Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19 :: Hospital

"Semalam kau tidur sini ke Haemin?" soal Joshua sambil tangannya melipat lengan baju. Matanya fokus memandang lengan baju.

"Haah, saya tertidur dengan Yeseol, sorry" kata Haemin sambil tersengih.

"Takpelah, orang tak tahu"

Haemin diam mendengar kata - kata Joshua.

Eh eh mamat ni-

"Tuan Joshua.. saya ada benda nak cakap dengan tuan ni"

"Cakaplah" Haemin mengetap bibirnya. Tangannya bermain dengan jari. Nervous pula nak bagitahu.

"Saya.."

"Daddy! Mama!" panggil Yeseol yang berada dalam bilik. Joshua dan Haemin saling berpandangan. Dengan pantas mereka berlari ke bilik Yeseol setelah mendengar Yeseol memanggil mereka.

"Ya tuhan! Yeseol!!" Haemin terjerit kecil. Tangannya menekup mulutnya. Joshua segera mendapatkan puteri kesayangannya itu.

Yeseol yang terbaring lemah dilantai memandang Joshua dan Haemin sebelum matanya perlahan lahan tertutup. Dengan segera Joshua mendukung anaknya itu.

"Haemin, cepat! Kita bawa dia pergi hospital"

•••

Joshua kehulur hilir menunggu dihadapan wad milik Yeseol. Entah kenapalah dengan anaknya itu.. baik baik sahaja atau sebaliknya. Haemin pula melihat Joshua yang tak reti duduk diam. Dia mengapai tangan Joshua perlahan.

"Kita tunggu ye Joshua.. awak cuba bawa bertenang.." pujuk Haemin. Tangan Joshua ditarik lembut supaya lelaki itu duduk disebelahnya.

"Kau tak akan faham Jeon Haemin! Yang kat dalam tu anak aku bukan anak kau!" tengking Joshua sambil menepis tangan Haemin yang memegang tangannya.

Haemin tergamam.

Selama dia bekerja dengan Joshua, tak pernah - pernah Joshua menengkingnya..

"Joshua!!"

Puan Jennifer bersama Jenna, kakak ipar Joshua datang mendekati Joshua. Joshua sempat menelefon Puan Jennifer sebelum sampai ke hospital.

"Joshua.. cucu mama kenapa?" soal Puan Jennifer dengan tenang ,dia melabuhkan punggung disebelah Joshua. Tangannya mengusap kepala Joshua dengan lembut.

"Joshua tak tahu mama.. Joshua nak hantar dia pergi tadika pagi tadi lepastu dia jerit tengok tengok dia dah terbaring dekat lantai.." terang Joshua dengan tersedu sedu.

"Aik, dah ada babysitter pun budak tu tak selamat ek" kata Jenna dengan nada sindir, matanya memandang Haemin dengan pandangan maut.

Haemin memandang Jenna, tidak lama kemudian dia menundukkan kepalanya perlahan lahan... Rasa bersalah sebab tak jaga Yeseol betul - betul.

"Jenna" tegur Puan Jennifer.

Jenna memusingkan anak matanya.

"Kau! Kalau anak sedara aku terjadi apa - apa siap kau" pesan Jenna sambil jari telunjuknya menuju ke arah Haemin sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Joshua dan Puan Jennifer.

Haemin masih lagi terdiam, kepalanya tertunduk.. rasa bersalah amat menebal dalam dirinya. Dia memandang Joshua yang berada dalam dakapan sang ibu, Puan Jennifer. Nampaknya Joshua pun bencikan aku.. gumam Haemin dalam hati.

"Tuan Joshua.. Puan, saya minta izin ke tandas sebentar ya" Haemin mengundurkan diri dengan alasan mahu ke tandas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro