Bab 2🌟
🌹
"Sayang, tempat ini adalah tempat pertama kali kita berjumpa, ketika tu awak cuai sangat. Tinggalkan dompet lagi.."
"Yang mana eah? Sorry, saya betul- betul lupa"
"It's okaylah sayang. I'll feel free to tell it to you.."
.
.
.
Gadis berambut pendek paras bahu tersebut melangkah keluar dari restoran makanan segera setelah melirik ke arah jam tangannya.
Baru beberapa langkah dia telah jauh dari restoran tersebut, barulah dia teringat akan sesuatu. Poket seluar jeans diraba, tas tangan diselongkar.
"Aduh, mana pulak dompet ni?"
Dengan terpaksa dia melangkah semula ke restoran. Tempat dimana dia menikmati ramen seafood tadi diperhati. Sudah ada tetamu yang duduk disana. Dia mengetap bibir.
"Em, boleh saya tanya?"
Lelaki tersebut mendongak, dengan cepat phonenya dimatikan. Lelaki itu mengukir senyum buatkan gadis dihadapannya kelu seketika.
Senyuman itu..
"Ada apa ya?"
"Erk, min- minta maaf kalau saya menganggu. Awak ada nampak dompet saya tak? Saya makan kat area ni je. Tercicir kot"
"Dompet? Ahh yang warna biru muda tu ke?"
"Ya, ya! Itulah dompet saya. Dekat mana awak nampak?"
"Kejap, saya berikan pada owner restoran ni tadi. Tunggu ya, saya panggil dia kejap"
Lelaki tersebut berdiri sebelum melangkah ke kaunter pembayaran untuk bertanyakan soal dompet tadi. Keluhan lega terlepas dari bibir gadis tersebut bila dompetnya berada di tangan lelaki itu.
"Ini dompet awak, kan?"
"Ya, terima kasih banyak! Kalau awak tak keep tadi. Tak tahulah saya nak buat apa lagi"
"Tak ada masalah. Awak tu jangan cuai sangat" pesannya buatkan sang gadis menunduk kerana malu.
"Em, thank you"
"Your welcome."
Mereka berjabat tangan. Senyuman bertukar senyuman. Gadis itu merenung, lelaki itu menyisip senyum.
"Nak kemana lepas ni?"
"Nak kehati awak- Ehh bukan!! Nak ke Bakery saya. Hisy!"
"Ke hati saya?"
"Tak ada apalah. Saya pergi dulu. Terima kasih untuk dompet ni dan.."
Gadis tersebut mengemam bibir bila lelaki itu meraup rambutnya ke belakang.
"Hati saya?"
Sang gadis terkebil- kebil. Dia menggeleng kecil sebelum berlari keluar dari restoran tersebut dengan jantung yang berdegup kencang.
Lelaki itu hanya memerhati dari tingkap restoran yang jernih. Dia tersenyum kecil seraya menggelengkan kepalanya. Penyepit rambut berbentuk bunga mawar yang tergeletak diatas lantai itu dia capai.
"Cuainya.."
Dia senyum lagi, menampakkan lesung pipitnya sebelum memasukkan penyepit rambut kedalam poket jaketnya.
Hey girl,
Where did you come from?
Don't lie, I know you're an angel
What are you?
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro