21 :: Pening
"Joshua, em maksud saya tuan.. Saya balik dulu la ye" ucap Haemin dengan lembut sambil mengemas begnya.
"Nak aku hantar?"
"Tak perlu, susahkan tuan je.. Tuan jaga Yeseol ni, saya boleh balik naik teksi"
Joshua memandang Seungcheol yang sedang mengusap usap pipi Yeseol.
"Seungcheol, kau nak balik dah kan?"
"Haah, sekejap lagi aku baliklah.. Bini tunggu dekat rumah"
"Sejak bila kau ada bini hanat"
Seungcheol dan Joshua ketawa. Haemin nak turut ketawa tapi malu. Hoho, nanti menyemak pula.
"Tumpangkan Haemin"
"Ehh tak payah" segera Haemin membantah.
"Takpe Haemin, saya boleh hantar awak balik" kata Seungcheol.
"Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, it's okay saya boleh balik sendiri" dengan pantas Haemin mengucup pipi Yeseol.
"Saya pergi dulu"
Haemin terus berlalu pergi seperti peleset.
"Wuish laju mat"
"Hmm degil"
Joshua mengelengkan kepalanya. Datang hospital tadi naik dengannya terpaksalah gadis itu naik bas. Nak dihantar sudah ditolak.
Haemin menarik nafas lega. Nasiblah Joshua tak kejar ke apa.
Tiba - tiba kepalanya rasa sakit. Pening semacam.
Ting!
Tuan Bossku Sayang 💕
Hati - hati bakal isteri saya..
Pipi Haemin memerah malu.
Haemin berfikir sejernak sebelum menghantar tanpa sedari, tangannya tertekan send.
Me
Aip aip captain bakal suami
Mahu sahaja Haemin menjerit. Dia mahu padam mesej itu namun Joshua lagi cepat baca.
"Aaaaa!!!" Jeritan terlepas jua.
Semua orang memandangnya.
Haemin tersengih dan berjalan laju menuju ke bustop.
Malu anjai.
Kepalanya berdenyut denyut kembali. Jantungya berdegup laju. Pernafasnya tersekat. Perutnya berbunyi menandakan perutnya kosong. Dahi sudah menitik di dahi.
Haemin mengadu kesakitan dan memegang perutnya.
Ya tuhan, sakitnya..
Pandangan mata Haemin semakin lama semakin gelap.
Bukkk.
Badannya jatuh.
"Cik.. Cik..."
•••
"Tadi aku suruh tumpang Seungcheol taknak, nasib ada manusia baik tolong kau" bebel Joshua. Haemin tersengih dan berjalan lemah ke kereta Joshua.
Dia dibantu oleh seorang lelaki muda dan dibawa ke hospital.
"Takde apalah tuan, tadi saya tak makan sebab itulah saya pengsan"
"Aku nak suap kau makan bekal mama tadi kau tak nak.. Speak of makan, dah makan ke belum?" Haemin tersengih sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"You're very very degil Haemin,jom aku belanja makan"
"Takpelah tuan, saya nak balik cepat hari ni"
"Kalau macam tu aku bungkuskan"
Tanpa mendengar balasan dari Haemin, Joshua terus meninggalkan gadis itu. Takut Haemin menolak. Senyuman manis terukir di bibir Haemin. Sayang juga dia kat aku.
"Perempuan jalang!" Entah dari mana, Mina datang dan menolak tubuh Haemin dengan kuat sehingga menyebabkan Haemin terjatuh ke lantai.
Haemin pun ber-bombastic side eye kepada Mina.
Perempuan gila ni nak apa sia.. tiba tiba je serang aku , dia ni kalau aku lempang berterabur gigi.. kutuk Haemin di dalam hati.
"Kau nak apa lagi Mina, tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba serang aku.."
"Kau! Kau kan yang pura pura terjatuh tu kan? Lepastu tunang aku si Han tu tolong kau"
"Lah tunang kau ke?"
"Ha iyalah! Kau memang perempuan jalang! Dasar perempuan tak tahu malu! Perempuan tak ada maruah! Perempuan sundal!" hambur Mina sehingga terpecik air liur ke muka Haemin.
Eh eh perempuan ni.
"Woi mulut kau, biadap ye.."
"Fakta, kau tu gatal! Dahlah tidur dengan suami orang, goda suami orang ni kau nak rampas tunang aku pula?" Mina memusingkan anak matanya , menyampah.
"Aku tak mainlah rampas boyfriend orang lagi lagi orang tu boyfriend kau.. sebab aku tahu taste kau biasa biasa je kan? Kau ingat aku hadap sangat ke si Han tu tolong aku? Dia nampak aku pengsan, dia tolonglah dia baik hati bukan macam kau" Mina terkedu. Berani pula Haemin membalas kata - katanya. Dulu masa ditempat kerja, senyap je bila Mina buli dia.
"Ouhhh kau berani dah sekarang"
"Of course, lagipun aku bukan kerja bawahan kau lagi so kenapa pula aku kena hormat kau?" Mina menjeling Haemin, rambut Haemin ditarik dengan kuat dan penuh dendam. Hampir botak rambut Haemin dibuatnya. Haemin mengerang kesakitan.
"Sakitlah Myoui Mina!!"
"Padan muka! Lagi sakit hati aku ni tau!"
"Eh babi, sakitlah shibal!"
Dengan segala tenaga yang ada Haemin menolak Mina supaya melepaskan tangannya dari terus menarik rambut Haemin.
"Kau jangan sampai aku saman kau Myoui Mina!"
"Samanlah! Kisah pula aku?!" Mina menolak bahu Haemin. Air mata ditahan sebaik mungkin dari jatuh ke pipi.
"Kau ni dahlah anak yatim piatu, tak ada mak bapak.. lelaki pun tak nak dekat kau, dahlah sundal , selekeh nak mampus.. gatal! perampas!" Mina menunjal nunjal dahi Haemin berkali kali. Haemin hanya diam dan tidak membalas apa - apa. Air matanya jatuh juga ke pipi.
"Auwww, i see a tears! Kau ni lemah betullah Haemin.. tak payah jadi manusialah Haemin, kau pergi bunuh diri jelah, kau hidup pun tak guna.. apalah yang kau harapkan sangat dalam dunia ni.. mak bapa takde, sebatang kara, suami takde .. yang ada cuma perangai jalang kau tu je.. no wonder your parent died sebab anak dia ja-" Kata kata Mina terhenti apabila tangan Haemin hinggap di pipi Mina. Mina yang baru sahaja ditampar oleh Haemin memandang gadis itu dengan wajah yang tidak percaya. Tamparan Haemin sangat sangatlah kuat, merah seperti memakai blusher.
"Kau nak hina aku silakan tapi kau jangan sesekali babitkan mak bapa aku, kalau sekali lagi aku dengar kau mempersendakan, merendahkan mak bapa aku ,aku tak teragak agak untuk lempang kau sampai kau mampus" Haemin memandang wajah Mina dengan tatapan tajam.
"Berani kau tampar aku ya?" Mina mengangkat tangannya untuk menampar Haemin tetapi ada satu tangan yang menahan Mina dari menampar Haemin. Haemin memandang figura yang menahan tangan Mina.
Joshua...
"Kau ni siapa?!"
"Aku kekasih Haemin, kau dah kenapa nak tampar tampar kekasih aku?" soal Joshua sambil menggenggam pergelangan tangan Mina dengan kuat, geram pula rasanya.
"Shit! Lepaslah!" Mina meronta-ronta untuk dilepaskan. Perlahan-lahan Joshua melepaskan tangan Mina.
"I don't know what is your relationship with my love but it's seem like you bullied her.. lagi sekali kalau aku nampak kau sentuh Haemin, kau akan jumpa aku dekat mahkamah" Mina menjeling tajam ke arah Haemin , dia berlalu pergi meninggalkan Haemin dan Joshua.
"Kau okay ke Haemin?"
"Saya.. saya okay je tuan.." jawab Haemin dengan lemah.
"Jom kita balik" Joshua memimpin Haemin sehingga ke kereta. Mereka berdua pulang tanpa bercakap sepatah apa pun di dalam kereta. Haemin pula tidak berhenti mengalirkan air matanya. Kata kata Mina sangatlah membuat hatinya terguris pedih.
Sakit sangat sangat..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro