Part 47 || Kecam
"Yeayy!! Cik Abang kita dah nak kahwin!!" SNSD dan EXO keluar dari tempat persembunyian mereka. Terkejut Taeyeon dibuatnya. Terus dia menolak Baekhyun yang sedang memeluknya.
"Kejap. Diorang semua ni tengok ke scene tadi?" Tanya Taeyeon yang seluruh wajahnya kini merah. Nampak sangat dia malu.
EXO dan SNSD mengangguk serentak. Senyuman yang creepy dihadiahkan kepada Taeyeon.
"Uyoo.. i-i-i do.. " Tiffany mengulang kata-kata Taeyeon tadi. Saja dia nak menyakat rakan baiknya itu. Bukan selalu boleh buat macam tu.
" will you..marry me.. ehehehe.. speaking dia.." Suho turut sama mempersendakan mereka. Untuk pengetahuan, dia siap rakam lagi scene tadi. Katanya boleh buat kenangan untuk ditunjukkan kepada anak cucu mereka nanti.
Baekhyun menyepetkan matanya. Ada jugak yang kena luku nanti. Chanyeol memberikan isyarat kepada Baekhyun untuk menyarungkan cincin dijari manis Taeyeon.
Yoona dan Seohyun bergegas menyerahkan cincin yang berada didalam kotak lut sinar itu . Terbuntang mata Taeyeon saat dia melihat betapa cantiknya cincin itu.
"Haritu, Tae kata nak hadiah daripada Baek kan? Cuma ayat Tae tu berkias sangat, sampai Baek tak faham. Sebab tu Baek abaikan. Nasib baik Kyungsoo ni jenis yang berjiwang sikit, jadi lepas dia jelaskan, barulah Baek faham." Jelas Baekhyun, malu-malu.
Kaca lutsinar itu dibuka oleh Yoona. Cincin tersebut terus diambil oleh Baekhyun.
"Dalam ayat tu menjelaskan yang Tae tak kisah pun dapat hadiah apa. Dapat Baek pun dah cukup aww so sweet. Tapi sebab Baek nak sweetkan lagi, Baek order cincin bertahtahkan berlian 100 karat khas dari Berlin. Cuma ada tiga tau dalam dunia ni. Princess Kate Middleton dengan Princess Diana je yang dah ada. Dan Tae adalah orang korea dan orang Asia pertama yang ada cincin ni." Sambung Baekhyun lagi.
Tangan kiri Taeyeon dicapai. Ia diusap dengan penuh kasih sayang. Matanya bertembung dengan mata Taeyeon yang sudah berkaca.
"Hari ini, pada tanggal ini, saat ini, minit ini, jam ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini. Bersaksikan mereka-mereka ni. Cincin ini akan disarungkan dijari manis Tae. Dan Tae secara officialnya kita bertunang!!"
Cincin itu disarungkan ke jari manis Taeyeon perlahan-lahan. Bukan apa, dia tak nampak sebab sekarang ni ada berbelas iphone berada diatas tangan Taeyeon. Sebabnya, EXO dgn SNSD masing-masing tengah ambik gambar jari Taeyeon dan siap ada yang tengah rekod lagi.
"Err, tolong tepi sikit. Cincin aku tak nampak jalan ke hati dia ni.." sindir Baekhyun.
×××
"Oh my god!! Taeyeon dengan Baekhyun bertunang?!!"
"Tak mungkin!! Baekhyun milik aku lah!!"
"Dehel kau!! Taeyeon milik aku kenapa dia curang?!!"
"Siapa benarkan diorang kahwin?!! Kenapa tak minta izin aku!!"
Orang awam mula membaca artikel yang dikeluarkan oleh seorang anonymous diTwitter. Skrin besar dihadapan MBC, SBS dan KBS juga menyiarkan berita yang sama.
Chanyeol yang sememangnya hantu instagram terkejut setelah membaca artikel itu. Padahal baru sahaja tadi Baekhyun melamar Taeyeon, tapi dah masuk tv. Dia terus mendail nombor seseorang.
"Fany noona! Noona ada sebar berita ni dekat sapa-sapa ke?" Jerit Chanyeol.
"Kyah!! Mana ada!! Noona tengah berkepit dengan Taeyeon ni!! Entah-entah kamu yang mulut tempayan !! Baik mengaku sekarang!" Balas Tiffany.
"Bukan saya!! Entah-entah Sooyoung kot." Chanyeol terus menamatkan panggilan dan mendail nombor Sooyoung.
"Soo!! Awak ke yang mulut tembayan sangat yang pergi sebarkan cerita ni?!!"
"Sial punya boyfriend!! Kau syak aku?!! Wei mulut tempayan bukan tembayan! Ehh sorry eh? Tak gila aku nak sebarkan news ni!" Marah Sooyoung lalu menamatkan panggilan itu.
"Chen!! Kau ada check tak kot-kot dalam dewan tu ada kamera tersembunyi?" Jerit Chanyeol. Chen yang sedang melipat baju-baju milik EXO K dan M membalas.
"Tak! Kenapa?? Kejap aku baru teringat, ada CCTV je dalam tu cuma warna hitam dan nampak cam kamera biasa. Kenapa??"
EXO memandang kearah Chen serentak. Semua terdiam. Mereka menghampiri Chen dengan aura hitam kecuali Lay yang sedang tidur dengan keropok Lays didalam mulut.
"JONGDAE!!!!!"
-bersambung
Cornflake lah pulakk~~ konflik-😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro