+03 | Chimchim
" Jom kita couple? " kata Jimin dengan senyuman manisnya. Yoonji memandang Jimin dengan pandangan tidak percaya.
" Ex-excuse me? Really? " soal Yoonji tidak percaya. Jimin angguk tanda iya.
" Betul ke ni!? " Yoonji lantas bangun mengejut sehingga Jimin terjatuh duduk kerana terperanjat dengan respon Yoonji.
" Err.. Betullah, takkan main main pula. Apalah awak ni. " Jimin bangun dan menyapu belakang seluarnya.
" Semua orang pun dah salah faham, jadi saya pun nak bertanggungjawab juga. Untuk tutup malu awak. Tapi, sampai perkara ni dah reda je ya? " terang Jimin untuk tidak mengelirukan Yoonji lagi. Yoonji tersenyum gembira dan membongkokkan badannya.
" Saya sanggup! S-saya.. Sanggup walaupun sekejap! " kata Yoonji teruja. Jimin tergelak kecil melihat Yoonji, dia menghampiri Yoonji dan menyentuh kepalanya.
" Dahlah jangan sedih lagi. Yeochin saya tak boleh sedih lagi nae? Buruklah. " kata Jimin sambil membelai kepala Yoonji.
" Y-ye-yeah.. " Yoonji mengalirkan air matanya disitu lagi membuat Jimin mengaru kepalanya. Aneh sungguh, dah couple pun nangis lagi.
***
» Kelas Yoonji
Yoonji cepat cepat memasukkan buku bukunya kedalam beg.
" Oi, cepat sangat ni dah kenapa? Tak larilah katil kau tu. " sindir Hoseok. Yoonji tidak melayan dan terus mengangkat begnya keluar dari kelas. Hoseok dan Dahyun saling berpandangan.
" Aku rasa dia masih malu pasal tadi. " kata Dahyun sambil membetulkan ikatan rambutnya.
" Takpe, aku ada plan. " kata Hoseok sambil mengangkat keningnya. Dahyun mengerling kearah Hoseok.
" What? " soal Dahyun. Hoseok tergelak kecil ditepi Dahyun namun jelas jahat gelakannya.
***
» Kelas Jimin..
Jimin keluar dari kelas dan mula memulakan langkahnya beredar dari kelas. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terlihat Yoonji yang sedang melalui jalan yang sama dengannya.
" Yoonji ah! " panggil Jimin. Yoonji mengangkat mukanya dan tersenyum senang melihat Jimin. Ingin sahaja Yoonji menjerit sekuat hati apabila Jimin menyeru namanya.
" TERIMA KASIH SEBAB DAH MAKBULKAN DOA AKU, YA TUHAN. "-MYJ
" Jom balik sama sama? " ajak Jimin. Makin bersinar senyuman Yoonji apabila mendengar ajakan Jimin. Laju sahaja kepalanya angguk.
" K-kajja! "
" Yoonji. " tiba tiba ada seseorang memanggil nama Yoonji.
" Oppa? " soal Yoonji apabila terlihat abangnya, Yoongi sedang berdiri memandangnya.
" Hari ni aku balik lewat, bagitahu omma tau? Aku ada study group kat library. " kata Yoongi dingin. Yoonji hanya angguk faham tetapi wajahnya berubah pelik.
" SEJAK BILA YOONGI SI TIDUR 24JAM NI PANDAI BUAT STUDY GROUP? "
" Jangan buat muka pelik, aku kena paksa je ni. " kata Yoongi dingin. Matanya tertancap kearah Jimin yang memandangnya.
" Jimin, pastikan adik aku ni terus balik rumah nanti tau? Jangan suruh dia pergi mana mana. " pesan Yoongi sebelum beredar dari situ. Jimin hanya mengangguk akur dan senyum.
Yoongi berjalan malas meninggalkan mereka berdua. Yoonji memerhati Yoongi yang semakin jauh dari mereka, kepalanya kuat mengatakan kalau di library, Yoongi akan tidur walaupun ada study group. Plus, library ada aircond. Sedap tidur fuh..
Jimin memandang Yoonji yang mengelamun. Kepala Yoonji ditepuk lembut membuat Yoonji menoleh kearah Jimin.
" Jom balik? "
***
Mereka berjalan beriringan keluar dari blok. Masing masing mendiamkan diri. Tidak tahu nak cakap apa. Tiba tiba mata Yoonji terpandang gelanggang bola keranjang.
" Hum.. Jimin ah. Ha-hari ni awak takde latihan netball? " soal Yoonji gementar. Jimin menoleh dan mengangkat keningnya.
" Netball? " ulang Jimin. Mata Jimin turut memandang kearah gelanggang bola keranjang . Senyuman kecil terukir dibibir.
" Netball.. Ya.. Netba-- ehh.. Bukan! Basketball!! Basketball.. Awak takde latihan ke hari ni? " soal Yoonji kalut. Plus dia malu sebab salah sebut.
" Ahh ~ cuti. Latihan sendiri je sekarang. Ahaha. " kata Jimin. Yoonji hanya meng'oh'kan sahaja. Tiba tiba matanya ternampak satu objek bulat ditepi tiang gol gelanggang.
" Boleh tunjukkan macam mana awak shoot bola? " pinta Yoonji.
" Mana ada bo-- "
" Ni! " Yoonji menayangkan bola keranjang berwarna oren muda ditangannya. Sejak bila dia kutip pun tak tahu.
" Macam mana awak shoot bola? Macam ni? " Yoonji membaling bola itu kearah jaring gol tetapi tidak masuk malahan terlantun jauh.
" Waaaaa!!! Balik sini!! " jerit Yoonji sambil mengejar bola yang tergolek laju itu. Jimin yang memerhati kerenah Yoonji tergelak.
Yoonji kembali kearah Jimin sambil memeluk bola itu. Jimin menghampiri Yoonji dan menghulurkan tangannya.
" Pinjam bola tu. " saat Jimin mengucap kata itu, jantung Yoonji langsung tidak berhenti berdegup.
" N-nah.. " Jimin mengambil bola itu dan mula membawa bola dan shoot secara lay up. Yoonji tercengang melihat skill Jimin dan menepuk tangannya.
Jimin melontar bola ke arah jaring lagi.
" HEY JIMIN! SAYA SUKAKAN AWAK! " jerit Yoonji sekuat hati. Dan saat itu bola tepat masuk ke dalam jaring. Bola itu melantun jatuh kebawah, Jimin memandang kearah Yoonji yang menutup muka.
" Haa? Kenapa tiba tiba menjerit? " soal Jimin, pipinya agak kemerahan namun tidak berapa kelihatan. Malu juga dengar Yoonji menjerit namanya.
" Hehe. Saya.. Saya tak dapat tahan rasa berdebar bila tengok awak. Awak handsome sangat, . " kata Yoonji selamba dan bibirnya tersenyum. Jimin mengangkat keningnya.
" Yoonji pun comel juga. " Jimin mengusap rambut depan Yoonji. Muka Yoonji menjadi semakin merah, dia cepat cepat menjauhkan dirinya dari Jimin.
" Tipulah! Kalau comel, bahagian mana?? " soal Yoonji.
" Itu.. Lelaki je tahu.. " Jimin melebarkan senyumannya dan mengenyitkan matanya. Yoonji tercengang mendengar jawapan Jimin, fikiran negatif mula menerjah ke dalam fikirannya.
" Semacam je maksud awak tu tau? " kata Yoonji, terus wajah Jimin berubah.
" Awak ingat saya fikir apa? "
" Err.. "
" Oh? Negative thinking? Bukan.. Bukan itu maksud say-- " Jimin menafikan apa yang Yoonji maksudkan. Tetapi Yoonji memintas(?).
" Otak chimin negatif!! " kata Yoonji. Jimin membulatkan matanya.
" Chimin? "
" Dari awal lagi saya memang nak sebut nama tu. Saya suka sangat dengan nama chimin . " kata Yoonji gembira.
"OH.. Saya hargai nama tu, tapi.. kurang sesuai la dengan saya. " Jimin mencebikkan bibirnya.
" Kalau tak sesuai, nama awak.. Hmm.. " Yoonji meletakkan jari telunjuknya ke dahi.
" Malaikat mata sepet ke? Tak sesuai. " Yoonji mengeleng kepalanya.
" Kucing sweet? "
" Molla.." Jimin juga meletakkan jari pistol ke dagunya. Seakan berminat untuk memikirkan nickname nya.
" AHHAHAHAHA! COMELNYA AWAK ! BERSUNGGUH-SUNGGUH BERFIKIR NAMPAKNYA! " kata Yoonji sambil tergelak besar melihat Jimin.
" Y-yah! Jangan kata saya comel! Saya tak suka.. " kedua pipi Jimin mulai memerah. Yoonji menoleh dan tersengih.
" kalau macam tu, nama awak chimchim. Senang cerita kan? " Jimin mengerling kearah Yoonji dan memegang dahinya.
" Chimchim!! Meow meow.. " Yoonji terus menerus memanggil nama itu pada Jimin.
" Apa apa jelah awak. Bising betul. " Jimin mengalah dan mencapai begnya dan beg Yoonji.
" Jom balik. " tangan Yoonji diraih dan digenggam erat. Maka kaki Yoonji tergerak mengikut langkah Jimin keluar gate.
" SERIUS AKU KATAKAN, DIA COMEL BILA MERAJUK. "
-
▷ To be continued..
▷ Vote / Comment..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro