Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10🌟

🌹

“Ricky, maafkan saya..”

Yuna menaburkan bunga diatas kubur buat Ricky. Dia menangis lagi. Kalau bukan dia yang mendesak lelaki itu untuk keluar menemaninya berjalan- jalan di Gangnam. Semua ni tak mungkin akan berlaku.

Yuna duduk melutut dihadapan kubur Ricky. Kali ini dia tidak menangis. Buat dia hendak menangis kalau perbuatan itu tidak akan dapat membuatkan Ricky hidup semula?

Sekarang yang dia perlu lakukan adalah memohon maaf kepada Hoseok. Lelaki yang sudah banyak berbuat jasa kepadanya.

“Hoseok, tunggu saya.”

...

“Huh..

Hoseok mengeluh perlahan. Penyepit rambut milik Yuna dia belek perlahan. Dia bukannya marah pun pada gadis itu, dia cuma terkilan. Sanggup Yuna membelakangkan dia soal perkara tersebut?

Kalau Yuna memberitahunya lebih awal, bukannya itu benda baik? Yuna seakan mahu memperbodohkan dirinya sahaja. Sengaja mahu mempermainkan hatinya dalam diam.

“Yuna..”

“Tolonglah balik, sayang. Saya rindukan awak..” bisik Hoseok, penyepit rambut berbentuk bunga mawar itu dia buka dan tutup.

“Saya tak marahkan awak langsung.. Tolonglah jangan seksa hati saya buat kali yang kedua..” kata Hoseok.

Dia rebahkan tubuhnya diatas katil, dia penat berharap kepada sesuatu tak pasti.

Kalau Yuna menginginkan perpisahan, dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Asalkan, Yunanya bahagia..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro