Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

Haraa memandang lelaki tinggi lampai yang berdiri di hadapan pintu rumahnya.

"Mingyu?" Katanya perlahan namun dapat didengari oleh Jaemin. Jaemin terus menarik Haraa supaya berada di belakangnya.

"Haraa!" Mingyu meluru ke arah Haraa dan cuba untuk mencapainya namun niatnya terhalang apabila Jaemin menepis tangan lelaki itu.

Muka Jaemin berubah menjadi serius. Senyuman sinis terukir di bibir munggilnya.

"Kau buat apa dekat sini? Apa tujuan kau?" Soal Jaemin sambil matanya tidak lepas memandang Mingyu yang merenungnya dalam. Jaemin berada dalam keadaan bersedia. Mungkin dirinya akan diserang bila-bila masa.

Dia sedikit geram apabila berhadapan dengan lelaki yang berjaya mendapat tempat di hati crushnya Haraa. Sedikit sebanyak dia agak terkejut apabila mendapat berita dari Jaehyun berkenaan hubungan Haraa dengan Mingyu.

"Itu bukan urusan kau! Aku datang sini nak jumpa Haraa dan kau siapa nak tahu urusan aku?"

Haraa memandang wajah Mingyu yang sudah pun beralih padanya. Jaemin yang berdiri di hadapannya juga ditatap kejap. Wajah mereka berdua dipandang berulang kali.
Dirinya diam seribu bahasa kerana bingung dengan situasi itu.

"Mingyu. I miss you"

Tetapi ayat itu hanya dipendam di dalam hati. Sungguh dia rindu dengan lelaki itu. Walaupun sudah mengetahui 'rahsia' terbesar lelaki itu, cintanya terhadap Mingyu tak pernah berkurang malah makin bertambah.

"Aku rasa kau perlu pergi dari sini."

Kata-kata Jaemin membuatnya Haraa kembali ke alam nyata. Wajah serius Jaemin ditatap. Mingyu pula hanya berdiam diri. Tidak juga berganjak dari tempat dirinya berdiri.

"Aku takkan pergi selagi aku tak dapat bercakap dengan Haraa." Kata Mingyu dengan nada yang keras.

"Kau-" Jaemin menghayunkan tangannya lalu tepat mengenai pipi Mingyu yang berada dalam keadaan tidak bersedia itu.

Haraa yang melihat situasi tegang itu terus menarik Jaemin jauh dari Mingyu.

"Jaemin, biar saya cakap dengan dia. Sekejap je." Rayu Haraa sambil memegang tangan Jaemin dengan kemas.

"Tapi-"

Kata-kata Jaemin terpotong apabila Haraa terus memeluknya erat.

"Jebal, sekejap je." Jaemin yang terpana dengan perbuatan Haraa sebentar tadi hanya mengangguk perlahan. Melihat anggukan dari Jaemin, Haraa terus berlari ke arah Mingyu. Dipeluk Mingyu dengan erat.

"Gwaenchana?" Soal Mingyu.

Haraa mengangguk laju.

"Kenapa awak datang sini?" Wajah Mingyu ditatap.

"Saya cuma ri-rindu dekat awak."

"Saya pon rindu dekat awak." Kata Haraa sambil mengelap pipinya yang mula dibasahi air mata.

Jaemin yang berada berhampiran hanya mampu berdiam diri. Cuba memujuk hatinya yang sedikit sedih.

"Awak kena hati-hati lepas ni. Ada pihak yang cuba untuk cederakan awak."

"A-apa maksud awak? Saya tak faham."

Jaemin terus meluru ke arah pasangan itu tadi.

"Apa maksud kau? Siapa pihak tu?" Ujar Jaemin dengan marah sambil mencekik baju Mingyu.

"Aku tahu. Mafia TBZ. Aku dah selidik group tu dari semalam. Aku cuma nak beritahu dengan korang NCT yang musuh korang sekarang ialah TBZ dan merangkap musuh aku." Mingyu berkata dengan geram.

Bukannya Mingyu tak sedar dengan surat yang sampai ke rumah mereka. Dia juga tahu yang Seventeen melarangnya berjumpa dengan Haraa kerana bimbang akan keselamatannya. Dia tidak peduli, apa yang penting Haraa mestilah selamat.

"TBZ?? Ke-kenapa dia nak saya?"

"Dia nak awak semula Haraa." Ujar Mingyu perlahan.

"Apa kau merepek ni? Kenapa dia nak Haraa?" Soal Jaemin yang semakin panas.

"Itu aku tak pasti. Yang pasti group tu yang sedang cuba cari Haraa sekarang."

Jaemin terduduk. Perkara yang didengarkan sebentar tadi harus dilaporkan kepada Jaehyun dan NCT sebab Haraa dalam bahaya! Haraa pulak hanya terdiam membisu.

"Apa dah jadi dengan hidup aku ni?  Manakah kedamaian dalam hidup aku yang dulu?"

Getus hatinya.

Skip

Kelihatan Jaehyun sedang duduk di atas sofa sambil memandang wajah Mingyu yang duduk bertentangan dengannya.

"Kau pasti dengan maklumat kau tu?"

"Aku pasti. Seharian aku ikut si Juyeon tu dan memang sah diorang ada rancang sesuatu. Diorang tunggu masa je untuk bertindak."

Perbualan mereka berdua terganggu apabila Jaemin tiba di ruang tamu tersebut.

"Haraa dah tidur hyung. Mungkin terkejut dengan apa yang terjadi hari ni."

Jaehyun mengangguk. Jaemin merebahkan punggung di sebelah Jaehyun. Muka hyungnya dipandang.

"Kenapa diorang nak Haraa hyung?"

Jaehyun dan Mingyu mengeluh laju.

"Lee Jaehyun ingin ambil semula hak dia."

"Si Hyunjae tu? Kenapa dengan dia? Apa yang Haraa dah ambik dari dia?" Wajah Mingyu ditenungnya.

"Jaemin, Haraa ialah adik kandung dia."

"APA?!"

TBC~

Huhu cerita ni semakin rumit gais hahahahaha. Nak tau macam mana si Haraa tu boleh jadi adik Jaehyun. Kena tunggu for next chap okay?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro