02'
Hyesu melihat tubuh badannya yang berlebam tu dihadapan cermin meja solek Johnny. Tubuhnya hanya dibaluti dengan tuala yang dia nampak didalam almari Johnny.
Johnny yang masih terlelap diatas katil tu dipandang sekilas oleh Hyesu. Perbuatan Johnny semalam memang menyakitkan. Dia tak sanggup nak ingat semua tu balik. Pipi sudah kering dengan air matanya yang mengalir semalam.
"Johnny-------kenapa awak buat saya macam ni?" bisik hatinya. Badannya juga dia urut perlahan untuk mengurangkan kebas sambil memandang cermin.
"Kau buat apa kat sini?"
Suara Johnny menyapa telinganya. Dia pusing ke belakang dan nampak Johnny sedang duduk diatas katil itu. Sudah bangun suaminya itu.
"Aku tanya kau buat apa kat sini?"
"Awak------awak yang -----tidur dengan saya semalam. Jadi, saya------" Hyesu tergagap-gagap semasa menjawab soalan Johnny.
Johnny mengurut kepalanya perlahan dengan dahi berkerut. Kepalanya mungkin sakit sebab dia mabuk semalam.
"Oh, semalam. Yes, aku tertidur dengan kau."
Tertidur? Betul ke apa Hyesu dengar? Dia tak salahkan? Johnny cakap yang dia tertidur dengan Hyesu?
"Just consider it as a mistake. Aku mabuk semalam." kata Johnny dan dia baring semula.
Hyesu terkedu. Tak sangka Johnny cuma anggap itu semua 'mistake' saja. Selepas dia menanggung sakit dan bagi segalanya, Johnny cakap macam tu je? Dia ni anak ayam ke? Atau pemuas nafsunya saja?
"Johnny------" Hyesu memanggilnya untuk bercakap sesuatu.
"Keluar. Aku nak tidur balik. Sakit kepala." balas Johnny sebelum Hyesu menghabiskan ayatnya.
Air mata Hyesu mengalir di pipinya. Nafasnya juga sudah tersekat-sekat di kerongkongnya. Dia mahu meraung disitu. Tapi dia tahu Johnny takkan ambik kisah pun. Jadi, dia ambil keputusan untuk keluar dari bilik itu dan menangis sendirian.
───※ ·❆· ※───
Johnny menutup mukanya menggunakan selimut. Dia terkejut sebenarnya. Dia tertidur dengan Hyesu semalam. Dia tak sedar langsung. Macam mana dia boleh tidur dengan Hyesu?
Peristiwa semalam mula bermain di fikirannya semula. Dia ingat yang Hyesu bantu dia masuk bilik dan disitulah bermula semua benda.
Keluhan berat dilepaskan. Mukanya diusap perlahan. Dia risau klu Hyesu mengandung. Sudahlah dia tak cintakan gadis itu. Bertambah pula hal dia nanti.
Telefon yang ada di sebelah bantalnya itu dicapai. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Untung saja dia cuti kerja. Klu tak, mesti dia sudah lambat pergi kerja.
"Lantaklah. Sambung tidur."
───※ ·❆· ※───
Hyesu memakai sandal yang ada di depan pintu rumah tu. Selepas puas dia menangis tadi, dia bersiap untuk keluar rumah. Dia mahu cari kerja. Dia tahu Johnny takkan jaga dia jadi biarlah dia jaga diri sendiri.
Selepas siap, dia berjalan keluar dari perkarangam rumah dan berjalan menuju ke kawasan rumah kedai yang berdekatan dengan kawasan rumahnya.
Bersusah payah dia berjalan sekeliling kawasan itu untuk mencari kerja. Tapi takde satu pun tempat kerja kosong. Berpeluh-peluh dahi mulusnya itu.
Dia berdiri seketika di satu hadapan kedai yang agak buruk dan berehat disitu. Dia menarik nafas dalam sambil mengibas bajunya untuk melegakan badannya yang mula panas.
Kling~
Tetibe pintu kedai itu terbuka. Hyesu terus menoleh ke belakang dan dia ternampak gadia yang dalam 20-an berjalan keluar dari kedai tu. Buka rupanya kedai ni. Ingat kedai terbengkalai, bisik hati Hyesu.
"Kenapa kau kat sini?" tanya gadis itu.
"Sa------saya rehat sekejap kat sini." balas Hyesu.
"Oh,ingatkan nak kerja kat sini. Sorry."
Kerja? Ada kerja kosonglah kat sini? Jadi bolehlah kan kerja sini? Baik dia kerja sini daripada takde kerja langsung.
"Ada kerja kosong ke kat sini?" tanya Hyesu.
"Ada. Banyak. Sebab takde orang nak kerja kat sini." balas gadis itu.
"Boleh saya kerja sini?"
Gadis itu pandang Hyesu lama. "Okay. Jom masuk."
Hyesu tersenyum gembira dan dia mengikut langkah gadis itu masuk kedalam kedai itu. Dia terkejut selepas masuk kedai itu. Sungguh bersepah. Kain berselerak. Manik berterabur. Sabar------ni kedai jahit baju ke?
"Aku tahu kau terkejut. Kedai ni memang bersepah." Gadis itu mengutip gunting yang ada diatas lantai itu dan letak di atas meja berdekatan. "Nama aku Youngju. Kim Youngju. 29 tahun."
"Saya Hyesu. 27 tahun."
"Oh, kau muda sikit. So, just call me Unnie." kata Youngju dan sambung berjalan masuk kedalam kedai itu.
"Kenapa-------kedai ni bersepah?"
Youngju berhenti berjalan dan menoleh kearah Hyesu. Dia mengangguk kepalanya perlahan dan menarik kerusi yang ada disitu.
"Duduk sini. Biar aku cite."
Hyesu hanya mengikut arahan Youngju dan duduk disitu. Kain yang dipakai diangkat sedikit supaya kainnya tidak menyentuh lantai.
"Aku hilang pekerja. Tu je. Sebab tu bersepah." cerita Youngju dengan muka serius dia.
Hyesu terkaku. Dia tak tahu nak respon apa. Nak gelak atau nak kesian. Ingatkan dia nak cerita yang dia ni bankrupt atau ada hutang along. Rupanya hilang pekerja je.
"Jadi kamu nak betul ke nak kerja sini?" tanya Youngjae.
"Yes. Saya nak dapat kerja cepat."
"Arasso. Start sekarang?"
"Tapi sebelum tu.....ni kedai apa?" Hyesu bertanya dahulu. Takut pula ni kedai yang jual benda pelik-pelik. Tempat simpan dadah ke. Risau jugak.
"Kedai baju. Tapi------macam kau tengoklah. Macam pusat pembuangan sampah."
"Klu macam tu, saya start kemas sekarang."
"Seriously?"
Hyesu mengangguk kepalanya berkali-kali. "Ya. Saya start kemas."
"Thank you." ucap Youngju sambil tersenyum. Akhirnya, ada juga orang nak bekerja dengan dia selepas beberapa bulan mengerjakan kedai ni sendirian.
"Baiklah kau ni. Cantik pun ya juga." puji Youngjae, membuatkan Hyesu tersipu malu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu seketika.
"Thanks." ucap Hyesu.
《 To Be Continued 》
Don't ask why. I just love this vines.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro