+02 | Lets couple
Yoonji tertunduk kebawah, perasaan kecewa mula menguasai minda. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati tapi dia tak dapat keluarkannya.
Jimin mendekati Yoonji dan memegang bahu Yoonji.
" A-awak? " Yoonji mengangkat wajahnya dan jelas wajahnya sangat kecewa.
" Sudah sampai waktu saya ke syurga.. Sia sia je saya berdepan dengan dia kelmarin. " Jimin mula cuak apabila melihat Yoonji layu layu dan berkata yang bukan bukan.
" Mian! Mian! S-saya.. S-saya tak berniat pun nak buat awak salah faham! Mianhae, Y-yoonji sshi! Im very sorry! " kata Jimin cuak. Yoonji memandang Jimin yang berdiri dihadapannya.
" Jadi aku yang salah faham la? "
" Dahyun! Tolong aku! Waaaaa aku dah malu tahap gaban ni!! "
" Kyaaaa!! MALUNYA!!! "
" Maaf untuk kali terakhir, Min Yoonji. Tapi kenapa saya yang awak suka? banyak lagi lelaki lain yang lebih kacak, lebih baik dari saya, jadi cepatlah putus asa and.. "
" Sorry, Jimin. Tapi saya tak pandai dengar alasan orang. " Yoonji segera bangun dan merentap baju Jimin. Dia tidak memandang wajah Jimin kerana dia takut dia akan jadi lemah untuk berkata kata.
" S-saya tak kisah malu ke apa! Nak suka atau putus asa ke biar saya sendiri yang tentukan! Kalau awak betul bencikan saya, tinggalkan saya! T-tapi.. " tangan Yoonji menggeletar tika memegang baju Jimin. Dia masih tertunduk, dia tidak mahu Jimin nampak wajahnya yang seakan mahu menangis.
" Tolonglah.. Sedikit pun dah cukup, berikan saya sedikit harapan. " kata Yoonji sambil mengetap bibirnya. Dia berusaha menahan dari air matanya jatuh. Dia tidak mahu kelihatan lemah sekarang.
BANG!
" Park Jimin!! " pelajar perempuan yang ditarik oleh Dahyun tadi muncul dihadapan pintu. Begitu juga Dahyun dan Hoseok. Dia berlari kearah Jimin dan menolak Yoonji jauh dari Jimin.
" WOI!! BERANI KAU TOLAK YOONJI!!! HOSEOK, ASAH PARANG CEPAT! " Dahyun mulai panas melihat kelakuan perempuan itu. Nasib sahaja Yoonji tidak jatuh.
Hoseok dibelakang mula melakukan kerjanya yang diarahkan tadi. Parang dengan alat pengasah(?) entah muncul dari mana.
" Yuna.. Ada apa? " pelajar yang bernama Yuna itu berdiri dan wajahnya jelas marah.
" Seriously awak couple dengan perempuan ni? Semua nya tipu kan? " Yuna bertindak menunding jarinya ke arah Yoonji.
" Errr.. "
" A-AKU KENA BAGITAHU DIA! "
" DIA TUNDING JARI PULA!! AKU AKAN PASTIKAN SEMUA JARI KAU HILANG! HOSEOK!! DAH SIAP MENGASAH KE??! " Dahyun menoleh Hoseok dibelakang. Mata Dahyun membulat apabila melihat Hoseok sedang makan.
" Apa? Aku lapar lagi la.. " kata Hoseok sambil mengunyah ayam. Dahyun mengetap bibirnya dan penumbuk diangkat ke kepalanya.
" Itu sebenarnya-- "
" Sebenarnya awak akan reject perempuan dengan cara lembut dan akan cakap " Thanks, saya gembira mendengarnya. " kan!? Tapi budak ni yang perasan sangat kan!? Betul kan?! " kata Yuna kuat dan dengan kata kata itu sahaja seolah olah menikam laju ke hati Yoonji.
" WOI!! SIAPA KAU KATA YOONJI MACAM TU!!!? DAHYUN! BAGI AKU GERGAJI CEPAT!! " giliran Hoseok marah, kotak makanan dibiarkan atas lantai.
" Jimin dengan budak tu lansung tak padan! Baik kau cari pasangan yang sesuai dan setaraf kau! " Yuna menunjal bahu Yoonji kuat.
" WOI!!! JANGAN SENTUH YOONJI KAMI !! " Api mula keluar dari mulut Hoseok. ( Tch. Tak pun sebenarnya xD )
Dahyun berlari kearah Yoonji yang sudah mengampai atas lantai. Seolah olah lepas kena tikam samurai. Serupa mayat pun ada.
" Yoonji!! Cakaplah sesuatu. Balas balik cakapan dia tu!! "
" Tapi.. Apa yang dia cakap betul, Dahyun.. Aku sampai tak dapat nak cakap apa apa lagi.. " kata Yoonji lemah. Dahyun menarik Yoonji dan menampar pipi Yoonji.
" Bangun! Bangun! "
" Sanalah, Dahyun! " Yoonji menolak tubuh Dahyun sehingga melayang ke arah Hoseok yang ingin menjadi hulk version kuda. Yoonji memandang layu kearah Jimin yang hanya membatukan diri.
" Jimin.. Tolong.. "
" Aku tak nak kau benci aku. "
" Tolong cakap sesuatu, Jimin. "
" Selain ayat yang berkaitan 'benci'.. "
Yoonji memejam matanya dan memaling ke tempat lain. Tak sanggup nak tengok wajah Jimin lama lama yang langsung tak nak buka mulut.
" Kim Yuna. Kenapa awak lebih lebih sedangkan saya tak ada cakap apa apa pun? " mata Yoonji terbuka, dia dapat mengagak bahawa itu suara Jimin. Tegang. Yoonji menoleh ke arah Jimin yang memandang Yuna.
" Saya rasa awak yang tuduh begitu lagi kejam sebenarnya, Yuna. " Yuna Agak terkejut dengan kata kata Jimin yang serius.
" M-mian.. Tapi say-- "
" Jangan menuduh sesuka hati. Saya tak suka. " kata Jimin. Yuna mengetap bibirnya dan menghentak kakinya. Dia segera beredar dari situ. Malu kot?
" BUUUU IKAN TUNA KENA TEGUR.. " ejek Hoseok. Dahyun mengangkat tangannya dan berhi-5 dengan Hoseok seolah olah menang dalam suatu pertandingan.
" Bagus kau cakap macam tu, Jimin. Ahhaha. " Hoseok memberi thumbs up . Jimin hanya mengeluh kecil dan senyum simpul.
" Well then, Jimin.. Kami akan serahkan Yoonji pada kau pula! Bersenang lenangnya la ya! " kata Dahyun sambil menyiku lengan Yoonji. Lengan Hoseok ditarik untuk beredar dari situ.
" Good luck! " ucap Hoseok dan Dahyun serentak sebelum menutup pintu itu kembali.
KTAK..
Hanya tinggal mereka berdua disitu. Jimin dan Yoonji. Jimin menoleh kearah Yoonji disebelahnya sambil mengaru kepalanya.
" Jadi.. Macam mana ya? Ahhaha.. Err -- " Jimin terkejut apabila kelopak mata Yoonji sudah penuh dengan air mata. Bila bila masa sahaja boleh tumpah ke bawah.
" Y-yoon-- "
" T-thanks.. Saya gembira sangat.. Tak.. Sangka.. A-awak.. per.. pertahankan.. saya... Gomawo.. "
Yoonji jatuh terduduk sambil menutup wajahnya. Jimin hanya memandang kearah Yoonji yang sedang menangis teresak-esak.
" Yoonji ah.. " panggil Jimin sambil bercangkung(?) hadapan Yoonji. Yoonji mengangkat wajahnya dan memandang Jimin. Matanya usah dikatakan sudah merah dan berair.
Yoonji dapat melihat senyuman malaikat Jimin terukir. Mata eyesmile nya kecil.
" Jom kita couple? "
-
▷ To be continued..
▷ Vote / Comment..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro