Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 28


The Rain - Ladies Code

Baekhyun menolak Taeyeon masuk kedalam kereta . Mereka mula bertolak ke sebuah restoran Western.

" Baek, kenapa tak ajak member lain join sekali? " tanya Taeyeon, matanya tak lekang memandang telefon.

Baekhyun fokus memandu . Dia kemudian tersenyum nakal.

" Ini date kita berdua. Orang lain mana boleh join " jawab Baekhyun. Taeyeon menjeling Baekhyun. Date konon.

" Cis! Sejak bila kita ada hubungan ni? "

" Laa. Bukan ke selama ni Baek boyfriend noona? " Ujar Baekhyun. Taeyeon menunjal kepala Baekhyun.

" Perasan punya budak comel," kata Taeyeon dan ketawa kecil. Baekhyun tersenyum , wajahnya merah merona. Malu mungkin dipuji comel?

+++

Taeyeon terlopong memandang pemain orkestra disebelah mereka. Bingit dibuatnya apabila lagu I versi orkestra dimainkan.

" Baek..Apa ni? " soal Taeyeon sambil menutup telinganya.

" Best kan? Baek upah diorang masa tengok diorang perform kat belakang tong sampah dekat mall semalam..kekeke.." Jawab Baekhyun sambil menikmati persembahan tersebut.

Taeyeon berpura-pura makan tanpa menghiraukan kekacauan tersebut.

" Noona! Janganlah makan dulu. Tunggulah. Kita layan dulu persembahan taraf antarabangsa ni! " arah Baekhyun lalu merentap pisau dan garfu ditangan Taeyeon

Terbeliak mata Taeyeon apabila diperlakukan sebegitu. Tak pernah ada orang rentap tangannya dengan kasar selama dia hidup. Ahli SNSD pun tak pernah buat macam tu, inikan pula hoobae-hoobae yang lain. Baekhyun yang bagaikan faham dengan amarah Taeyeon terus menunduk.

" Mian.. Baek cuma excited sebab dapat makan malam dengan noona. Se-selama kita semua shooting, Baek selalu kawal emosi sebab tak nak nampak hyper sangat depan noona.

Jadi, bila ada peluang ni.. Mianhae noona. Kalau noona tak selesa boleh je kita pergi.. " ujar Baekhyun panjang lebar.

Bibirnya diketap. Jadi telunjuk kanan dan kirinya bertemu. Comel .

" Kyaa Byun Baekhyun. Noona tak marah lah. Hahaha. Janganlah serius sangat " Taeyeon ketawa berdekah-dekah selepas melihat wajah Baekhyun yang hampir menangis.

Terkebil-kebil Baekhyun memandang Taeyeon.

" Tak marah? "

" Eung. Noona tak marah. Alah nak bergurau pun tak boleh. Rileks lah " Taeyeon mengukir senyuman yang paling manis buat Baekhyun.

Baekhyun mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia segera berlutut disebelah Taeyeon. Kotak berwarna merah itu dibuka .

" Kim Taeyeon, sudikah awak menjadi girlfriend saya? "

Taeyeon tergamam. Ini real atau main-main?

+++

Luhan dan Yoona berjalan menyusuri lautan manusia di China Festival Funfair yang berdekatan dengan hotel tempat mereka menginap.

Dari tadi mereka ralit berjalan sambil menikmati makanan-makanan cina yang menyelerakan.

" Yoong, jom main tu? " ajak Luhan sambil menunjukkan kearah rumah hantu. Yoona kelihatan teragak-agak.

" Yoong jangan takut. Lu Han yang berani ada disini HAHAHA " Luhan mula mengeluarkan suara seperti seorang lelaki macho.

" Ani. Bukan itu yang noona takutkan. Tapi, Yoong takut kalau duit yoong yang melayang semata-mata nak beli tiket nak masuk ke situ. "Balas Yoona sambil mengira duit syiling ditangannya.

Tiba-tiba burung gagak ilusi masuk ke lubang telinga kiri dan keluar melalui lubang telinga kanan Luhan.

" Guna duit Luhan. Khaja? " ajak Luhan. Yoona mengangguk setuju.

++

Mereka mula menapak masuk kedalam rumah hantu. Pada permulaan, suara hantu mengilai mulai didengari.

Luhan menelan liuarnya manakala Yoona seperti terpegun.

Mereka mula masuk kedalam tempat yang lebih gelap dan mencabar.

" BHAAAAA !! " sergah Yoona secara tiba-tiba sewaktu Luhan sedang leka.

" Eommaa!! " Luhan terjerit dan terjatuh ke lantai. Dia hampir menangis.

Terbahak-bahak Yoona ketawa melihat Luhan yang ketakutan. Luhan mencebik apabila melihat dirinya telah dimalukan secara tak sengaja. Tadi, konon berani nak masuk rumah hantu, sekarang , phuii.

" kyaa Im yoona! Janganlah buat macam tu " marah Luhan , muncung itik ditarik sepanjang mungkin.

" Ullo. Penakut rupanya budak rusa ni. Dah jom jalan sama-sama. " Yoona memegang tangan Luhan dan mereka mula berjalan ke tempat yang lebih seram.

" BHAAAA !! "

" HEHEHEHEHEE!! "

" CU ~ TOLONG NENEK CU ~ "

Suara mendayu-dayu disebalik dinding menyebabkan Luhan menguatkan lagi pegangan tangannya.

" Kyaa! Sakit lah." Kata Yoona namun Luhan tidak menghiraukannya. Tangan kiri Luhan memegang tangan Yoona manakala tangan kanannya memegang lengan Yoona.

Dia menutup matanya sambil berjalan sehinggalah ke penghujung. Jantung Yoona berdegup kencang apabila diperlakukan sebegitu oleh Luhan.

" Lu han, kita dah keluar lah" kata Yoona lalu menciut menciut bahu Luhan. Mata Luhan perlahan-lahan terbuka.

" Fuhh.. Selamat. Lepas ni dah tak nak masuk rumah hantu. Takut " kata Luhan perlahan. Dia membetulkan rambutnya

" Tadi beriya-iya nak masuk. Lepastu dia pulak yang hampir histeria " usik Yoona , tangan dilipat separas tangan.

Luhan menggosok belakang tengkuk kerana malu.

" Takpa.. Buatlah lagi perangai comel macam tu..Yoong suka " ujar Yoona . Tiba-tiba dia menekup mulutnya. Matanya terbeliak begitu juga dengan Luhan.

" Yoong suka? Saya comel? "

" err..mollayo " Yoona terus beredar dari situ kerana sudah terlepas cakap.

' buat malu jelah! Haih Lim Yoona..Mulut tu lain kali jangan memandai sangat..omonaaa' Yoona mula membebel dalam hati tak henti-henti.

Entah macam mana lah dia nak mengadap Luhan sepanjang berada di China dan sepanjang mereka di SM Entertainment nanti..Huhu..

-bersambung

Vote and comment please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro