Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Author's pov

"Excuse me."

Haraa segera menuju ke arah seorang lelaki yang memanggilnya sebentar lagi.

"Ya encik, boleh saya bantu?"

Sehelai kertas dan sebatang pen comel dikeluarkan dari poket bajunya. haraa bersiap untuk menulis pesanan dari pelanggan pertamanya.

"Can I have a glass of orange juice please?"

"Sure. Anything else sir?"

Tanya Haraa lagi sambil tangannya laju mencatit di kertas pesanan yang dipesan lelaki tadi.

"How about your phone number?"

Haraa yang sibuk menulis terhenti serta merta. Dahinya mula berkerut dan cuba untuk menafsir kata-kata lelaki tadi. Bukannya dia tak faham bahasa inggeris tapi maksudnya menyebabkan dia berfikir lama.

"Pardon me?" Katanya setelah beberapa saat berdiam diri.

Haraa bukan mendapat jawapan, malah lelaki tadi hanya tertawa kecil. Lagilah muka si Haraa tu jadi berkerut.

Melihat muka Haraa yang menjadi semakin berkerut, lelaki itu mula berhenti ketawa.

"Itu sahaja." Katanya yang seakan-akan ingin ketawa semula.

Haraa yang sedikit kebingungan hanya mengangguk perlahan dan meminta diri untuk menyiapkan pesanan.

Haraa's pov

Jus oren yang dipesan sebentar tadi aku letak elok di atas dulang. Selesai je meletakkan penyedut minuman di dalam gelas tersebut, aku segera pergi ke meja pelanggan yang memesan minuman itu tadi.

"Your order, sir"

Kataku penuh hormat sambil meletakkan jus oren ke atas meja dengan penuh berhati-hati.
Aku baru sahaja ingin meninggalkan meja tersebut, tapi kakiku terhenti apabila lelaki tadi bersuara.

"Maaf, tadi saya hanya bergurau."

Lelaki tadi berkata sambil senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Btw, saya Lucas. Nak panggil sayang pon boleh. Hahaha."

Wow so flirty. Aku rasa macam pernah tengok muka dia. Tapi di mana ya?

Ah.. Tak kisahlah. Sekarang dia pelanggan aku. Jadi kena layan dia elok-elok.

"Ouh, baiklah Lucas. Saya pergi dahulu. Gembira bertemu dengan awak."

Aku segera menuju ke arah beberapa orang pelanggan yang baru sahaja masuk ke cafe ini.

Author's pov

Kelihatan Lucas hanya tersenyum dan melihat Haraa yang berlalu pergi dari mejanya.

Lantas itu, dia mengeluarkan iphonenya yang terletak elok dalam poket seluar jeansnya. Satu nombor didailnya dan beberapa saat kemudian panggilan telefonnya diangkat.

"Hyung, Haraa dah ada dekat cafe ni."

Kelihatan Lucas mengangguk sambil matanya memandang Haraa yang sedang sibuk melayan pelanggan.

"Takpe hyung, semuanya selamat. Don't worry, nanti si Yangyang pulak yang datang."

Panggilan telefonnya dimatikan.

Situasi Jaehyun

Kelihatan Jaehyun meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

"Kau ni bimbang sangatlah. Haraa pergi kerja je. Lucas tu dah ade dekat sana kan. Pandai-pandailah dia tengokkan."

Jaehyun memandang lelaki yang berambut blonde itu. Dia mengeluh perlahan.

"Aku bukan ape Yuta hyung, aku risau jelah. Sekarang ni memang okay, kalau esok lusa camne? Tak tenang aku dibuatnya."

Jaehyun menyapu rambutnya yang menutupi dahi licinnya ke belakang diikuti dengan bunyi keluhan.

"Takpe hyung, kitorang ada, kitorang akan cari maklumat tentang orang yang ganggu Haraa tu."

Muka Mark ditengok sekilas. Dengan perlahan Jaehyun mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

Situasi Mingyu

"Hyung, kau nak pergi mana?"

Kelihatan Seungkwan bertanyakan kepada Mingyu yang sedang mengikat tali kasutnya dan bersedia untuk keluar.

"Aku nak keluar kejap. Nak hirup udara segar."

Kata Mingyu tanpa memandang wajah Seungkwan yang berdiri di hadapannya.
Mingyu berdiri lalu menuju ke arah pintu.

"Kau nak pergi jumpa perempuan tu kan?"

Mingyu memusingkan badannya dan melihat Jeonghan yang  datang entah dari mana.
Mingyu hanya berdiam diri dan terkaku di situ. Macam-macam soalan yang bermain di fikirannya.

"Macam mana hyung tahu?"

"Kau kena ingat Gyu, perempuan tu adik kepada Jaehyun, musuh NCT kita." Kedengaran suara Wonwoo pula berkata.

Mingyu hanya tersenyum senget. Wajah kedua-dua hyung dan Seungkwan ditatap.

"Macamlah Gyu tak tahu yang Scoups hyung dah suruh Hoshi ngan Jun hyung culik Haraa."

'Gyu, kitorang-"

"Jangan pernah libatkan dia dalam masalah ni. Musuh kita NCT bukannya dia."

Kata Mingyu lalu berlalu meninggalkan mereka tidak sempat berkata-kata.

"Mingyu dah buta hyung. Sebab cinta." Kata Wonwoo sambil mengeluh.

"Takpe, nanti kita cakap dengan dia elok-elok" Jeonghan menepuk lembut belakang Wonwoo yang berdiri di sebelahnya.

Kelihatan Jeonghan berkerut memikirkan sesuatu.

"Macam mana aku nak bagi tau dekat Mingyu ni?"

Flashback

"Jeonghan, budak Mingyu tu ke mana? Jenuh aku nak cari."

Kelihatan Joshua mencari kelibat Mingyu di dalam ruangan rumah besar mereka.

"Kenapa Shua? Kenapa cari dia.?"

Joshua menghulurkan sepucuk surat kepada Jeonghan. Surat itu terus dibuka.

"Kalau kau nak selamat. Jauhkan diri dari Haraa atau kau akan mati, Mingyu."
-LJH-

"Siapa hantar surat ni Shua?"

"Aku pon tak tahu. Aku jumpa surat ni dekat pagar rumah tadi. Haraa tu adik si Jaehyun kan? Siapa pulak yang dengki ni?"

"Aku pon tak tau Shua. Misi culik dia hari tu pon tak jadi. Scoups pon tak bagi kita kacau diorang lagi sejak hari tu."

"Kenapa pulak?"

"Taeyong dah bincang dengan Scoups. Diorang mintak tolong dari pihak kita."

"Eh mintak tolong apa pulak?" Soal Joshua sambil menggaru kepalanya.

"Ade orang ganggu Haraa dan bukan orang kita yang terlibat."

"Maknanya ada pihak lain dalam masalah ni? "

Jeonghan mengangguk perlahan. Sempat dia bermonolog di dalam hatinya.

"Siapa LJH dan kenapa dia hantar surat tu?  Adakah dia yang NCT maksudkan?"

Lamunan Jeonghan terhenti apabila Wonwoo memanggilnya.

"Hyung okay?" Jeonghan hanya mampu mengangguk perlahan.

Tbc~








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro