Part 31
"Hoi! Berhenti!" Jerit dua orang pengawal. Perempuan itu tersentak apabila dua orang pengawal mendekatinya.
"Kau nak bawa dia ke mana?" Soal salah satu darinya.
"Ini abang saya. Saya nak bawa dia pulang sebab doktor kata dia dah sembuh. Saya bawa dengan katil ni sebab kerusi roda tak mencukupi." Dalihnya. Dua orang pengawal itu memandang satu sama lain.
"Betul ke?" Soal yang seorang lagi. Perempuan itu mengangguk dengan yakin. Wajahnya cuba untuk kelihatan serius.
"Baiklah, maafkan kami kerana menganggu." Pengawal itu segera beredar dari situ. Perempuan itu menghela nafas lega. Lay dipandang dengan senyuman yang lebar.
"Finally, kau milik aku akhirnya" ujar perempuan itu. Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya.
"Dan kau milik kami." Ujar seseorang dengan senyuman yang paling cool didunia bahkan galaxy.
"Kris. Oh no."
Perempuan itu dipukul dengan kayu dari belakang. Mata Suho terbeliak selepas memukul gadis itu dengan kuat. Kris menepuk tangannya.
"Kau dah hebat sekarang ni Myeon. Good job. Sekarang call polis, eh biar aku jelah , kau tu bukannya reti cakap cina." Balas Kris. Telefon bimbit diambil lalu 911 didail.
Suho menyelak rambut gadis itu. Dia terkejut.
"Rien? Adik Rion?" Ujar Suho perlahan. Mungkin gadis ini sasaeng Lay.
+++
"Terima kasih sebab panggil kami. Jangan risau, hukuman setimpal akan diberikan kepada dia. " ujar anggota polis tersebut. Suho mendekati gadis yang bernama Rien itu.
"Tak sangka dapat jumpa kau lagi" ujar Suho, sinis. Rien tersenyum.
"Tak sangka kali ni aku akan tertangkap dengan cepat. Tapi kau kena ingat Joonmyeon, kakak aku masih ada." Nasihat Rien, lalu dibawa masuk kedalam kereta polis. Suho menghela nafas panjang. Lupa pula dia kakak si Rien. Bagaimana dia tahu Rion ada adik? Entahlah.
Lay yang sedang terbaring akibat diberi suntikan virus berbahaya dipandang. Dia sedang diberikan rawatan rapi oleh doktor. Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan.
"Mianhae Suho, Kris. Salah kitorang sebab pergi makan ramai-ramai dan tinggal Lay seorang." Ujar Yoona dengan wajah serba-salah. Sooyoung maju kehadapan dan menolak Yoona ke tepi.
"Salah aku. Salah noona sebab ajak mereka semua makan , kalau tak semua ni tak akan berlaku. Sorry." Ujar Sooyoung pula. Dia menundukkan wajahnya ke bawah.
"Ini salah kita semua. Sepatutnya kita kenalah panggil bodyguard datang awal-awal." Chanyeol cuba membela Sooyoung.
"Ok dah-dah. Ini semua bukan salah kita arasseo?ini semua dah takdir. Nak buat macam mana kan? Sekarang ni, kita akan bergilir-gilir jaga Lay. Jangan sampai media tahu Lay ada kat sini." Arah Suho. Mereka semua mengangguk faham.
Satu persatu dari mereka duduk dikerusi yang disediakan. Yuri menangis teresak-esak disebabkan hal itu. Hyoyeon mengusap belakang Yuri untuk menenangkan gadis itu.
"Janganlah nangis. Kau buat aku rasa sebak jugaklah." Kata Hyoyeon yang sedang menahan rasa sebaknya. Yuri mengesat air matanya.
"Macam mana aku tak nangis kalau Lay sedang bertarung dengan kesakitan kat dalam tu?! Sasaeng tu suntik dengan virus bahaya tau!" Jawab Yuri. Hyoyeon mengangguk lalu dibiarkan sahaja Yuri menangis dibahunya.
"Kai-shii, tolong belikan teh panas untuk Yuri ehh? Kesian dia." Arah Hyoyeon. Kai segera berlari ke kafeteria selepas menerima arahan.
"Kau suka Lay ehh Yuri?" Tanya Hyoyeon , tiba-tiba. Yuri menghembus hingusnya dan menggeleng.
"Mana ada." Pipi Yuri bertukar merah.
"Dah agak dah.. Dont worry, aku tak akan bocorkan pada sesiapa. Elelele, Kwon Yul dah pandai tangkap cintan sekarang ni." Hyoyeon mengusik Yuri. Mereka bergelak tawa untuk menghilang rasa sedih.
-bersambung
next part baru ada couple lain ^^
Nak promote jap.. Silalah baca ff Frank Love by eyradraman
Dan followlah babyboo_bbg .. Dia nak tambah followers..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro