Part 33 - YuLay, LuYoon, SeoHun
Lay yang sedang berjalan dengan menggunakan tongkat sementara menuju kearah Sonyeoshidae yang berlatih untuk persembahan hari krismas mereka.
Dari jauh, dia memandang Yuri yang sedang gigih berlatih untuk koir special yang akan dipersembahankan pada hari SMTOWN CHRISTMAST PARTY nanti.
"Kamsahamnida." Ujar Snsd lalu turun dari pentas. Baju yang berupa jubah konvokesyen untuk pelajar universiti dibuang. Panas dibuatnya. Lay menapak kearah Yuri perlahan-lahan.
"Yixing!" Jerit Sooyoung keriangan sewaktu melihat Lay yang datang kearah mereka. Yuri cepat-cepat menolong Lay untuk berjalan lalu mereka duduk dikerusi yang disediakan
"Er..Kami tinggalkan korang dulu ye? Bye bye." Sooyoung segera menarik member SNSD pergi dari situ. Mungkin ada sesuatu yang ingin Lay sampaikan kepada Yuri.
"Yixing, kaki kamu dah sembuh?" Tanya
Yuri, dengan penuh prihatin. Yixing mengangguk perlahan.
"Yul noona, Yixing nak ucapkan terima kasih sebab selalu ada dengan Yixing bila Yixing dalam masalah..terima kasih sebab temankan Yixing masa sehari sebelum pembedahan.." Ucap Lay. Matanya tepat menikam anak mata Yuri. Gadis itu tersenyum manis.
"You are welcome.. Seorang sunbae kenalah jaga hoobae dia right?" Balas Yuri. Air muka Lay terus berubah.
"Noona anggap saya sebagai hoobae je?" Tanya Lay, nak lebih-lebih pulak King of China ni. Yuri mengangguk.
"Kenapa? Kamu ingat noona anggap kamu lebih dari tu eh?? Alala comelnya.." Yuri mengusutkan rambut Lay lalu ketawa. Lay memuncungkan bibirnya.
"Saya suka noona." Tutur Lay. Dengan ikhlasnya. Yuri tergamam.
"Mian..Yixing cakap apa ni? Janganlah main-main.."
"Saya betul-betul suka noona. Boleh noona terima saya?" Lay mula mempamerkan muka comelnya. Tergugat hati author😂😝
"Yixing..Noona takutlah..Risau kalau hubungan ni akan jadi macam hubungan noona dengan dia tu dulu.. Bercinta bagai nak rak, last-last putus.." Jawab Yuri. Jarinya berlaga-laga. Dia gugup.
"Gwenchana. Trust me. Yixing akan cuba untuk buat Yulay kekal sampai ke tua.. Nae? Kalau noona tak boleh terima sekarang, lain kali boleh kan?"
+++
Yoona berjalan masuk kedalam bilik latihan EXO atas arahan Luhan. Dia mencari-cari dimanakah Luhan berada. Batang hidung pun tak nampak lagi.
"Lu Han-shii. Hello? Ada sesiapa tak kat sini?" Tanya Yoona , seram pula dia sorang-sorang kat sini. Dah lah Baekhyun pernah bagitahu yang dia selalu dengar bunyi pelik-pelik kat bilik latihan ni. Bulu roma Yoona naik.
"Kyaa Xi Luhan! Janganlah main-main..Aku takut nii" rayu Yoona. Dia duduk diatas sofa yang berwarna putih itu.
Luhan yang berada dibekang sofa ketawa terkekek-kekek. Seronok jugak tengok Yoona ketakutan. Baru sahaja dia mahu berdiri, kepalanya terhantuk.
"Aduh.!" Yoona dan Luhan sama-sama kesakitan. Rupanya, Yoona ingin berpaling ke belakang sofa dan kebetulan Luhan berdiri, dahi mereka terhantuk sesama sendiri.
"Yoong! Awak okey?" Tanya Luhan. Risau pula dahi Yoona bengkak nanti. Yoona mengangguk. Luhan terus duduk disebelahnya.
"Sorry. Saya sengaja nak kenakan awak..last-last saya sendiri terkena.T-T. sakit.." Ujar Luhan . Yoona menampar belakang Luhan, nakal punya budak.
"Jahat" balas Yoona. Luhan tersenyum kacak. Yoona pula menjelingnya.
"Ada apa nak jumpa?" Tanya Yoona. Luhan terus menyerahkan satu surat kepada Yoona. Cis! Taktik sama macam Kai.
"Surat apa ni?"tanya Yoona. Luhan terus menyimpan surat itu kedalam poket baju Yoona.
"Baca masa dekat dorm nanti tau?" Arah Luhan lalu dia mencium pipi Yoona secara tiba-tiba. Luhan tergamam, matanya membulat. Apa dia dah buat ni.. Luhan menutup mulutnya. Sungguh dia tak sangka, dirinya begitu nakal sebegini. Habislah kena tampar dengan Yoona..
"Mianhae sunbae!!" Jerit Luhan, ketakutan lalu berlari keluar dari bilik latihan. Manakala Yoona, dia masih kaku, pipinya merah dan bibirnya mengukir satu senyuman.
"Kyaaa Luhann!!!"
+++
Sehun membawa sedulang gula-gula kearah Seohyun yang sedang melayari internet. Mereka sedang mengkaji cara untuk mengenakan the eldest.
Nampaknya, perangai Evil Sehun telah menjangkiti maknae SNSD.
"Seo, Hun ada something nak tunjuk." Ujar Sehun dengan senyuman jahat. Seohyun memandang Sehun dengan muka yang tertanya-tanya.
"Mwohae?" Tanya Seohyun. Sehun mengeluarkan telefonnya namun dia menyorokkan kembali telefon itu. Sehun bangun lalu duduk disebelah Seohyun.
"Sebelum tu nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Sehun. Seohyun mengangguk sahaja. Sehun terus membisikkan sesuatu.
"Dah pernah couple?" Bisik Sehun. Seohyun menarik telinga Sehun sehingga merah. Geram bila ditanya begitu. Dia dah lah innocent.
"Kenapa tanya macam tu hah?! Saja nak perli?" Soal Seohyun, mukanya masam. Dia sudahlah tak pernah couple. Sehun mengaduh kesakitan namun dia masih tersenyum.
"Kalau Hun tunjuk ni, Seo kena janji yang Seo kena couple dengan Hun. Boleh?" Soal Sehun. Seohyun mengangguk lagi.
Sehun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditekan aplikasi kamera. Seohyun memandang tepat ke telefon Sehun dan tiba-tiba..CHUU..CLICK!
Sehun menghadiahkan satu ciuman berdekatan telinga Seohyun diikuti dengan bunyi gambar ditangkap. Seohyun ternganga. Dia memandang Sehun.
"Oh Sehun.."
Sehun tersenyum kemenangan. Muka Seohyun jelas menunjukkan yang dia bengang.
"Sehun!!" Jerit Seohyun ,serentak itu Sehun berlari jauh darinya. Dari jauh, Seohyun melihat Sehun yang sedang menggelek punggung tanda mengejek.
"Herh..Haish!! Budak tu..haishhh.. Memamg Evil maknae betullah!" Marah Seohyun. Dia menyembamkan wajahnya ke meja. Malu betul..
-bersambung
😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro