+08 | Excuse Me?
» Skip..
Yoonji membuka kedua matanya. Dicapai jam locengnya.
" Haaaa.. Ada sejam lagi.. " Yoonji menolak selimutnya dan berlari masuk kedalam tandas.
» 10 minit kemudian..
" Mana adik kamu, Yoongi? " soal Puan Min sambil meletakkan sepinggan roti bakar. Yoongi menghirup teh panas perlahan.
" Entah, mungkin dia sedang on the wa-- "
ZROOMMM!!! TAK!!!
" Panjang umur dia, omma. " Yoongi menjeling adiknya yang kelam kabut mengikat rambut pendeknya.
" Oi, masuk kelemumur kau dalam teh aku! " marah Yoongi sambil menjauhkan diri dari Yoonji.
" Mana ada kelemumur!! Hishh! "
" Dah dah.. Jangan gaduh.. Makan cepat.. " Puan Min meredakan anak anak kesayangan nya. Yoongi dan Yoonji hanya menjeling sesama satu lain.
***
" Kau balik lambat kan semalam? Memiang mana lagi? " soal Yoongi dingin. Yoonji menjeling tajam kearah abangnya dan memukul bahu Yoongi kuat.
" Bahasa kau memang tiada insurans kan? Aku bosan balik rumah hadap muka kau, baik aku jalan jalan sekejap. " kata Yoonji.
" Dengan setan muka budak tu kan? " kata Yoongi lagi.
" Kau namp-- "
" Nampak lagi terang, bangang. Omma suruh aku cari kau semalam sebab omma dah jadi gila ingat kau hilang. " kata Yoongi dengan nada menjengkelkan.
" Payah je kau cari, dia pandai juga hantar aku balik. Bukan macam kau, tinggalkan adik sorang sorang. " rungut Yoonji.
" Useless.. "
" Huh? "
" Kau. " Yoongi menunjal dahi Yoonji. Yoonji merungut lagi sambil menampar bahu Yoongi. Tak kuat pun XD
» Sekolah..
" Macam biasa, tunggu aku sampai petang. Aku balik lambat sikit, jangan balik sorang sorang. " arah Yoongi sebelum mereka berdua berpecah. Yoonji hanya membuat muka malas.
" Jangan memiang dengan budak budak lelaki nanti, jangankan lelaki, perempuan yang tomboy pun jangan nak try. " kata Yoongi lagi dan terus beredar. Yoonji mengetap bibirnya sambil penumbuknya diangkat angkat.
" Hishh! Aku t-- "
" Min Yoonji!!!! " Dahyun berlari mendapatkan Yoonji.
" Apa kau ni.. "
" What? Hari ni kan ada pertandingan.. Waaaa tak sabar nak tengok dorang.. Mesti banyak namja handsome datang kan.. Tee-hee.. " fangirling Dahyun is on. Yoonji hanya diam, malas nak cakap apa apa lagi. Matanya meliar kearah gelanggang yang sudah dipenuhi ramai orang .
Dia tidak nampak Jimin disitu. Abangnya lagi lah dia tak nampak. Yang dia nampak manusia tinggi tinggi belaka disitu. Dasar pendek memanglah senang ditenggelami.
" Jom la masuk kelas, Dahyun. " kata Yoonji mendatar sambil berjalan ke kelas. Dahyun memandang Yoonji yang tiba tiba berubah murung. Senyuman terukir ditepi bibirnya.
***
" Kenapa.. Aku yang kena juga? " keluhnya berat. Dia mengangkat kotak minuman ke atas meja . Yoonji terpaksa menjadi 'sukarelawan' disitu. Alasannya, orang yang sepatutnya kena jalankan tugas itu, sakit masuk hospital. Apa kejadah sampai masuk hospital? Bola keranjang tersekat kat tekak ke? Sempat lagi Yoonji mengutuk.
Dilihat pemain pemain yang masih bermain didalam gelanggang. Tersangat sengit.
Sambil itu, dia ternampak Jimin merebut bola dan dia memberi bola tersebut kepada Yoongi. Seperti yang Yoonji tahu, Yoongi sememangnya kunci utama untuk kumpulan basketball kerana dia pandai target jaring gol dan memasukkannya dengan senang.
Tapi tak boleh lawan dengan kumpulan NBA la. Ahhaha. Joking.
Seperti dijangka, gol Yoongi masuk dan kebetulan masa sudah tamat. Yoonji melihat mata yang mereka dapat .
BST HIGHSCHOOL | SPNT HIGHSCHOOL
95 89
" Wow.. " itu sahaja yang terkeluar dari bibirnya.
" Boleh saya minta airnya? " tiba tiba ada seseorang menegurnya, Yoonji menoleh kearah orang tersebut. Matanya membulat dan jari telunjuknya diangkat.
" F-fetu-- "
" Aip.. Janganlah sebut perkataan tu. Saya dah dewasa, sayang. " dagu Yoonji dicuit dan diambil air botol tersebut. Yoonji hanya mampu diam memandang Jungkook disitu.
Patutlah Jungkook kenal abangnya dan agak gembira bila dengan nama sekolahnya tempoh hari. Rupanya...
" Kenapa diam? Saya nampak hot ke berpeluh ni? " soal Jungkook nakal membuat Yoonji kembali ke realiti.
" Tch.. Diamlah. "
" Ehh marah? Comelnya.. " Jungkook bertindak mencubit pipi kanan Yoonji. Yoonji menampar tangan Jungkook sehingga Jungkook melepaskan cubitannya.
" Boleh tahan jugakan abang awak? Ganas. " kata Jungkook. Dipandang Yoonji disebelahnya.
" Macam adiknya. "
BAK!!
" Adehhhh!!!! "
" Now, u know who is me, Jeon Jungkook. " kata Yoonji selepas dia menghadiahkan penampar ke bahu Jungkook. Berlapik juga bunyinya.
" Janganlah marah haih.. " Jungkook meletakkan tualanya diatas kepala Yoonji dan dikucup sekilas. Yoonji tersentak dengan kelakuan Jungkook.
" Jumpa nanti ya. Annyeong. "
***
Yoongi yang duduk sambil meneguk air mineral, menoleh kearah Jimin yang sedang merenung ke hadapan. Yoongi melihat apa yang dilihat oleh Jimin.
Hampir sahaja air mineral tersembur dari mulutnya melihat apa yang berlaku dihadapan matanya sekarang. Yoongi bangun dan merentap botol mineral erat.
' Budak tu.. Ada hutang lagi dengan aku.! Berani betul! '
Kata Yoongi geram. Ditoleh kearah Jimin dan dia perasan Jimin sedang menunduk. Kecewa? Cemburu?
" Hoi. " seakan tiada nama sahaja Yoongi memanggil Jimin dan menepuk bahunya. Jimin mengangkat mukanya, jelas sekali wajahnya agak kecewa.
" Kau cemburu? " soal Yoongi terus. Air muka Jimin berubah, kening kanannya terangkat. Yoongi mengeluh panjang.
" Aku tahu kau nampak apa yang aku nampak kan? Maksud aku, benda yang berlaku depan kau TADI. " perkataan TADI ditekan. Jimin hanya senyum simpul.
" Susah nak cakap, hyung.. Tu boyfriend baru Yoonji ke? " soal Jimin tanpa malu. Yoongi tergelak kecil, dan menggeleng-geleng kepalanya.
" Entahlah, Park Jimin. Aku sendiri tak tahu hubungan dorang macam mana. " kata Yoongi. Dia melepaskan tangannya dari bahu Jimin dan membelakangi Jimin.
" Tapi, aku tak rasa hubungan dorang lebih dari itu. Jadi,.. " Yoongi menoleh ke arah Jimin dan satu senyuman terukir di bibirnya.
" Aku bagi kau peluang pikat hati adik aku sebelum terlambat. Cepat, aku tengah baik hati ni. " Jimin hanya tersenyum mendengar kata-kata Yoongi.
" Pertama kali saya nampak hyung senyum. Inilah orang kata, kalau orang tu jarang senyum dan bila dia senyum, manis. Terima kasih, hyung. " kata Jimin sambil beredar dari situ. Senyuman Yoongi pudar selepas mendengar kata-kata Jimin tadi.
" Manis ke senyuman aku? "
" Manis sangat, hyung. ^^ " sampuk seseorang dari belakang. Yoongi menoleh ke belakang.
" Kau.. " Yoongi mengangkat tangannya dan...
Tap!!
" Hhhyungggg!!! "
" Apa kau buat dengan adik aku tadi? Aku tak pernah lagi cium budak itu lagi, kau dah rasmikan!? Kau memang tempah keranda ke apa!?? " habis kepala Jungkook dikejarkan oleh Yoongi. Dan Jungkook hanya mampu menjerit kesakitan bercampur gelak ketawa.
***
Yoonji menarik kerusi kerusi ke tepi dan disusun. Dia meregangkan badannya dan melepaskan keluhan berat .
" Ok.. Sekarang, boleh kemas beg then balik rumah! " kata Yoonji selepas kerja kerja nya sudah habis. Dia melangkah keluar dari dewan.
Tap.
" Yoonji. " kepalanya menoleh kearah empunya suara tersebut. Matanya membulat melihat manusia itu.
" J-jim.. "
" Ikut saya? Boleh? " kata Jimin lembut. Automatik Yoonji mengangguk kepalanya tanpa cakap apa apa. Laju woo. XD
» Fast forward..
" Ada apa awak jumpa saya? " soal Yoonji.
" Min Yoonji, sebelum tu saya nak tanya. Awak.. Betul betul sukakan saya? "
" Haa? "
" Atau awak dah ada yang lain? " soal Jimin terusan. Yoonji mengangkat kedua tangannya.
" Kejap! Kejap! Apa yang awak nak cakap sebenarnya Jimin? S-saya tak fahammm! " Jimin mengangkat mukanya dan merenung Yoonji.
" Saya pun tahu malu dan saya nak rasa juga macam mana awak rasa masa awak confess dengan saya hari tu. "
" Whut? "
" Saya nak hubungan kita kekal dan serius. Saya tak nak mainkan perasaan awak sebab saya sendiri terasa macam tertipu dengan perasaan sendi-- "
" Eoh? Awak sihat tak Jimin? " dahi Jimin disentuh tiba tiba oleh Yoonji. Jimin hanya diam, didalam hatinya mengatakan Yoonji susah nak noticed maksud orang -_- .
" Yoonji "
" Jimin, saya betul betul tak faham sekarang. Cara awak cakap tadi macam.. Hmm.. Entahlah.. Apa yang awak cakap? Haa? Bukan hari tu awak kata kita berdua takde apa apa lagi ke? Masa dekat gelanggang. Awak sendiri mengaku depan Yuna and now? Apa? Apa niat awak sebenarnya? Jangan kelirukan saya, Jimin. Cukup saya sanggup jadi anak patung awak untuk beberapa hari ni, saya dah gembira. Tapi lepas kejadian dekat almari tu, awak tak layan saya, kenapa? " luah Yoonji tapi nadanya ditahan supaya tidak tinggi. Nampak macam marah pula.
" Bukan saya tak layan awak.. Saya cuma marah.. Dengan diri sendiri.. " kata Jimin tanpa memandang Yoonji. Yoonji menyengetkan kepalanya.
" Tanpa saya sedari, saya tak dapat kawal diri. " Jimin mengukir senyuman sambil memandang Yoonji.
" Ha? " Jimin hanya tergelak kecil dengan ke'blank'an Yoonji. Dia mendekati Yoonji dan berbisik.
" Saya suka awak, Min Yoonji. Min Yoonji yang comel, suka menangis, hyper active and stalker setia saya. "
HUUUUUU ~~~ J-JIMMIN...
" T-takkan betul betul nangis juga? " soal Jimin sambil mengaru kepalanya. Yoonji yang sedang berair mata itu memandang Jimin.
" M-mungkin.. J-jimin.. T-tak.. F-faham.. T-ta-pi.. SAYA SANGAT SANGAT SANGAT GEMBIRA!!! Terima kasihhh!!!! "
" Hmm.. Mungkin Yoonji tak faham juga.. " ibu jari Jimin menyentuh bawah mata Yoonji yang berair.
" T-tak faham apa? "
" Hmm.. Entahlah.. Tapikan, sekarang baru saya sedar.. Saya ni.. Byuntae juga.. " Jimin tersengih melihat Yoonji.
" M-mwo!!? " Yoonji agak terkejut dengan jawapan Jimin dan menjarakkan dirinya. Jimin hanya tergelak dan dia menarik lengan Yoonji supaya badan mereka berdekat.
" Jadi bila saya ambil kesempatan dekat awak, jangan salahkan saya sebab saya sendiri pun tak tahu. " dagu Yoonji diangkat dan Jimin mendekatkan wajahnya ke wajah Yoonji.
- The End -
Mind to read, vote and comment my recent ff ! ❤❤
And thanks to my readers still support me ! ❤
Love ya!😄😄❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro