Bab 5🌟
🌹
"Saya tak nak jumpa awak lagi, Seok. Sudahlah, lupakan saya, saya benci awak"
Kata- kata Yuna buatkan Jung Hoseok laju mengangkat wajahnya. Dia sudah berubah riak, perasaan sudah bercampur baur, tapi lelaki itu masih cuba untuk berlagak tenang. Sakit? Memang sakit.
"Tapi kenapa? Saya ada buat salah ke? Kalau ada, saya nak minta maaf" Hoseok berkata perlahan, wajah Yuna yang sudah merah padam dipandangnya. Nampak macam gadis itu sedang menahan marah yang akan terhambur bila- bila masa sahaja.
"Awak tanya saya apa salah awak?"
"Yuna, saya tanya sebab saya tak tahu. Apa yang buatkan awak rasa tak puas hati dengan saya? Saya ada buat salah ke? Saya minta maaf kalau ya pun ada salah saya terhadap awak." Hoseok mengetap bibir, rasa sakit dihatinya cuba ditahan. Sedikit terkesan bila Yuna memandangnya dengan pandangan tak suka.
"Apa hubungan awak dengan kakak saya? Saya baru dapat tahu yang dia mengandung, dan dua hari lalu dia datang jumpa saya dan cakap awak yang minta dia gugurkan kandungan dia"
Kata- kata Yuna bagaikan petir yang memanah Hoseok, hampir saja dia ingin jatuh terjelepok dari atas kerusi mendengarnya. Sungguh dia tak percaya.
"Apa maksud awak ni, Yuna? Kakak awak? Mengandung? Saya yang minta dia gugurkan? Awak percaya cakap dia? Bulat- bulat tanpa bukti?" giliran Hoseok pula menyoal. Bibirnya diketap geram.
"Jadi awak nak cakap anak tu bukan anak awaklah? Kakak saya yang murah?"
"Yuna.. semua tu perlukan bukti. Memang saya pernah dekat dengan kakak awak, tapi taklah sampai macam tu. Saya masih waras, saya masih ada otak untuk berfikir benda elok dan tak elok" jawab Hoseok, jantungnya sudah berdebar kuat. Wajahnya merah menahan marah. Dia tahu, marah tidak boleh selesaikan suatu permasalahan, dan sebab itulah dia diamkan diri sahaja.
"Jadi, awak nak cakap kakak saya tak ada otak? Tak waraslah, macam tu?"
"Yuna, awak memang dah tak percayakan saya ke?"
"Bukan tak percaya Seok, awak yang mula dulu, awak mula rapat dekat kakak saya sejak sebulan yang lalu. Saya sedar, Seok. Mungkin awak dekat dengan saya sebab nak berkenalan dengan kakak saya.." Terang Yuna dengan wajah kecewanya. Lidah Hoseok kelu.
"Ya tuhan, Yuna. Kenapa awak fikir sampai ke situ? Kakak awak kan pekerja saya? Memang wajarlah saya rapat dengan dia bila saya dapat tahu yang dia kakak awak" Hoseok menggeleng- gelengkan kepalanya. Keningnya diurut. Makin dilayan, makin bertambah sakit dikepalanya.
"Sudahlah Seok, saya tak nak teruskan hubungan ni lagi. Tolong jangan jumpa saya lagi, lupakan saya. Terima kasih untuk semuanya." Yuna mencapai tas tangannya sebelum berdiri tapi langkahnya terbantut bila Hoseok berkata sesuatu.
"Yuna, kalau awak dah tak cintakan saya, awak boleh terus terang. Saya boleh terima, tapi kenapa tuduh saya dengan perkara yang saya tak mungkin buat? Saya tahu awak dah jalinkan hubungan dengan dia, dan dia ada rupa. Berbanding saya? Apalah yang ada dekat saya ni kan?
Kacak pun tak. Huh, kalau awak rasa dia mampu berikan awak segalanya, awak salah, dia tak mampu berikan awak cinta. Cinta dia dengan cinta saya takkan sama. Saya cintakan awak, Yuna, sampai bila- bila. Terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan saya walaupun terpaksa.."
Hoseok berdiri, tangannya ingin menyentuh tapak tangan Yuna tapi dia kembali menarik tangannya kerana dia tahu, Yuna tak mungkin sudi untuk menyentuh tangan lelaki yang rendah tarafnya itu.
"Seok.."
"Mungkin, saya tak mampu berikan awak segalanya, tapi saya tinggalkan cinta saya untuk awak. Terima kasih dan selamat tinggal, cinta.."
Yuna terdiam, kata- kata Hoseok sungguh tajam dan menyentuh tangkai hatinya. Perlahan- lahan air matanya jatuh ke pipi.
"Seok.."
"Sayang, menungkan apa tu?" Teguran dari Hoseok serentak sofa yang diduduki Yuna menjadi berat sebelah kerana kehadiran lelaki itu. Gadis itu menggeleng. Bibirnya mengukir senyum tipis. Lantas kepalanya disandarkan pada bahu Hoseok.
"Cerita awak pasal semalam tak habis lagi.."
"Pasal apa?"
"Pasal kitalah.."
"Ohh, okay. Saya sambung eah?"
.
.
Eum.
Rasanya siapa yg lagi sakit?
Hoseok ke, Yuna?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro