Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12-Final🌟

🌹

Dua bulan kemudian..

Choi Yuna menjenguk- jenguk keluar bilik. Kelihatan Hoseok sedang melangkah naik ke tingkat atas sambil membawa satu dulang bubur ayam untuknya. Yuna sudah senyum simpul.

Dia kembali berlari masuk kedalam bilik lalu berbaring diatas katil. Pintu bilik dikuak sebelum Hoseok masuk kedalam bilik. Senyuman diberikan kepada gadis itu.

"Masih sakit kepala ke sayang?" soal Hoseok lembut. Yuna cuma mengangguk kecil. Hoseok mengeluh, dia letakkan dulang diatas meja lampu sebelum bubur dia bawa ke Yuna. Punggung dilabuhkan dibirai katil.

"Hem.. kenapa boleh jadi macam tu? Sayang ada makan benda- benda tak elok ke? Atau tak makan langsung?" soal Hoseok. Yuna menggeleng, tapi bibirnya tidak lengkang dengan senyuman. Pelik Hoseok jadinya.

"Dahlah, sini saya suapkan sayang.." lembut saja Hoseok berkata sebelum menyuakan sudu bubur ayam kepada Yuna. Dua tiga sudu masuk kedalam mulut, Yuna menggeleng tanda tak mahu.

"Seok-ah." panggil Yuna bila lelaki itu memalingkan wajah untuk meletakkan mangkuk bubur diatas meja lampu. Hoseok cuma jongket kening.

"Hem?"

"Saya mengandung."

"Mwo?" bagai sudah tahu dengan reaksi yang akan diberi Hoseok. Yuna ketawa kecil, pipi Hoseok yang masih terkejut dia tekup dengan kedua tapak tangan.

"Saya mengandung, seokkie. 2 minggu.." bisik Yuna lembut buatkan Hoseok menarik Yuna kedalam pelukan. Ya tuhan, gembira dia tu tak terkata!

"Ya tuhan, sayang. Kenapa tak bagitau saya? Bila awak buat checkup?" soal Hoseok bila pelukan terlerai. Mata Yuna dipandangnya dalam- dalam.

"Tadi, masa seokkie pergi kerja." jawab Yuna dengan senyuman. Hoseok senyum lebar, diwajahnga tergambar wajah yang gembira tak terkata. Sekali lagi Yuna isterinya ditarik kedalam pelukan.

"Thank you, sayang."

"Your welcome, seokkie." bisik Yuna, dia balas pelukan Hoseok dengan erat.

Ya, itulah permulaan cerita hidup baharu kami bersama little seokkie. Aku mulai menerimanya sebagai suami aku dengan sepenuh hati. Dia juga belajar kekurangan aku dengan sepenuhnya.

Terima kasih, Seok sebab ajar aku untuk tidak melepaskan kau dan beri aku peluang untuk bahagiakan kau, terima kasih, seok..

-The End-

Maaf kalau ending dia sedikit mengecewakan.😣
Eum, thank you for reading and voting.😚♥

Cast;

Jung Hoseok

Choi Yuna


ELPIS - Jung Hoseok
12/12✔
23.12.2019
Monday.

Papai😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro