Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

The End

Bersedialah untuk chap yang panjang ini📵

🎵 La La Love - NCT Dream

Beberapa tahun berlalu, rasanya dalam tiga tahun, mereka semua sudah pun mempunyai cahaya mata masing-masing. Xiumin dan Chen juga sudah berkahwin tetapi isteri mereka bukanlah dari kalangan idol sebaliknya hanyalah netizen biasa.

Isteri Xiumin, adalah seorang wanita cantik yang berasal dari Malaysia. Berketurunan melayu asli, dan berdarah pahlawan. Namanya Nur Ermina Raisya. Seorang pelajar dalam jurusan PHD, sama dengan Xiumin. Mereka mula bertemu saat diarahkan untuk membuat satu tugasan bersama-sama.

Lagipun, Xiumin sudah lama menyatakan bahawa dia memang hendak mengahwini gadis Malaysia. Tak disangka, doanya dimakbulkan. Sekarang ini, dalam dua tahun usia perkahwinan mereka, dia masih mendalami Islam. Dan alhamdulillah dikurniakan seorang putera yang bakal menjadi khalifah seterusnya diatas muka bumi ini.

Tapi yang susahnya sepanjang berkahwin dengan Ermina, dia selalu diterajang setiap kali buat salah. Dah nama pun keturunan pahlawan, memang powerlah.

Chen pula, berkahwin dengan seorang gadis filipina yang bernama Crusher May. Rasa nak makan krusher kfc pulak. Mereka berdua juga berkahwin dalam tahun dan bulan yang sama dengan Xiumin. Dan sudah pun dikurniakan seorang anak, tetapi perempuan.

Chen yang bising bak T-Rex dan Crush yang pendiam menjadikan pasangan ini sangat serasi. Perlahan-lahan, Chen mengubah sisi Crush yang pendiam menjadi hyper.

Dia sendiri tak menyangka dapat berkahwin dengan gadis filipina. Sudah tu, isterinya ini adalah seorang model terkenal. Pandai memasak, bijak dan pendek kata, ciri-ciri isteri mithali lah.

Anak mereka pula, dalam usia dua bulan sudah pandai meniru suara rungutan Chen iaitu 'Ah Wae!!'. Adalah jugak seram tapi nak buat macam mana kan? Asal tak dapat makanan mesti ada je 'Aww waeee!!'

Chen ada juga bawa anaknya itu berjumpa doktor dan bomoh tapi katan mereka itu normal. Anak-anak sentiasa meniru perbuatan disekeliling mereka.

Member yang lain pula, sudah jarang-jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan keluarga 'baru'. Kai dan Hyoyeon yang awalnya cuma mempunyai seorang anak, kini telah memiliki empat orang cahaya mata. Setelah setahun, Hyoyeon kembali melahirkan tiga kembar😅

Suho dan Tiffany mempunyai dua orang anak dan kedua-duanya perempuan. Seorang suka duit dan seorang suka pink. Baekhyun dan Taeyeon kekal sahaja dengan Baek Ah dan Ae Yeon. Keduanya petah bercakap dan sudah pandai menyindir. Baek Ah semakin sotong dan Ae Yeon semakin kasar. Maksud saya, Baek Ah semakin cantik dan Ae Yeon semakin kacak. 😕😟 erm. Ikut gen mak ayah

Chanyeol dan Sooyoung hanya mempunyai seorang anak yang baru sahaja berusia tiga bulan tetapi sudah kelihatan seperti tiga tahun berdasarkan faktor ketinggian. Kaki panjang sangat. Nama anak mereka pula ialah SeoYul.

Kyungsoo dan Sunny pula, baru sahaja dihantarkan 'benih'. Awalnya mereka sudah berputus asa dan mahu mengambil anak angkat, namun Sunny tak mahu. Berkat dorongan rakan-rakan, mereka cuba bersabar dan akhirnya berisi juga dia. Tahun depan baru melahirkan.

Sehun dan Seohyun, mereka juga mempunyai seorang anak lelaki. Persis model. Mempunyai wajah yang tegang seperti si ayah tetapi hatinya lembut seperti si ibu. Sehun sebenarnya tak percaya itu anaknya sehingga pernah suatu hari, dia ke hospital semata-mata nak check DNA. Dapat sahaja keputusan, dia dimarahi Seohyun sehingga dihukum tidur diluar selama tiga minggu. Bukan luar rumah tapi luar negara. Seohyun halau dia dari Korea. Nasib baik Xiumin baik hati dan menawarkan Sehun untuk tinggal bersamanya sementara waktu.

Kris dan Jessica. Mereka selalu melawat Taeyeon dan Baekhyun bersama anak mereka, Erica dan Eric. Banyak kali juga Jessica bergaduh dengan Tiffany kerana masing-masing nak jodohkan anak mereka dengan anak Taeyeon. Bila Taeyeon cadang supaya anaknya kahwin dua, dia pula kena marah dengan JeTi.

Lay dan Yuri, nampak sahaja Lay tu innocent tapi anak mereka dah tiga. Nama anak pula nak dekat sama. Ray, May, Hay. Kata Yuri, senang. Supaya Lay tak lupa nama anak mereka. Waktu dihospital dulu pun, banyak kali lay tertukar anaknya sendiri dengan anak orang lain. Bila kena marah, Lay jawab bayi muka semua serupa.

Luhan dan Yoona masih tak merancang mahu mendapatkan cahaya mata. Lagipun Luhan dalam perancangan untuk naikkan dahulu gisi Yoona. Dia tak mahu tulang belakang Yoona patah sewaktu hamil tiga bulan. Tak pasal-pasal anak mereka kena tempias. Ayah Yoona juga setuju dengan cadangan Luhan dan sekarang mereka sedang mengawal pemakanan Yoona.

Tao. Lama juga mereka tak bertemu dia. Alih-alih dah beristeri juga. Anak muka macam panda tapi swag. Isterinya pula berketurunan Taiwan-British. Bayangkanlah betapa cantiknya dia.

"Ae Yeon! Janganlah kiss pipi Asyfar macam tu. Kesian dia." Marah Taeyeon sewaktu melihat Ae yeon yang sedang mencium pipi Asyfar, anak Xiumin yang baru sahaja berusia setahun.

Biru muka budak tu kena cium. Tahulah pipi pau macam bapak dia. Ermina ketawa.

"Tak apa unnie. Biarlah diorang. Anak saya kan comel." Ermina riak. Dia memang mengakui anaknya itu comel. Kalah Aaisyah Dhiarana. Haha! Followers ig anaknya juga sudah mencecah 2 juta dalam setahun. #proudmom #riakmom. Taeyeon ketawa jengkel. Tiga tahun kenal Ermina, dia dah faham sangat perangai gadis berhijab itu. Suka riak

"See omma. Auntie pun tak marah. Lagipun Asyfar kan bakal suami Ae Yeon." Ujar Ae Yeon. Taeyeon tayang muka terkejut. Baekhyun dia pandang.

Ini mesti Baekhyun yang ajar anak perempuannya itu hal yang bukan-bukan. Ae Yeon kembali menggigit pipi pau Asyfar. Geram! Sebab terlebih comel.

Baek Ah mendekati Xiumin dan menarik seluarnya.

"Waeyo Baekkie kecil?" Tanya Xiumin lalu diangkat Baek Ah dan diletak diatas ribanya. Baek Ah menampar perut Xiumin perlahan.

"Mana adik Baekkie auntie??" Tanya Baek Ah. Xiumin kembungkan pipinya. Pura-pura marah. Dia dah terbiasa dengan Baek Ah yang sentiasa tertukar dia dan isterinya. Tapi Xiumin husnudzon, mungkin wajahnya lagi cantik daripada isterinya.

"Auntie ni tak boleh beranak sayang. Kalau boleh pun, baby mati dulu dalam perut sebab tak boleh keluar." Kata Taeyeon. Baek Ah bingung.

"Kim Taeyeon. Jangan ajar Baek Ah yang bukan-bukan." Tegur Baekhyun yang sedang bermain dengan dron, hadiah daripada peminatnya.

"Okey." Jawab Taeyeon, perlahan. Dia menghirup teh hijau dengan perlahan. Saja nak cover malu kena marah dengan suami.

"Yeon, kami bercadang nak reunion balik dekat resort yang kita tinggal dulu tu. Nak pergi tak?" Tanya Xiumin yang sedang mendodoikan Baek Ah. Taeyeon mengangguk setuju. Gila tak nak jumpa balik kawan-kawan lama. Rindu nak tengok muka sorang-sorang. Mesti dah tembam 

"Cool! Kalau macam tu, lusa kita bertolak. Tiket biar Ermina yang uruskan. Oh ya, kita bertolak awal dari yang lain tau?"

💫💫

🎵Rebirth - Red Velvet

Tiga jam menunggu, akhirnya member SNSD dan EXO sampai juga. Tapi lain yang dirancang, lain pula yang jadinya. Ingatkan nak buat party tapi masing-masing sibuk jaga anak. Ada yang merengek nak dodoi, nak susu, nak mandi, nak berak semua.

Nak melepas rindu pun payah.

Taeyeon dan Baekhyun pula, awal-awal sudah mengunci anak mereka dalam bilik. Biarlah mereka merengek atau apa pun, mereka tak peduli. Lagipun makanan semua mereka dah sediakan dan mangsa kecil iaitu Asyfar turut berada disitu.

"Oppa, apa kata kalau kita pergi makan dulu. Biarlah diorang dengan anak diorang. Lapar lah." Rengek Taeyeon. Bosan dia menunggu rakan-rakan yang lain. Baekhyun tak menjawab sebaliknya dia memandang kearah lain.

Tiba-tiba para lelaki mula mendukung anak masing-masing dan beredar dari ruangan dewan. Member SNSD kaku. Muka suami mereka semuanya tegang.

"Kenapa tu?" Soal Tiffany. Member SNSD semuanya mendekat. Mereka tak tahu salah apa yang mereka dah lakukan sampaikan member EXO keluar dari dewan. Taeyeon juga terkejut. Mana taknya, laki dia join sekali.

"Korang ada tengking-tengking diorang ke?" Tanya Yuri. Mereka tak sedar apa yang berlaku sebab anak-anak tiba-tiba menangis tak henti-henti. Mungkin sewaktu sedang memujuk, mereka tak sengaja terhambur kata-kata kesat

"Entah Yul. Aku tak perasan." Jawab Hyoyeon. Serba-salah pula dia.

"Think positive, mungkin diorang nak tolong kita je." Sunny cuba jernihkan suasana. Masing-masing diam. Agak kekok sebenarnya. Dia pun tak tahu apa masalah Kyungsoo sampai tinggalkan dia

Bam! Lampu dewan ditutup. Sunny melutut kerana terkejut. Hampir pengsan dia dibuatnya. Keadaan yang gelap menyebabkan mereka bersembilan berpelukan sesama sendiri

Satu cahaya mula menerobos masuk entah dari arah mana dan dipancarkan ke layar gergasi

Jigeumeun Exoshidae, Appeurodo Exoshidae, Yeowonhi Exoshidae!

We Are One! Exoshidae saranghae!

Moment-moment mereka sewaktu trainee sehingga debut mula dipaparkan.  Gambar-gambar yang menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka mula membuatkan member SNSD menitiskan air mata

"Kim Taeyeon"

"Jung Sooyeon"

"Hwang Miyoung"

"Kim Hyoyeon"

"Kwon Yuri"

"Choi Sooyoung"

"Im Yoona"

"Dan Seo Juhyun"

"Happy Anniversary sempena pertemuan pertama kita semua." Ucap member EXO yang sudah berada diatas pentas, bersama dengan sejambak bunga

Benar, hari ini adalah tarikh dimana mereka semua pertama kali bersua muka. Jangan kata yang keberapa sebab aku tak pandai math.

Pertemuan pertama sewaktu mereka masih seorang trainee. Pertemuan pertama yang menumbuhkan rasa cinta dalam hati Baekhyun terhadap Taeyeon. Diikuti dengan member lain

"Kyah!! Janganlah buat kami menangis.." marah Taeyeon. Hampir-hampir sahaja kasut tumitnya dilempar tepat-tepat ke muka jejaka dihadapannya itu

"Jahat.." Tiffany menangis teresak-esak. Bertambah sebak dia apabila ternampak gambar Suho mencium anak mereka. Suho terus menghampiri dan memeluk Tiffany. Tiba-tiba, pintu dewan terbuka secara sendirinya

"Omma!!" Anak-anak kecil mula masuk ke dalam dewan dan berlari mendapatkan ibu mereka. Makin haru jadinya 

"Omma..Gomawo sebab lahirkan kami.. Omma jjang.. Sharanghaeyoo.." pelukan erat diberikan oleh anak-anak kecik yang comel itu. Para ibu mengangguk faham.

"Janganlah nangis. Awak nampak hodoh" pujuk Sehun sambil mengelap air mata Seohyun.

"Kyah!" Seohyun memukul dada bidang Sehun dengan kuat. Kemudian, kepalanya disandarkan pada dada Sehun.

"Aigoo..Mianhae Juhyun-ah.." ujar Sehun dan diselang seli dengan ketawa kecil. Anak mereka, Seunghyun mencucuk pinggul Sehun dengan kuat. Sehun menjerit kesakitan. Dia merenung anaknya dengan pandangan yang menyeramkan namun dibalas dengan wajah poker yang menyakitkan hati

"Appa..Nak dukung.." pinta Seunghyun dan mencucuk punggung Sehun. "Seunghyun!! Sakit punggung appa!"

Seohyun ketawa. Dia memerhati sahaja Sehun yang sedang mendukung anak terunanya itu. Kemudian pandangan matanya beralih pada kakak-kakaknya yang lain. Macam-macam ragam ada.

"Kyaa Oh Sehun.. Gomawo sebab sudi jadi pelengkap hidup saya..Tanpa awak, kebahagian ni tak akan pernah muncul.. Suami saya, si muka ketat..Saya cintakan awak..Selamanya.."

"Wooh!! Itukan member EXO dengan SNSD!! GAIS!!!!" Seorang remaja perempuan menjerit histeria. Selepas jeritan, datang sekumpulan remaja yang nampaknya adalah peminat EXO

"Alamak.. Lari!!!!"

"KEJAR!!!"

-Tamat-


Hell😂😂😂 wei hambar Hahahahaha..Aku memang tak ada pemgalaman dalam buat ending story😂 kalau buat pun mesti merapu..sorry..asmahsnsmabsjns

Terima kasih sebab selama ni sudi baca ff merapu ni. Setahun lebih aku ambik masa nak habiskan cerita ni😂 korang memang the best👍👍👍

Terima kasih selalu support kim😁 walaupun jalan cerita kelaut. *hug korang*

I love youuuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro