02 :: Searching
"Joshua, ni gambar babysitter yang aku cakap tu nama dia Jeon Haemin" Jeonghan memberikan telefonnya kepada Joshua.
Joshua memandang gambar gadis yang bakal menjaga anaknya. Ditenung dan diteliti sehabis yang mungkin. Iyalah, kita nak bagi orang jaga anak bukan mainan.
"Umur berapa?" soal Joshua.
"Dia umur 24 dia ni pelajar universiti dalam bidang fesyen tapi dia dah berhenti" terang Jeonghan.
"24?! Ey reti ke dia jaga budak - budak? Entah entah masak pun tak reti.. reject! Aku nak orang lain, carilah tua sikit" selamba Joshua membalas.
Joshua mengalihkan wajahnya, tidak mahu memandang gambar gadis itu.
"Tapi dia kata dia pandai masak" Jeonghan juga tidak mengalah.
Jeonghan menjeling kawan baiknya ini, memilih betul. (ノ ̄皿 ̄)ノ ⌒== ┫
"Ish, tapi dia ni-"
"Ah dah dah kita cuba dulu, baru tahu dia ni boleh ke tak jaga Yeseol" cadang Jeonghan dengan pantas untuk memotong kata kata Joshua.
"Tapi-"
Jeonghan berlalu pergi meninggalkan Joshua.
Joshua membuat muka.
ಠ ͜ʖ ಠ
Tak guna.
Jeonghan tahu Joshua memilih, tetapi Jeonghan tak boleh salahkan Joshua.
Sudah banyak babysitter yang diambil tetapi ada yang makan gaji buta, tak pandai jaga budak, tak reti masak dan yang lebih teruk ada yang memukul anaknya. Apabila sudah kantoi, Joshua tidak hanya memberhentikannya malah melaporkan babysitter itu kepada pihak atasan. Joshua sendiri pun tidak pernah menjentik anaknya ini kan pula bila tahu ada orang luar mendera anaknya.
Ada seorang babysitter yang menjadi kepercayaan Joshua telah terpaksa berhenti kerana keluarganya menyuruh dia untuk berhenti dan duduk di kampung halaman. Oleh kerana itulah Joshua terpaksa mencari babysitter baru.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro