Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03 :: New babysitter


"Hii Tuan Joshua! Saya Jeon Haemin babysitter anak tuan" sapa Haemin dengan nada riang dan ceria sambil menghulurkan tangannya kepada Joshua. Joshua dengan muka dingin memandang tangan Haemin. Haemin yang menyedari bahawa Joshua tak akan menyambut tangannya segera menjatuhkan tangan untuk mengelakkan situasi semakin hening.

"Make sure anak aku selamat dan kenyang, lagi satu dia ada alergik dengan kacang jangan bagi dia makan kacang. Aku tak bagi dia makan coklat jadi jangan memandai-mandai bagi dia coklat. Before i forgot, no junk foods sebab dia baru makan 2 days ago. Ini kunci rumah, kereta tu kalau nak guna pergi kedai ke apa - apa pakailah, kunci ada kat dalam rumah, jangan pakai motor kau tu lagi lagi kalau bawa anak aku, kalau anak aku accident siap kau ek.. lagi satu aku nak ingatkan jangan jentik dia walaupun sikit, aku sendiri pun tak pernah jentik dia, kau jangan memandai mandai nak jentik dia apatah lagi pukul dia faham?!" Arahan Joshua yang panjang lebar diterima dengan baik oleh Haemin. Kunci yang diberikan Joshua diambil.

"Okay boss! No kacang, no chocolate, no junk foods! Tuan jangan risau saya akan jaga Yeseol macam nyawa saya sendiri"  ucap Haemin dengan senyuman manis dan penuh semangat. Yeseol yang berusia hampir 5 tahun mendekati Joshua.

"Daddy" panggil Yeseol ,kaki Joshua dipeluk erat. Takut untuk tinggal bersama Haemin.

"Yeseol sayang.. lepaslah kaki daddy ,daddy nak pergi kerja ni" pujuk Joshua dengan lembut. Yeseol mengelengkan kepalanya dan memeluk kaki Joshua dengan lebih erat.

"Yeseol.." panggil Haemin. Haemin cuba mendekati Yeseol, Yeseol menyorok dibelakang Joshua.

"Yeseol, daddy awak nak pergi kerja.. kakak akan jaga Yeseol dekat rumah hari ni"

"Daddy... mana makcik" tanya Yeseol dengan perlahan.

"Dia dah berhentilah sayang, nilah penjaga Yeseol yang baru" Joshua meletakkan tangannya di kedua pipi Yeseol.

"Nama akak Jeon Haemin, saya seorang penjaga puteri.. emm awak ada nampak tak puteri yang tinggal dekat sini? Dia comel je orangnya" tanya Haemin kepada Joshua sambil mencari - cari 'puteri'

Joshua membuat muka, aih perempuan ni.

"Entahlah Haemin, saya rasa saya nampak princess tu tadi"

Haemin membuat tangannya seperti teropong.

"Haa! Saya dah jumpa tuan puteri! Siapa nama tuan puteri?" soal Haemin sambil menghulurkan coklat kepada Yeseol. Joshua terkedu mana dia dapat coklat tu?

"Ye.. Yeseol"

"Alahai cantiknya nama, baiklah Princess Yeseol.. sila ucapkan selamat tinggal kepada daddy, kita ada banyak kerja nak buat ni.. kita nak main masak masak, main solek solek, main fashion fashion.. sekarang daddy pergi kerja nanti petang daddy balik" Yeseol mencebik sambil melambaikan tangannya pada Joshua. Senang je rasuah budak budak, lagi lagi kalau dia perempuan.

Joshua mencium pipi Yeseol sebelum berlalu pergi menuju ke keretanya.

"Bye daddy!!" jerit Yeseol dari dalam rumah.

"Bye Yeseol!"

"Yeseol, jom kita main masak - masak?" ajak Haemin. Yeseol menganggukkan kepalanya dan masuk ke dalam rumah untuk mencari mainannya.

Joshua menghidupkan enjin kereta.

Senangnya dia pujuk Yeseol.. makcik dulu pun tak macam ni

Sebenarnya berat hati dia nak meninggal Yeseol dengan penjaga baru tapi keadaan memaksanya. Joshua berfikir positif sebelum keretanya menghilangkan dari garaj.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro