiri.

Bila Johnny balik dari Chicago, Hyesu dikahwin dengan dia. Paksa. Johnny mestilah tak suka dia. Kenal pun tidak. Apatah lagi nak kahwin tapi nak atau taknak, dia terpaksa. Dia taknak kecewakan Mrs.Seo.

Tapi tengoklah macam mana dia layan Hyesu. Macam kambing dalam kandang. Semua benda dia tak kasi. Guna dapur pun tak boleh. Hamba pun tak dilayan macam tu.

Jujur dari hati Johnny, dia takut klu layanan sampahnya terhadap Hyesu sampai ke telinga Mrs.Seo. Dia tak mahu kecewakan Mrs.Seo dan pada waktu yang sama, dia tak boleh nak terima Hyesu dalam diri dia.

"Johnny, kamu nak makan kat sini ke?" tanya Mrs.Seo.

Suara itu mematikan lamunan Johnny. "Oh, boleh juga."

"Arasso. Omma masak kejap." Mrs.Seo melangkah kearah dapur diikuti Johnny dari belakang.

───※ ·❆· ※───

"Ah-------penat."

Hyesu mengeluh perlahan selepas dia sampai ke rumahnya. Pinggangnya diurut sedikit untuk melegakan sakit. Berkemas kedai tadi bukan senang. Bersepah yang amat. Betullah Youngju cakap, macam tempat pelupusan sampah.

"Kau baru balik? Pergi mana malam-malam?"

Johnny yang ada di tangga bertanya. Hyesu mengelip matanya berkali-kali. Dia sangat terkejut selepas Johnny tegur dia begitu.

"Saya------saya balik kerja." balas Hyesu dengan tergagap-gagap.

"Kerja? Buat apa kau kerja?" tanya Johnny lagi.

Hyesu tak tahu nak balas apa. Takkan dia nak cakap cari makan pula. Kena pelempang dari Johnny, habis tercabut kulit pipinya nanti. Takut juga dia klu jadi macam tu.

"Cari duit? Kenapa? Aku tak bagi makan?"

Johnny berjalan kearah Hyesu. Hyesu menapak ke belakang beberapa langkah. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia takut klu Johnny buat apa-apa kat dia. Dia tak mampu nak lawan Johnny.

"Hei------" Johnny mencengkam kedua-dua belah pipinya Hyesu hanya dengan menggunakan satu tangan. "Aku tanya jawablah. Susah sangat ke?"

"Sa-----saya-----nak cari duit sendiri."

"Aku nak kau berhenti."

Hyesu memandangnya lama. "Ke------kenapa?"

"Klu Omma aku tahu yang kau kerja, mampus aku."

"Habis tu, awak nak saya cari duit macam mana? Awak tak kasi saya apa-apa."

"Dengar je boleh tak?!"

Johnny menjerit di hadapan muka Hyesu. Hyesu tersentak. Badannya mula menggigil kecil. Matanya sudah bertakung air mata. Anak mata Johnny yang menenung dia berjaya membuatkan lututnya lemah.

"Semak. Susah cakap dengan orang degil macam kau ni." Johnny menolak kepala Hyesu dan naik ke biliknya semula.

Hyesu mula menangis disitu. Rambutnya yang sudah serabai tu dia betulkan semula. Teresak-esak dia disitu seorang diri. Kepalanya mula terfikir sesuatu. Kenapa dia tak tolak tawaran kahwin Mrs.Seo tu?

───※ ·❆· ※───

"Kau okay tak ni, Hyesu?"

Youngju yang nampak Hyesu termenung bertanya. Hyesu hanya diam dan memandang luar tingkap. Lama juga dia begitu. Hampir sepuluh minit.

"Ah-----nae. Hyesu okay."

"Yeke?"

"Ya. Tak tipu."

Youngju hanya percaya saja cakap Hyesu. Dia pun tak kenal sangat Hyesu. Jadi dia tak boleh nak cakap yang Hyesu tu ada masalah atau tidak.

"Unnie." Hyesu memanggil Youngju. Youngju pun memandang dia.

"Unnie taknak ubah suai ke kedai ni? Macam sedih sangat je tengok." kata Hyesu.

Sekeliling kedai itu diperhatikan oleh Youngju. Cat dinding sudah terkopek-kopek. Pintu pun macam nak roboh. Perabot dalam kedai macam baru ambik kat tempat besi buruk. Hodoh betul rupanya.

"Memang patut kena ubah suai. Buruk sangat kedai ni." sokong Youngju sambil mengangguk kepalanya berkali-kali.

"Hyesu boleh tolong. Dulukan Hyesu kerja dekat kedai perhiasan rumah. Jadi, Hyesu tahulah cara nak menghias tempat ni. Nak Hyesu tolong?"

"Wow, not bad. Bagus juga aku ambik kau kerja. Tapi, sebelum tu, kasi aku kira kos dulu. Nanti main beli je, brankrupt aku." kata Youngjae dan mula mencapai kertas dan pen.

Hyesu tersenyum kecil. Dia berjaya mengalihkan fokus Youngjae pada benda lain. Dia tak mahulah Youngjae syak apa-apa dari dia. Lagi-lagi pasal rumah tangganya.

Tentang itu, biarlah dia yang tanggung sendiri.

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Johnny ni----sekali aku tepuk, meninggal ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro