12 :: Hadiah
Acara hari jadi yang kecil untuk Joshua telah pun berakhir, satu persatu meminta izin untuk pulang. Dan seperti biasa tinggal lah Yeseol, Haemin dan Joshua.
Yeseol sudah tertidur didalam bilik ,penat sangat gamaknya.
"Haemin, kau tak bagi pun aku hadiah" kata Joshua sambil memuncungkan bibirnya.
"Eh tuan siapa kata tak ada, adalah cuma saya tak letak dekat tempat letak hadiah iyalah hadiah saya bukanlah mahal sangat"
"Aku bukan kisah pun pasal harga"
"Iyalah tuanku sayang, ni hadiah dari saya.. saya jahit sendiri tau"
Jahit sendiri?
Suspicius
"Ouh, baju ke?"
"Haah, saya rembat baju tuan untuk ambil ukuran"
Siap sahaja kek untuk Joshua, Haemin segera pulang kerumahnya dengan Yeseol dan menjahit baju untuk Joshua. Nasib ada fabrik yang sesuai.
Well, Haemin jahit laju dan cepat.
"Wah merembat ek kau, okay okay terima kasih"
Haemin senyum tipis dan mengemas begnya.
"Esok awak cutilah sampai hari Isnin depan, sebab isnin depan saya nak awak teman saya hantar Yeseol pergi sekolah dia"
"Ouh cuti tuan?"
"Haah"
"Ah terima kasih tuan!!"
Haemin menundukkan badannya sedikit dan berlalu pergi. Joshua tersenyum memandang hadiah yang diberikan oleh Haemin.
Sanggup ek jahit baju untuk aku..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro