Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Haraa's pov

Selepas melihat kereta Mingyu yang berlalu pergi, aku terus menuju ke arah pintu di mana Jaehyun oppa setia menungguku.

Jaehyun oppa terus masuk ke dalam rumah dan aku mengekorinya dari belakang. Pintu rumah ku tutup. Jaehyun oppa terus duduk di atas sofa sambil memandang tv yang tidak terpasang. Nampak serius. Mungkin stress kerja kot.

Aku berniat ingin terus masuk ke dalam bilik. Baru beberapa langkah kakiku berjalan dan ingin memijak tangga yang pertama, niatku tadi terbatal apabila mendengar namaku dipanggil.

"Haraa, oppa nak cakap sikit ni"

Muka dia masih macam tadi. Berkerut je..  Macam sedang berfikir.

Aku segera meluru ke arah sofa dan duduk betul-betul di sebelah kanannya.

"Apa dia oppa? Oppa ade masalah ke? Nampak berkerut je dari tadi." Soalku ambil berat.. Yelah nampak berkerut sangat muka dia tu.

"Oppa ada sesuatu nak beritahu Haraa..  Jadi Haraa kena dengar betul-betul apa yang oppa nak cakap ni." Kata Jaehyun oppa dengan pandangan yang serius.

Mak aih.. Serius sangat ni.. Berdebar pulak aku tengok muka oppa yang serius ni.

Jaehyun oppa meraih lalu memegang tanganku lembut. Makin hairan aku dibuatnya.

"Haraa tak boleh bersama dengan Mingyu"

Masa terasa seakan berhenti buat seketika. Jantungku yang tadinya hanya berdegup normal berubah kencang. Terasa akan susah untuk bernafas.

"Er.. Apa maksud oppa?"

Sungguh aku tak paham. Kenapa baru sekarang oppa tak setuju aku dengan Mingyu? Kenapa perlu waktu aku dah betul - betul cinta dan sayangkan Mingyu?!!

"Dia bukan lelaki yang terbaik untuk Haraa. Oppa kenal sangat dia Haraa..  Dia tak sesuai untuk Haraa."

"Apa maksud oppa? Kenapa oppa cakap macam tu?"

Kelopak mataku mula bergenang air mata. Bila-bila masa je akan tumpah. Sungguh aku rasa terus hilang semangat. Salahkah aku menyintainya?

"Itu Haraa tak perlu tahu. Yang pasti, dia bukan terbaik untuk Haraa ye sayang?"
Suara oppa seakan memujukku.

"Salah ke Haraa cintakan Mingyu? Salah ke Haraa suka kat dia?"

Air mata yang ku tahan akhirnya jatuh jua. Aku rasa nak menangis! Aku rasa nak meraung sekuat hatii!!

Muka Jaehyun oppa yang serba salah ku pandang. Dia menghembus nafas panjang. Keadaan menjadi diam seketika sehingga suara Jaehyun oppa kedengaran.

"Haraa.. Mingyu tu seorang mafia. Jadi, dia seorang yang merbahaya untuk Haraa."

Aku yang menangis terhenti seketika. Betul ke apa yang aku dengar ni? Seakan bunyi petir berdentum dalam hati kecilku yang hampir remuk ini.

"Ma.. Mafia?"

Wajah Jaehyun oppa ku pandang. Dia mengangguk perlahan. Mingyu pernah cakap yang kerja dia sama macam Jaehyun oppa. Adakah oppa dia pon seorangg --? Macam-macam soalan yang bermain kat fikiran aku sekarang ni.

"Oppa tau apa Haraa fikirkan. Ye..  Oppa pon seorang mafia jugak. Dan Mingyu tu musuh utama oppa."

"What!?"

Akhirnya, segala persoalan di fikiranku telah terjawab dengan hanya satu perkataan iaitu mafia.

"Maafkan oppa sebab baru sekarang oppa bagitau Haraa."

Aku segera ditarik di dalam pelukannya. Sepatutnya aku merasa lega apabila oppa jujur kepadaku.. Namun, kenapa aku berasa sebak? Adakah sebab Mingyu merupakan musuh oppaku?

"Oppa buat macam ni, sebab oppa sayangkan Haraa. Haraa je satu-satunya ahli keluarga yang oppa ada. Oppa tak nak apa-apa berlaku dekat adik oppa ni"

Kata Jaehyun oppa dengan suara yang lemah. Kata-kata oppa itu berjaya membuatkan aku menangis lagi.

"Haraa faham" aku terus menangis sehingga aku terlena dalam pelukan seorang abang.

Continue

Sorry sebab Lama tak update.. Huhu. Ira semakin sibuk kebelakangan ni.. Btw please enjoy! ♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro