Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 21 : Baekji (2)

Eunji melangkah masuk ke dalam rumah yang tidak terlalu usang itu. Disekelilingnya penuh dengan gambar nenek Baekhyun ketika muda dan gambar seorang lelaki yang kacak, mungkin itu atuk Baekhyun?

Eunji berjalan kearah meja hiasan yang terletak banyak gambar yang berada didalam frame

"Ni Baekhyun ke?" bisik Eunji dalam hati

"Kesian betul..tak de gigi mase kecil dulu...pffftt...ahahaha" gelak Eunji setelah melihat gambar Baekhyun sewaktu kecil

"Tengok apa tu?" tanya Nenek Baekhyun

"Ni..gambar si Baekhyun tu nek" jawab Eunji. Si nenek mengangguk sahaja lantas ditarik tangan Eunji

"Sini kejap.." nenek mengajak Eunji duduk diruang tamu

"Nama nenek Byun MinHee . Kamu nampak gambar tu? Tu suami nenek, Byun Hajun, budak kecil ni Baekhyun. Comel kan dia masa kecik?" kata Nenek MinHee sambil mengusap gambar Baekhyun

"Ye..comel sangat" puji Eunji

'Comellah sangat →_→' bisik hati kecil Jung Eunji

"Ehh,mana Baekhyun?" tanya Nenek MinHee, dari tadi dia tidak melihat kelibat cucunya itu

"Kat luar kot?" jawab Eunji lalu bangun mencari Baekhyun

"Kyaa Byun Rongak..masuklahh!!" arah Eunji

"Nae..Jap..apa kau cakap tadi?" tanya Baekhyun

"Tak de pape..baik kau masuk cepat.." arah Eunji..

Skip

"Baekhyun, Eunji..Sini kejap.." panggil nenek MinHee

"Ye Nek..kenapa?" tanya Baekhyun sambil memeluk neneknya

"Ni bilik kamu berdua..kawan-kawan kamu tu boleh tidur di stor belakang rumah.." kata Nenek MinHee

"Nek..bilik Baek kan ada satu katil je.. Eunji ni nak tidur kat mana?" tanya Baekhyun

"Dengan kamu lah, dia kan isteri kamu" jawab nenek MinHee lalu pergi ke dapur

Baekhyun dan Eunji memandang antara satu sama lain..

"Nooo!!"

SKIP

"Nenek nak Eunji tolong tak?" tanya Eunji

"Boleh jugak" balas Nenek MinHee lalu menyerahkan pisau dan bawang kepada Eunji

Sepanjang mereka memasak, Nenek MinHee lah yang paling banyak berceloteh

"Kamu tau tak Eun, masa Baekhyun kecik-kecik dulu,semua orang panggil dia Baeby.." Nenek MinHee memecahkah rahsia yang selama ini disimpan

"Mwo?? Baeby?" Eunji ketawa perlahan

"Nae..sebabnya perangai Baeby dulu tu memang manja..sampailah umur dia 8 tahun pun dia tetap macam bayi..comel betul" ujar Nenek MinHee

"Hehehehe baekhyun baekhyun,aku sekarang dah ada rahsia terbesar kau.. hahahahahahaha.." gelak Eunji dalam hati

"Dah-dah..pergi panggil Baekhyun dengan kawan-kawan dia makan" arah Nenek MinHee

Eunji mengangguk.

Lantas dia segera keluar dan mencari Baekhyun di belakang rumah. Kelihatan Baekhyun sedang bermain dengan anak-anak angsa..manakala Bang PD-nim sedang merakam kelakuan Baekhyun

'Dah macam mak angsa dah si Baeby ni.' Eunji mengumpat didalam hati

"Kyaa mak angsa....jom masuk..Dinner timeee!!" panggil Eunji

"Mak angsa? Dia panggil aku mak angsa? nyesal aku kawan dengan kau,shuhh shuhh!" Baekhyun menghalau si angsa jauh darinya. Dia segera berlari kearah Eunji

"Weyhh..tunggu!" jerit Baekhyun

"Lambat" balas Eunji

"Whatever" Baekhyun menjeling Eunji

"Nak tau tak...dulu..ada sorang budak ni..kecik-kecik dulu, dia tak de gigi tau.. kat bahagian depan jelah..perangai dia tu perghhh memang serupa macam bayi, sampai semua orang panggil dia Baeby..manja betul" Eunji mengejek Baekhyun

Baekhyun yang sedang berjalan telah menghentikan langkahnya lalu berpatah balik kearah Eunji

"Kyaaa!! Mana kau tahu pasal nama gelaran aku tu hah!!??Apa lagi yang kau tahu!!" tanya Baekhyun sambil menggoncangkan badan Eunji

"Banyak lagi..tapi aku akan bongkarkan slow-slow" Eunji terus berlari masuk ke dalam rumah. Baekhyun mengeluh perlahan. Mesti nenek yang bagitahu

Dining room

"Waaa..sedap Ketam Masak Kicap yang nenek beli ni..bila nenek pergi singapore ni?" tanya Baekhyun

"Nenek tak beli" jawab Nenek MinHee

"Abistu?" soal Baekhyun, bingung

"Isteri kamu yang buat" Nenek MinHee menunjuk kearah Eunji yang sedang makan

"Nekk..Eunji ni bukan isteri Baek lahh.." kata Baekhyun

"Byun Baekhyun!! Sampai hati kamu kata isteri kamu macam tu?? Kenapa kamuu ni? Bergaduh ke? ..dah lah..habiskan makanan kamu" marah Nenek MinHee

Eunji memandang Baekhyun dengan muka yang simpati

'Kesian baekhyun kena marah dengan nenek..'

"Eun,maafkan nenek ye..nanti nenek ajar Baekhyun supaya hormat kamu sebagai isteri" kata Nenek MinHee

"Tapi nek..."

"Baik kamu berdua pergi masuk bilik. nenek dah ngantuk. Oh ya, kamu ni kawan Baeby kan? nanti masa nak tidur tu..sapu dulu stor tu..sebab kekadang ade pepijat" ujar Nenek Minhee

'Apalah nasib aku. kena tidur kat dalam stor' rintih Bang pd-nim dalam hati

"I'm done..Bye Bang Pd-nim" kata Eunji

Skip

"Kau nak tidur kat mana tu Eunji?" tanya Baekhyun setelah melihat Eunji berjalan kearah sofa

"Sofa lah.tak kan tidur kat atas katil kot" kata Eunji

"Dah tak payah..kau tidur sini.." arah Baekhyun

"Habis kau?" tanya Eunji

"Katil lah,mana lagi" jawab Baekhyun

"Tapi.."

"No tapi-tapi..kejap lagi nenek akan masuk bilik ni untuk tengok sama ada kita dah tidur atau tak..kau nak nenek marah aku ke sebab biar kau tidur atas sofa?? " jelas Baekhyun

"Ok..tapi jauh-jauh sikit okay??" pinta Eunji

"Ingat aku nak rapat sangat dengan kau?" kata Baekhyun perlahan

Jam 11 malam

Akhirnya, Baekhyun dan Eunji sudah pun terlelap. Nenek Min Hee masuk ke dalam bilik tidur mereka secara senyap-senyap untuk mengintip.

Nenek MinHee berjalan kearah Baekhyun lalu duduk disisinya. Dia mengusap kepala Baekhyun dengan lembut sekali

"Dah besar rupanya Baeby nenek..tak sangka dah kawin..kawin tak ajak kita.." nenek minhee berceloteh seorang diri

Kemudian, dia bangun dan berjalan kearah Eunji.

"Eun..Jaga cucu nenek tau..Tak sangka Baeby dapat seorang wanita yang cantik macam kamu ni.." kata Nenek Minhee kemudian mencium dahi Eunji dengan penuh kasih sayang

××

"Nekk..Eunji mana?" tanya Baekhyun yang baru bangun dari tidur

"Eunji ada kat luar..tengah bagi ayam makan" jawab Nenek Minhee

Baekhyun segera keluar rumah dan mencari Eunji

Eunji yang ternampak Baekhyun sedang memandangnya dengan segera tersenyum, lantas dia melambai-lambai kearah Baekhyun

"Haih pelik kau harini" kata Baekhyun

"Pelik? Maksud kau?" tanya Eunji

"Tak delah..acaner pulak kau boleh tersengih dekat aku ni?" terang Baekhyun

"Ooh..actually aku bukan senyum but ketawa..sebab muka kau dengan ayam ni serupa" Eunji mengejek Baekhyun

"Ayam pulakk dahh" Baekhyun mengeluh

"Jom jalan-jalan nak?" ajak Eunji

"Sekitar kampung ni? Aku on je" jawab Baekhyun

Sepanjang mereka berjalan-jalan disekitar kampung, ramai yang berbisik-bisik sesama sendiri

Tiba-tiba ada seorang budak menegur mereka

"Oppa ni Baekhyun EXO kan?" sapa nya

"Nae..wae ?" tanya Baekhyun

"Oppa..saya minat oppa..nak dukung boleh?"

"Boleh" Baekhyun dengan segera mendukung gadis kecil itu

"Yeri!! Yeri! Omo..Byun Baekhyun..Jung Eunji.." jerit salah seorang makcik

"Omma!" jerit gadis kecil itu ataupun Yeri

"Maaf Baekhyun sebab menyusahkan kamu..Yeri, jom balik?" ommanya mengajak Yeri balik

"Tak nak.." kata Yeri lalu memeluk tengkuk Baekhyun

"Ahjumma, apa kata kalau kami bawa Yeri pergi jalan-jalan sekitar kampung. ahjumma jangan risau, kami akan jaga Yeri dengan baik sekali" cadang Eunji

"Tak menyusahkan kamu ke?" tanya omma Yeri

"Tak delah.." jawab Eunji

"Kamsahamnida Eunji..Nama Ahjumma Bae JooHyeon ..kalau ada apa-apa nanti, kamu bawa lah Yeri ke rumah atas bukit tu..tu rumah Ahjumma" jelas Joohyeon

"Nae" jawab Baekhyun dan Eunji

××

"Oppa..Yeri nak ais krim" pinta Yeri

"Nae..kejap tau" kata Baekhyun lalu meletakkan Yeri diatas buaian

Sementara Baekhyun membeli aiskrim , Eunji berbual-bual dengan Yeri

"Unnie...oppa sweet kan?" tanya Yeri

"Hurm?"

"Yelah..oppa baik sangat dengan Yeri. Yeri rasa, oppa dah ada ciri-ciri seorang bapa" pandai Yeri berceloteh

"Hahahaha..kamu ni.."bgelak Eunji

"Unnie patut kawin je dengan oppa. lagipun unnie dengan oppa nampak sweet tau" cadang Yeri

"Tengoklah dulu" jawab Eunji

'Jap eunji..apa kau cakap tadi?'

"Hey korang..nah aiskrim.." kata Baekhyun setelah selesai membeli aiskrim

"Aku punya mana?" tanya Eunji

"Ni..nasib aku ni baik..kalau aku jahat..dah lama aku tak beli untuk kau" ujar Baekhyun dengan bangganya

"Perasan.." kutuk Eunji perlahan

"Haha..comel betul kau ni" Baekhyun mencuit hidung kecil Eunji

"Mwo? Kau cakap aku comel?" tanya Eunji..merah padam mukanya

Baekhyun juga tidak menyangka yang dia akan memuji musuhnya

"Haaaa..muka oppa dengan unnie dan merah..kyeoptaaaa!!" jerit Yeri

"mana ada lah" bantah Baekhyun dan Eunji serentak.

"Tengok!! Cakap pun serentak.. jangan-jangan ada jodoh. uwaaaa" Yeri mengusik Baekhyun dan Eunji

"Ada-ada jelah budak kecik nii" kata Eunji lalu mencubit pipi Yeri yang gebu

"Hehehe..tapi kan oppa..Yeri lagi comel" Yeri memuji dirinya sendiri

"Hahaha..tak padan dengan keciklah kamu ni Yeri" kata Baekhyun lalu mencubit hidung Yeri

Yeri mencium pipi Baekhyun..

"Yeri tak nak kiss unnie ke?" tanya Eunji

"Sini.sini" Yeri mengarahkan Eunji supaya mendekatinya lalu dia mencium pipi Eunji

"Wah..dah macam suami isteri dah kamu berdua ni" sapa Joohyeon yang datang entah dari mana

"Ehh..Joohyeon ahjumma" sapa Baekhyun

"Baekhyun, Eunji..ahjumma datang nak ambil Yeri..ade urgent..nanti kalau nak main dengan Yeri datanglah kat rumah ahjumma" kata Joohyeon lalu mengambil Yeri yang berada dalam dakapan Baekhyun

"Nanti jumpa lagi tau" kata Yeri lalu melambai-lambai kearah Baekhyun dan Eunji

Mereka tersenyum sesama sendiri

-bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro